Pages

Khamis, 29 Oktober 2015

Vietnam 2015 : Day 3 Shopping di Ho Chi Minh City


Assalamualaikum.

Hari ini hari ketiga kami di Ho Chi Minh City. Tiba masa untuk jalan-jalan pusing Ho Chi Minh. Barulah fefeling bercuti. Awal-awal pagi kami dah checkout. Plan harini nak ambik gambar sampai lebam.



Phew, banyak betul barang. Alhamdulillah misi sudah selesai



Partner in crime


Masa pergi USD sangat mahal! Terima hakikat. 






Tshirt mahal selepas ditipu dalam Pasar Ben Thanh. Ouccchh. Nak tshirt bertulang tapi dapat tshirt biasa. Masa letak dalam plastik tak check. Sampai hotel baru sedar ditipu. Nak cari balik penjual tu tak ingat dah kedai mana. Adoii. So hati-hati ya uols. Sebelum bayar check betul tak item yang dimasukkan di dalam plastik tu.



Rakyat Malaysia suka stay di Hotel Hoang Hai Long 2 / Saigon Pink 2. Gia Huy Hotel pun sebelah menyebelah aja.



Tawar-menawar. Budak ni garang betul. Macam nak makan orang. Customer boleh lari macam ni. Tanya harga je dah macam nak marah. Kalau tak beli apa jadi agaknya. Sudahnya belilah jugak.



Makan tengahari di Warung 1 Malaysia Saigon. Nanti Azie buat 1 entry khas untuk makanan halal di Ho Chi Minh ya. Jangan tak tau, walaupun bertanda halal tapi sebenarnya? Inilah scam namanya. Berjaga-jagala. Selesai makan, kami plan nak cari Hard Rock Cafe Ho Chi Minh. Check via Google Map lokasinya tak jauh mana dan boleh jalan kaki sahaja. Ayuh kita mulakan perjalanan. Awan mula mendung berarak kelabu. Dah ada tanda-tanda nak hujan. Harap-harap tak hujan.



Vietnam terkenal dengan pengeluar kopi kedua terbesar di dunia! Sebab tu banyak cafe di sini. Minuman yang wajib cuba jika ke Vietnam adalah kopi! Yes, kopi Vietnam rasa unik dan lemak berkrim. Memang umppphhhh! Bila balik Malaysia bancuh sendiri tak serupa itu rasanya. Mushkil sangat. Tak berani nak beli kopi timbang ni. Kami beli kopi halal di Hjh Basiroh aje. Kopi cap Trung Nguyen.



Penggemar Chatime tak perlu risau. Ada je di Ho Chi Minh. Cumanya macam kita Muslim elok beli kat Malaysia lah.



Kat sini banyak bengkel motor di tepi-tepi jalan. 4 juta rakyat Vietnam menggunakan motor setiap hari. Haruslah ada bengkel motor.



Jem tak bergerak. Masa ini hujan dah mula renyai-renyai. 



Akhirnya sampai juga kami ke sini. Datang untuk cuci mata je padehal. LOL.



Baru harini kami menggunakan khidmat Gopro. Gunalah jugak sebab dah bawak jauh-jauh.



Tengokla Pn Yati kita tu, pandai dia, bila bergambar je menyorok badan kat belakang.




Saigon Notre Dame Cathederal. 



Saigon Central Post Office merupakan salah satu tempat popular di kalangan pelancong yang datang  ke Ho Chi Minh. Ia merupakan pejabat pos terbesar di Vietnam. Dibina pada tahun 1886 dan siap pada tahun 1891 oleh arkitek Gustave Eiffel (Opening hours: From 8:00 a.m. to 5:30 p.m)


"The Central Post Office got its new paint job at the end of 2014, but many people are unhappy about it. While the new color sets a nice contrast to the red Notre Dame Church, it is too overwhelming for most." - Wiki
Warna baru Saigon Central Post Office




Senibina yang unik. 




Gigih beli postcard untuk hantar ke Malaysia. Siap minta tolong petugas kaunter tulis dalan Vietnamese lagi. Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai pun poscardnya. Hilang ke mana ya? Atau memang ambil masa yang lama? First time hantar postcard ni. 





Antique Phone Booth



Saigon Post Office ni dah berusia 124 tahun! Worth a visit.




Saja ambik gambar berlatar belakangkan Saigon Notre-Dame Basilica (Vietnamese: Nhà thờ Đức Bà Sài Gòn, French: Cathédrale Notre-Dame de Saïgon). Dibina dari 1863 hingga 1880. Ada 2 menara loceng setinggi 58m. Perasan tak ada Virgin Mary di situ. 

"During October 2005, the statue was reported to have shed tears, attracting thousands of people and forcing authorities to stop traffic around the Cathedral. However, the top clergy of the Catholic Church in Vietnam couldn't confirm that the Virgin Mary statue in front of a cathedral had shed tears, which nevertheless failed to disperse the crowd flocking to the statue days after the incident. The reported 'tear' flowed down the right cheek of the face of the statue." - Wiki.



The Municipal Theatre of Ho Chi Minh City atau Saigon Opera House. Dalam Vietnamese: Nhà hát lớn Thành phố Hồ Chí Minh. (banyak sabdu bahasa Vietnam ni) Senibina sama seperti Opéra Garnier in Paris. Saigon Opera House ada 500 tempat duduk.







Petang hujan lagi. Musim hujan kah? Cadangnya nak ambil limosin yang kami datang hari tu. Sebabnya ada diskaun untuk balik. Tapi atas persetujuan ramai nak ambil Vinasun Teksi aja. Suami dah info awal-awal pada bell boy. Tapi tunggu- punya tunggu tak tiba-tiba. Hampir sejam kami menunggu tak juga tiba. Bell boy pulak dah berganti orang lain. Follow up lagi dengan bell boy yang lain pulak. Taktahula teksi mana pulak yang dia panggil. Tak juga sampai-sampai. Kami semua dah panas bontot dah. Sebab dah lewat sangat nak ke airport. Akhirnya kami tahan aja teksi yang kebetulan lalu depan hotel. 


Barang dah load dalam teksi baru dia cakap dia tak guna meter sambil tunjuk baju dia yang basah kuyup kena hujan (dia ingat dia aje yang basah kene hujan? kami ni tak basah ke) Dia nak caj kami 200 ribu Dong. Apa lagi, masing-masing mulalah rasa nak marah. Sebab duit yang kami collect awal-awal untuk tambang teksi hanya ada 170,000 Dong. Maksimum caj dah tu kalau dari District 1 ke airport guna meter. Balance kami dah habiskan siang tadi. Lepas nego dan bagitahu kami tak puas hati yadda..yadda..yadda..barulah driver Vinasun bersetuju dengan harga 170,000Dong. 


Bermula episod ngeri dalam teksi Vinasun. Driver tu bawak laju macam nak lumba dalam litar sebab dia khuatir kami terlepas flight. Dahla trafik di Vietnam boleh dikatakan the craziest in the world! Masing-masing dalam tu nak gugur jantung dan mengucap siap-siap. Harapanku moga ayahbonda tabah, cekal hati juga tidak sakit jantung. Huhu. Memang nyaris-nyaris. Sipi-sipi. Bila sampai epot, masing-masing lega teramat sangat. Tengok meter eh eh boleh pulak bacaan menunjukkan 120,000Dong.


Yes kami tiba on time tapi keciwa bila flight delay. 2 kali delay. Sepatutnya jam 9, jadi jam 10 dan akhirnya jadi jam 11pm. Tiba di Malaysia jam 1 am. Sampai rumah jam 4am.  Lepas Subuh semua ketiduran kepenatan. 


The End.

Rabu, 28 Oktober 2015

Vietnam 2015: Day 2 Shopping Di Ho Chi Minh City


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Korang.


Semalam [Day 1] dah setel. Hari ini kita sambung Day 2 shopping di Ho Chi Minh pulak. Kalau nak tau Alagon Ben Thanh Hotel & Spa merupakan nama baru kepada Hoang Hai Long 2 Hotel. Pagi tu kami breakfast di Park View Restaurant di Tingkat 9. Kami hanya makan buah, cereal, dan telur rebus. Okla untuk alas perut.





Ikutkan Itinerary kami nak cari pemborong telekung sulam Vietnam. Kami utarakan hasrat kami pada bell boy hotel yang bertugas pagi tu. Dia cakap teksi boleh bawakan ke sana. Dia arrange teksi datang ke hotel dan bagitau pemandu teksi tempat yang perlu dituju. Kalau tanya kami memang kami pun taktau. Huhu.



Di Ho Chi Minh pun ada juga The Coffee Bean & Tea Leaf. Lokasinya agak jauh dari District 1. 



Ikut saja ke mana teksi nak bawa kami. Pagi, jalan agak jem sebab peak hour. Orang semua keluar nak pergi kerja. Masa ni boleh nampak trafik sesak dengan motorsikal dan kereta. Motosikal sampai naik atas kaki lima kedai. Nak cepat punya pasal. Semua pakai topeng penutup mulut. 



Pagi yang agak mendung. Perjalanan ambil masa agak lama. Tah bilalah nak sampai. Masing-masing dah rungsing dengan tambang teksi. Berapalah kene caj ni.



Sampaila kami ke tempat yang dituju. Tambang dalam 110,000Dong. Tapi kata pemandu teksi, dia tunggu dan bawakan kami ke Binh Tay Market pulak sebab kawasan ni susah nak dapat teksi. Actually pemandu teksi ni tak boleh berbahasa Inggeris tapi kami boleh faham apa yang dia cuba sampaikan. Haha. Kami bagitahu yang kami akan berada di sini lebih kurang sejam. 


Apa yang kelakar kat atas tu? Sebenarnya nak ambil gambar. Mintak tolong driver taxi yang ambilkan. Tapi boleh pulak dia paham yang kami nak ambil gambar dengan dia. Elok pulak dia berdiri sebelah kiteorang. Adoiila.




Tempat borong tudung dan telekung ni di dalam taman perumahan. Celah mana pun taktahu. Rupanya ia merupakan rumah persendirian tiga tingkat. Berbangsa Cina rasanya. Tapi itulah jual telekung dan tudung pulak. Kami dialu-alukan oleh Tuan Rumah. Mereka minta kami naik atas. Naik atas haaaaa ambik ko. Semua telekung. Punyalah banyak pilihan. Tudung instant jenis cotton pun banyak. penuh di atas tangga. 



Dah alang-alang sampai sini, kami terus borong telekung untuk dibawa balik Malaysia. 



Nah, ini tingkat 3. Semua tudung, blouse, jubah. Tudung Fareeda Vietnam pun banyak tergantung. Mesti suatu ketika dulu tudung ni hangat mendapat sambutan. Macam-macam kombinasi warna ada. Mujurla kami tak pakai tudung ala-ala Fareeda ni. Makanya ia menjadi kurang teruja di situ. Tak tanya pulak harga berapa. 



Tuan Rumah ni baik. Dia tak kisah kalau kami selongkar dan bukak untuk dapatkan design kegemaran. Nampak tak abis sepah tempat ni kami kerjakan. Hahaha. Memang rambang mata nak pilih. Harga berbeza ikut sulam. Nak beli banyak sangat pun tak boleh sebab telekung berat. Beli bag 25kg je untuk kami bertiga. Jimat kos punya pasal. Huhu. Jadi beli seadanya. 



Inilah lorong masuk ke kawasan perumahan tempat kami beli telekung tu. Alhamdulillah cukup sejam pilih telekung kami sedia untuk gerak ke Binh Thay Market. Tiba-tiba kami tersedar yang hanya kiteorg sahaja ada di tempat tadi. Takda orang lain pun. Kami syak yang Bell Boy Hotel/teksi driver tu mesti kenal rapat dengan tuan jual telekung ni. Nak kata murah sangat tu takdalah. Sama aje harga dengan kat kedai-kedai depan hotel tu. Cumanya di sini lebih banyak pilihan dan takde orang. Tapi lokasinya jauh dan tambang pun mahal!





Then kami sampai ke sini, Cho Binh Tay Market. Tambang teksi lebih 200,000 Dong. Lepas bayar, bagitau dia tak perlu tunggu sebab dikhuatiri lama pulak shopping dalam ni. Ni nak balik sampai hotel ni mahu lagi 100,000Dong. Adoii, mahal betul tambang teksi harini. TIPS: Jika naik teksi pastikan teksi menggunakan meter!



Apa yang ada di sini? Pusat borong vietnam silk, prada lace, kain ela pelbagai corak, aneka lace, beg deuter pun banyak kat sini. Bahagian atas banyak jual topeng muka jenis cotton, jerebu ni lakulah jual topeng muka di Malaysia. barang kanak-kanak, pinggan mangkuk dan pelbagai lagi. Prada lace kat sini ada banyak gred. Begitu juga Vietnam Silk pun ada gred. Kenalah pandai pilih. Tanya hati berkenan yang mana. Dan tengokla duit poket setebal mana. Dalam pasar ni, peniaga tidaklah seekstrem di Binh Thanh. Dari segi harga pulak kalau beli borong mesti harga lebih murah. Kalau beli sehelai dua harga lebih kurang sama macam di Binh Thanh Market. 



Abam dari Malaysia tengah duk pilih-pilih Vietnam Silk kat sini. Banyak mereka borong. Memang kepanasan la duduk berlama-lamaan kat dalam ni. 



Pelbagai gred untuk lace. Sempatlah jugak tempah blouse yang siap satu hari. Harga mahal gilos dalam 150,000Dong. Blouse je pun. Bukannya jubah atau dress. Maybe sebab bayar dalam Dong. So, kalau korang nak belibelah di Ho Chi Minh ni tak perlu tukar Dong banyak-banyak. Memadai untuk makan minum sahaja. Kebanyakkan urusniaga dalam RM. Bayar dalam RM lebih murah. Kalau kita bayar dalam Dong harga mereka letak jadi lebih tinggi dan banyak beza kalau kita convert. So kami memang banyak membazir trip ni. Sebab banyak sangat tukar Dong. 


Dah setel tempah blouse rasa nak terkucil pulak. Toilet taktau kat mana. Mujurla tokei kedai yang comel lote ni nak tolong bawakkan. Celah mana dia bawak pun taktau. Toilet berbayar. Minta dia tunggu kat luar. Yerla kang sesat pulak tak jumpa jalan pulang. Masuk je dalam toilet sesak nafas jap.  Cuba nak hadam apa yang berlaku dalam toilet. Uwaaaaaaa, diorang ni kencing kat luar je. Bukak seluar, mencangkung kencing atas lantai merata. Awaatttt lagu tuhhh. Ewwww. Ewww. Berdarah sekejup mataku.


Patutla ada kolah kat luar ni.  Mujurlah ada jugak toilet yang berpintu. Yang jenis pembersih pulak duk simbah dalam toilet tu 40kali tak sudah-sudah.  Geli agaknya. Acane nih. Ikutkan hati tang tu jugak nak lari balik Malaysia. Tapi tak tahan punya pasal terpaksalah buat tak tahu dan telan air liur. Bila ada toilet yang kosong tak tunggu lama terus masuk. Baldi kene ambik kat luar isi air siap-siap. Lepas setel, simbah air kat kasut lama-lama. Mujur pakai Croc aja. Rasa nak sental je. Ewww.Eww.Eww. Bila keluar muka kerut-kerut. Tokei kedai hanya gelak-gelak sahaja. Oh ini sangat mimpi ngeri!



Inilah shawl yang tengah panas kat Vietnam. Berbondong-bondong rakyat Malaysia pi borong kat sini. Semua kedai pun ada design ni. Tinggal jenis kain dan warna aja yang berbeza. 



Harini ni lunch di The Daun Restaurant. Masa sampai restoren masih kosong. Lepas selesai order, makin meriah pelancong memenuhi restoren. Kebanyakkan pelancong Inggeris. Harga sedikit mahal dari Hjh Basiroh. Tapi Nyummms! Seriously sedap. Nasi goreng sangat rasa Malaysia. Boleh diterima tekak. Tak sama seperti nasi goreng di Hjh Basiroh. 



Selesai isi perut kami balik hotel untuk solat dan rehat. Then sambung cuci mata lagi. Belah malamnya sadis betul. Hujan lebat pulak sampai banjir depan hotel ni. Memang tak boleh ke mana-mana. Pasar pun takboleh bukak. Patutlah seharian je mendung hari ni. Nampak gaya hujan akan berlarutan sampai ke tengah malam. Sudahnya kami masuk tidur awal malam tu. Esok kami nak jalan-jalan pusing Ho Chi Minh City pulak. Barulah terasa macam pergi bercuti.




Selamat malam!


Vietnam 2015: Day 1 Shopping di Ho Chi Minh City




Assalamualaikum.


Flight jam 12 tengahari. Flight ayahbonda jam 11.15am.  Tapi kami gerak sekali je. Nanti kami tunggu extra sejam kat KLIA2. Mereka pulak tunggu sejam kat Saigon Airport nanti. Masa pergi Ho Chi Minh, Jerebu tengah teruk melanda Malaysia. Dan rupanya sehingga ke semalam masih lagi teruk. Alhamdulillah sehari dua ni dah mula terang dan hujan belah petang dan malam sempena kedatangan angin monsun timur laut. 



Keadaan jerebu di KLIA2. 
Mujurla flight tak delay atau dibatalkan. 
Jarak penglihatan sangat terhad.







Kemain lagi beli seat tapi duduk selari dengan sayap. Aleesya takut nak naik kapal terbang sebab dia ingat mama dan mimi dia duduk atas sayap. Aduh Caca. Ko ingat kami ni Superman dan Wonder Girl ke. Mujurla Caca baru 2tahun 10 bulan. Boleh dimaafkan. Selalu juga naik Air Asia, tapi flight kali ini paling bising sekali. Bising dan scary dengan macam-macam bunyi. Krook kreeek, bunyi macam break kapal terbang tak lawas pun ada. Scary hakak. Hanya mampu berserah dan berdoa je. Mujurla sebelah ada makcik yang dah kali kedua ke sana. Banyak benda dia share. Borak sakan gak kiteorang. Hilang sekejup rasa gundah gulana di hati. Boleh pulak makcik tu ingat kita ni student uni lagi. Errrkk!


Alhamdulillah selamat sampai di airport. Itinerary dah tulis siap-siap ambil teksi Vinasun. Tapi kiteorg terambil teksi mahal di airport. Boleh pulak lupa kan. Bayar teksi dalam USD (lupa pulak berapa harga) Bila dah sampai Alagon Ben Thanh Hotel & Spa Hotel yang beralamat di 28-30 Nguyen An Ninh, District 1, Ho Chi Minh, Vietnam, kami terpaksa tunggu sebentar sebelum boleh checkin. Hotel ni masih dalam minor renovation. Tapi tak apa sebab dalam bilik sangat selesa. 



My business partner and I. 
Finally we were here! 
Alhamdulillah


Lepas checkin, solat terus keluar pergi Hjh Basiroh depan hotel. Masing-masing memang kelaparan. 



Model pintu.  Kebetulan pulak masa snap dia keluar. LOL. Hjh Basiroh merupakan antara kedai makan halal di District 1 / Malaysia Street. Nama dia pasti meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia yang dah pernah sampai ke Vietnam. Gitulah famousnya Hjh Basiroh ni. Masuk je kedai memang penuh dengan rakyat Malaysia. Hahaha. Rasa macam berada di Malaysia bukan Vietnam. Order pun cakap Melayu aje. Sebab mereka paham.




Depan restoren ni ada makcik jual buah longan. Longan versi Vietnam. Kalau tengok memang besar dan menggiurkan buah longan ni. Ayahanda beli untuk kami cuba. Butir dalam besar giler. Isi nipis macam kulit bawang. Tawar je rasanya. Sedap lagi lah yang kat Malaysia punya. 





Bila ke Vietnam wajib cuba Beef Pho (sebut fer). Harga 70,000 Dong. Sup daging dimakan bersama ulam yang tak dapat dikenalpasti dan sambal berlada. Perh! Lazat. Bonda memang suka sup dan suka ulam. Memang kenalah dengan taste dia. Arggghh, rindu nak makan Beef Pho lagi. 



Inilah jalan Malaysia Street di District 1. Lokasi hotel kami di sini. Ini pemandangan di waktu petang. Orang Vietnam memang kurus-kurus. Kalau yang lebar pun hanya orang Malaysia yang datang Vietnam. Kehkeh. Pengangkutan utama mereka adalah motosikal. Majoriti menggunakan motosikal. Sebab tu mereka panggil Vietnam negara motosikal. Walaupun tak haze macam kita, tapi mereka tutup mulut dengan topeng kain yang beraneka corak. Nampak comel! Nampak comel! Nak beli!



Mencari pelanggan. Ini kalau siapa-siapa nak buat SPA kat Ho Chi Minh ni bolehla. Nampak tak slim kan mereka?!



Harga SPA di District 1 Ho Chi Minh. Boleh request untuk massage di bilik hotel. Kata Yati, my partner harga sekarang lebih mahal berbanding harga dia datang dulu. Cuma kami tak berkesempatan nak massage. Masa terlalu singkat. Hehe. Shopping dan berjalan adalah agenda utama. 




Maka dengan ini secara rasminya aktiviti shopping pun bermula! Dan kat sini penuh dengan warga Malaysia aja. Sana-sini orang Malaysia. Kedai pun di Malaysia Street kan. 



Hjh Basiroh bukan ada restoren aja. Kedai telekung pun ada. Katanya design atau sulam telekung memang mereka design sendiri.  Memang cantik dan mahal. Lokasi kedai ni betul-betul bawah hotel kami Alagon Ben Thanh Hotel & Spa.



Kat sini memang anda akan diekori oleh peniaga2 jalanan. Begitulah mereka mencari rezeki. Mereka akan usaha selagi boleh. Pujuk rayu untuk beli barangan mereka. Kalau tak berminat just ignore aje. Makin dilayan makin menjadi nanti mereka ni. Mereka anggap kita macam berminat dan ada potensi jadi pembeli mereka. Sama macam Jakarta.



Pasar Ben Thanh / Ben Thanh Market yang menjadi pasar kegemaran rakyat Malaysia di Ho Chi Minh City ni. Memang pusat tumpuan pelancong. Dari hotel Alagon tak jauh mana. Beberapa minit sahaja jalan kaki dah sampai. Memang dekat saaaaangat.


Ambil udara segar kejup sebelum sambung memburu. 



Takda aircond dalam nih. Suasana macam Pasar Payang di Kuala Terengganu dan Pasar Khadijah di KB. Anda kena ada skill tawar menawar. Harga buka mereka memang kadang-kadang tak masuk akal. Tapi tawarlah sampai separuh harga selagi boleh. Tak dapat harga yang kita minta, pura-pura lah tak jadi beli dan gerak ke tempat lain. Pasti mereka panggil semula nanti =)



Banyak betul prada lace. Rambang mata. Mujurlah dah lepas raya. Mabuk kain duduk lama-lama dalam ni. Siap survey harga dalam ni, kami gerak pergi ke Saigon Square. Jalan kaki aje boleh sampai. Hehe. 




Pemandangan yang paling menakjubkan di Ho Chi Minh ni adalah pemandangan trafik mereka. Boleh senak perut tengok. Nampak tak kenderaan datang dari macam-macam arah?  Motosikal datang dari pelbagai penjuru. Begitu juga kereta. Udang-undang jalan raya aci redah aje kot mereka guna. Tapi yang herannya takda accident yang berlaku. Pelancong kalau nak melintas memang perlu bantuan travel guide berbangsa Vietnam tu (abam baju hijau). Mereka sedia untuk membantu. Kalau tak memang asik kene hon aje la dengan motosikal yang tiba-tiba datang dari arah mana pun taktau!



Ingat ka Bangsar aje ada menara TM. Kat Ho Chi Minh pun ado. Terasa macam berada di Bangsar. LOL.




Phuc Long antara kedai kopi yang popular di Saigon. 
Tak berani rasa sebab mereka tiada tanda halal. Nampak ni on the way kami ke Saigon Square. Kalau anda cari casing, charger, phone aksesori dan sewaktu dengannya boleh pi usha di Saigon Square. Selain tu, ada juga tshirt seperti jenama nike, boss, adidas yang dijual dengan harga murah. Ori ke tak? Of couse tak ori. Baju kanak-kanak pun sangat banyak di sini. Princess Sofia, Elsa, Anna dari Frozen banyak dijual di sini. Pelbagai aksesori. Tshirt kanak-kanak seperti ZARA, GAP pun ada. Kauliti kain memang elok. Tshirt bertulang. Harga RM20 sehelai. Huhu.



Vinasun White Cab sedia menanti di tepi jalan untuk memenuhi keperluan pelancong. Jika anda travel solo boleh pertimbangkan rider untuk ke mana-mana. Macam di Bangkok. Mereka akan hantar anda ke destinasi dituju menggunakan motosikal. Harganya sudah tentu jauh lebih murah!



Suasana depan hotel di sebelah malam. Meriah ya amats. Depan ni ada orang jual baju lelong Hard Rock Vietnam dengan harga RM7 dan juga fridge magnet sepapan RM5. Jadilah kan untuk souvenir. Ada jugak yang tawar jadi RM5 sehelai. Memang dia taklayan! Sebenarnya harga yang dia bagi tu memang cukup murah. Rata-rata kami survey dalam Ben Thanh petang tadi semua RM10 ke atas. 
Lace untuk jahit di lengan/tudung yang jual per meter pun ada jual depan ni. Shawl printed jual longgok pun ada. Ada kakak di Malaysia tu siap tarik bangku duduk dan pilih shawl buh dalam plastik besar. Confirm balik jual leeeee tu. Saya? Tak beli pun. Duk ralik tengok akak yang pilih shawl tu je. Hahaha.


Suasana di Malaysia Street di sebelah malam


Suasana pasar malam di depan ben Thanh Market. Uiii meriah betul dengan pelancong. Betul lah mereka kata, barang-barang di pasar malam jauh lebih murah berbanding dalam pasar Ben Thanh. 


Ciku kat sini manis sangat! Sedaaap. 



Dalam duk berjalan tu tak sedar, plastik dah penuh di tangan. 
Di pasar malam ni boleh juga tawar menawar.
Trolley bag/kabin bag/ luggage pun ada dijual di pasar malam ni. 
Beg dueter berliter-liter pun ada jual lelong di pasar ini.




Malam tu kami decide makan tuna kebab halal yang dijual di depan hotel. Roti dia keras-keras. Dan ada daun pudina di dalamnya. Sedaaap! Makan buah-buahan beli di pasar tadi dan maggi. Minum kopi halal beli dari pejual atas motosikal. RM3.


Tamatlah sudah aktiviti Day 1 Shopping di Ho Chi Minh, Vietnam kami. Pendek kata dalam Ben Thanh Market kami hanya survey. Banyak beli di pasar malam aje. Harga memang terlajak murah.

Publish!