Translate

No-No-NO!

Uyaina Juara Pencarian Nona Manis 2015


Anda tengok ke rancangan Pencarian Nona Manis 2015 jam 2pm tadi di TV3?  Dah tahu kan siapa pemenangnya?

Tahniah Uyaina kerana dinobatkan sebagai Juara Nona Manis 2015. Kebetulan pulak tengok tadi. 5 finalis; Balqis, Edora, Siti Maryam, Uyaina dan Yuyu. Kelima-lima peserta memang sangat cantik manis =) Bila lihat kelima-lima peserta I vote for Uyaina untuk jadi Juara. Hehe. Dari awal rancangan dah boleh agak Uyaina ini bakal Juara. Sebab apa? Pemilik nama Naseha Uyaina Arshad ni ada personaliti tersendiri. Wajah lembut dan manis sedap mata memandang. Bersederhana dan nampak sangat cool ketika menjawab soalan. Petah dan confident level sangat tinggi! Catwalk pun not bad. Soalan terakhir oleh Fahrin Ahmad tu memang dijawab dengan sangat baik oleh Uyaina.  I like your answer dik! Beauty with brain. So u deserve to win.


Kredit: TV3 Malaysia FB

5 Finalis Nona Manis 

Naseha Uyaina Arshad; Juara Nona Manis 2015


Adik memang cantik dari kecik eh?


2 comments: