Pages

Jumaat, 28 Ogos 2015

Drone Cara RARE Ambil Gambar@Video


Assalamualaikum dan Selamat pagi Malaysia =)


Gais, pernah dengar DRONE? Kebelakangan ini kita selalu dengar perkataan DRONE sentiasa meniti di bibir-bibir penggila  penggemar gajet. Baru-baru ini viral sekejap isu DRONE kerana ambil gambar kapal terbang mendarat di Klia. No-no-NO!


What is drone?
"A drone, in a technological context, is an unmanned aircraft. Drones are more formally known as Unmanned Aerial Vehicles (UAV). Essentially, a drone is a flying robot. The aircraft may be remotely controlled or can fly autonomously through software-controlled flight plans in their embedded systems working in conjunction with GPS. " - techtarget.com


Apa itu DRONE?
Senang cerita, DRONE adalah pesawat tanpa pemandu. Dikendali secara jarak jauh menggunakan remote control. Drone dilengkapi dengan kamera, video, infra merah, GPS, sensor dan sebagainya.



Biasanya DRONE digunakan untuk operasi ketenteraan tapi bermula tahun 2013 DRONE mula digunakan untuk tujuan komersial. Contohnya akhir 2013 , Amazon mengumumkan rancangan untuk menggunakan pesawat untuk penghantaran barang yang  tidak terlalu jauh destinasinya. Perkhidmatan itu, dikenali sebagai Amazon Prime Air untuk penghantaran dalam lingkungan 10 batu daripada pusat kawalan. masa yang diambil hanya 30minit sahaja.



Ok parcel ni takde Air, makanya ia tidak menggunakan DRONE =P
2 minggu tunggu akhirnya tiba jua dari US
menggunakan DHL sajaaaaaa


Chris Anderson , Editor -in- Chief majalah Wired, bersara pada penghujung 2012 untuk tumpukan kepada syarikat pesawat peribadinya, Robotik 3D. Pesawat peribadi inilah yang mula menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Biasanya sering digunakan untuk fotografi udara.


Drone fotografi mula digunakan secara meluas terutama di US. Kini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana mudah dimiliki di Malaysia. Kelebihan mengambil gambar atau video menggunakan drone adalah dapat mencapai ketinggian atau sudut yang sukar dilakukan oleh jurufoto.


Peralatan drone kini lebih kecil, ringan, stabil, mampu milik dan boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja. 


"Eye in the sky"





Mujur tak keluar jemur kain time-time ni. Pheww!


Sekarang ni dah tak rare selfie guna monopod. GOPRO pun dah ramai yang ada. Meh kita guna drone pulak. Baru RARE =P


Yang mana satu jadi pilihan hati? di bawah ini; 

Kredit: Google


atau;


Kredit: Google

Tiba-tiba rasa TERUJA nak ada DRONE. Nak bawak pergi TRAVEL kononnya.

Harga? Lesen? Jomlahhh kita explore!

Till then bai-bai. Nanti kita sambung pasal drone ni.



Isnin, 24 Ogos 2015

Resepi Ayam Berempah Paling Mudah, Paling Ringkas!


Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Pheww! Memerlukan komitmen dan kejituan paling padu untuk menaip entry pagi ini *mood malas*

Nak bocorkan satu rahsia ni, resepi rahsia ayam berempah paling mudah!

Iols suka menu begini, sebabnya menggunakan bahan-bahan yang simple, cepat disediakan, tak comot a.k.a tidak kecahkan dapur yang putih melepak tu. Dan paling penting ia menu sihat dan sedap menjilat jari. Tak percaya? Sila lakukan cubaan sendiri di rumah. 

Resepi ini Azie dapat dari seorang kawan. Tq darling dear sebab share resepi easy peasy ini (you know who you are).


Ayuhhh kita ke dapur!

Bahan-bahan A

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit
Serai

Adjust bahan ikut kuantiti ayam dan selebihnya ikut naluri masing-masing. 
Blend kesemua bahan di atas sampai hancur.
TIPS: Gunakan air yang sedikit ketika blend nanti berair pulak rempah ni

Selesai blend letak dalam satu bekas dan campur dengan cili kisar ikut tahap kepedasan masing-masing

Bahan B
Ayam

Lap ayam dengan tisu supaya ayam kering. 
So bila panggang akan jadi garing.
Perisakan ayam dengan garam & gula.
Sapukan sedikit olive oil pada ayam.
Perap ayam dengan bahan A selama 15-20minit.
Jangan lupa taburkan blackpepper atau mixed herbs - option
Bakar ikut kesesuaian oven masing-masing. 
200c untuk 40-45 minit (oven kecik)

Siap!



Jom tinjau oven dah masak ke belum.

Okeh siap!



Ringkas dan mudah kan? Sangat sesuai untuk orang-orang yang nak makan ayam bakar berempah homemade tapi nak kejar masa.

Kita lunch dulu ye.

Selamat mencuba =)

Psstt...esok kita share resepi mudah untuk breakfast pulak.

Tungguuuuu....


Update*: Ingat yang ni dah paling simple rupanya, ada lagi paling sempoiii. Refer SINI


Khamis, 6 Ogos 2015

Cara 'Renew' Passport Malaysia 2015


Salam semua. Pagi ni (Khamis) lepas Solat Subuh terus siap-siap pergi Jabatan Imigresen Malaysia (Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor) di Tingkat 2, Kompleks PKNS, Shah Alam. Nak pergi RENEW PASSPORT uols. Alhamdulillah kiteorang sampai 7.30am di PKNS dan dapat no 22 & 23. Oklaaahh tu. Ini gara-gara GAGAL cubaan pertama renew passport di PKNS Sabtu lepas. Kecewa sangat. Kononnya dah tiba awal 7.40am di PKNS, tapi rupanya lebih ramai yang lebih awal. Muka macam tak mandi pun ado. Barisan pun dah berlingkar-lingkar. Elok je nak sampai turn kita, no giliran pun habis. Buatla muka comel anak meow pun tapi abam kaunter tu bolayan sahaja. No giliran untuk hari Sabtu hanya 100 angka sahaja. Katanya pergilah ke UTC Sentul kalau urgent. 


Jabatan Imigresen N. Selangor
Kompleks PKNS Shah Alam, 02-02, Persiaran Tasik, Shah Alam (depan tasik Shah Alam)
Phone:+60 3-5519 0653


Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat : 7.30 a.m - 5.30 p.m
Sabtu - Ahad : 8.00 a.m - 1.00 p.m ( baru tau Ahad pun bukak!)



Korang sebelum pergi renew passport bacalah tips dulu tau. Jangan pakai redah aje. Harini ada hakak tu tanggal tudung kat depan-depan kaunter tu jugak sebab pakai tudung warna purple. Kebetulan pulak pakai inner tak cover leher. Maka nampaklah auratnya (rak tudung dengan rak blazer ada kat depan, memang takda penghadang or watever) Adoiiihai, langsung semua mata memandang ke arahnya.  So wanita-wanita, pilssss tau, bila datang buat atau renew passport sila bertudung hitam atau bertudung gelap ye. 


Alhamdulillah by 9.45am harini passport baru dah dapat. Suami boleh terus pergi kerja dan kite pun boleh sambung kerja sebagai 'domestic goddess'. Ahaks. Meh, kita nak kongsi sedikit info cara perbaharui passport Malaysia yang mudah-mudahan memberi manfaat pada korang semua! 



TIPS Sebelum Renew Passport Malaysia

1. DATANG AWAL!!
2. WAJIB bawa kad pengenalan masing-masing.
3. Wanita gorjes yang berhijab perlu pakai tudung hitam atau bertudung gelap atau mendung berarak kelabu.
4. TIDAK DIBENARKAN pakai kanta lekap yang bewarna.
5. Gambar untuk passport Malaysia 2015? TIDAK PERLU BAWA GAMBAR SENDIRI sebab dah ada vendor yang supply camera di  setiap kaunter Imigresen. Jadinya, masa nak buat passport terus ambik gambar kat kaunter tu.


PROSES Renew Passport Malaysia

1. Perlu isi form. Kecik je kertasnya (boleh ambil di kaunter angka giliran).
2. Dapatkan angka giliran (perlu serahkan Kad Pengenalan, Passport lama dan form no.1 tadi).
3. Bila nombor dipanggil, serahkan item no.2 termasuk angka giliran. Ambil cap jari biometrik dan senyum untuk bergambar! Cheeese =)
4. Tunggu nama dipanggil untuk buat bayaran. IC akan diserahkan semula ketika buat bayaran nanti.
5. Buat bayaran RM200 untuk RENEW selama LIMA TAHUN dari tarikh dikeluarkan. IC dan resit (dikepilkan bersama angka giliran)  diberi
6. Tunggu sejam passport siap. 
7. Pandai2 bajet masa sendiri. Takde petugas yang nak tolong panggil nama. Agak2 dah sejam, bawa resit dan IC ke Kaunter 1 untuk ambil passport baru! Cap jari biometrik diperlukan (tak pasti boleh wakil atau tidak).
8. Siaplah passport anda! (macam biasa buruk giler muka dalam passport. Pastu tengok gambar suami. Pastu tanya agak2 gambar siapa paling buruk?) Pfffttt.


HARGA TERKINI Passport Malaysia 2015

a. Permohonan biasa berumur 13 tahun hingga 59 tahun: RM200
b. Pemohon warga emas iaitu 60 tahun ke atas: RM100
c. Pemohon kanak-kanak umur 12 tahun dan ke bawah: RM100
d. Jemaah haji (surat pengesahan Tabung Haji atau agensi yang dilantik): RM100
e. Pelajar yang mengikuti pengajian luar negara (21 tahun dan ke bawah) : RM100

f. OKU: Percuma tiada bayaran

* Tempoh sah laku Pasport adalah lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan. Amalan antarabangsa, pasport perlu mempunyai tempoh sahlaku tidak kurang daripada enam(6) bulan sebelum melakukan perjalanan (maknanya 6 bulan dari tarikh expired passport, dah tak boleh terbang. Jadi janganlah sedap sedap bercuti kat Istanbul, tengok2... time nak balik Malaysia.. lagi 5 bulan 3 minggu 2 hari nak expired!)


Tempat BUAT & RENEW Passport Di KL, Selangor & N.Sembilan

Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / Jumaat Tutup : 12.15 tgh - 2.45 petang
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Pejabat Imigresen Selangor
  • Pejabat Imigresen Negeri Sembilan

Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang
  • Pejabat Imigresen Negeri Sembilan: Seremban
  • Pejabat Imigresen Selangor: Shah Alam,Kelana Jaya, Kajang, Pelabuhan Klang

Waktu Operasi UTC

Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam
  • UTC Pudu, Kuala Lumpur
  • Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
  • Mini UTC Keramat, Kuala Lumpu

*Jumaat TUTUP: 12.15 tgahari - 2.45ptg
* Rehat malam: 7pm-8pm setiap hari
*TUTUP cuti umum



SELAMAT TRAVEL BUAT KAKI TRAVEL! =)


Isnin, 3 Ogos 2015

TIP MELANCONG



Salam Isnin semua. Quick update ja nih. Sejak ada form 'contact me' , ramai pulak yang personal mesej bertanyakan tip melancong ke KRABI, MELBOURNE dan HONGKONG terutamanya. Terima kasih semua atas perasaan ingin tahu anda tuuuu =) Nampak sangat anda semua pun suka travel kan.

Sepuluh jari memohon ampun dan maaf sebab tak dapat nak reply kesemuanya *sedih*  Harapnya anda semua dah baca entry berkaitan yang telah dikongsi di blog. Rasanya dah kongsi/menaip sedetail yang boleh. Penat tau tulih panjang-panjang tapi orang takmo baca. Mohon korang baca dulu kat situ ye. If ada apa-apa yang nak tanya boleh tanya di ruangan komen. Insya Allah I will try my best to answer all your questions. Sebab kadang-kadang orang tanya soalan yang sama dan dah kongsi pun dalam blog. Takmo tanya soalan berulang plisssss. Hehe. 

Haaaa..nantikan tip melancong seterusnya penghujung tahun ni... kaki tangan semua dah menggeletis nak travel lagi. Jika panjang umur dan tiada aral 2 negara bakal dijejaki. Perancangan masih dibuat. Excited!!!

Dah melancong jauh-jauh kene buat album tau! Nanti Azie share cadangan cara buat DIY photobook yang best!

KOT-KOT la ada yang baru sampai blog ni kebetulan pulak memang anda ada perancangan ke tempat-tempat di bawah dan berminat nak baca TIP MELANCONG yang tak seberapa ni jemputla tekan tekan link di bawah. Terima kasih semua. HUGS!!! ;



















One's destination is never a place
but a new way of seeing things 
- Henry Miller


SAYANG ANDA SEMUA!