Translate

No-No-NO!

#throwback Iftar di Waroeng Iga One Utama


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua


Sebulan berpuasa hanya sekali sahaja beriftar di luar. Itu pun demi 'girlfriends for life'. Barulah dapat bergebang dengan gumbira. Pecah rekod! Azam Ramdahan tahun ni, taknak meriah iftar di luar. Prefer masak sendiri sahaja. Daripada kubayar GST, baikla simpan duit dalam tabung ayam buat beli baju raya. Tempat pilihan girlfriends asalnya di Restoren Muhibbah di Penchala. Sehari sebelum kejadian, venue bertukar ke One Utama atas alasan senang nak cuci mata dan alang kepalang boleh terus shopping raya. 



Tempat iftar pilihan: Waroeng Iga

Alamat/Adress
S 313, 2nd Floor, New Wing, One Utama Shopping Centre

No tel/Phone
03-7732 3677 (Call 10am – 10pm daily)

Waktu Operasi/Business Hours
10am – 10pm daily (including public holidays)


"Waroeng Iga preserves the essence of Java at its two outlets in 1 Utama and The Strand with cuisine that pays homage to traditional home-style Javanese food. The restaurant specialises in iga penyet, a fried and flattened beef ribs dish which pairs well with the chef’s specialty sambal, and also offers a diverse menu which includes ayam penyet; gado-gado, an Indonesian salad served with peanut sauce; oxtail with sweet and sour sauce; and beef ribs soup. Its d├ęcor is kept casual and simple with wooden furnishings, traditional handicraft, and vintage photographs to evoke a feeling of family-friendly home among diners, while sarong-clad staff adds an ethnic vibe to the experience." - Groupon




Pertama kali nak cuba makan di sini setelah bertahun tak ke One Utama. First impression 'ohmaigadddd' cantik gila warong macam ni. Sunggu cozy dan sungguh extravaganza. Kalau cengginilah rupa warongnya boleh menikmati suasana berbuka dengan santai! Suka betul dengan konsep dekorasi dan furniture macamni. Tak bosan dan sejuk mata memandang. Ala-ala antik Indonesia begitu. 'Desain meja kursi cafe yang karen' kata orang Jawa. Eh betul kah?




Lampu yang meriah bergantungan memudahkan kiteorang mendapat efek gambar yang cantik! Barulah terang dan jelas nak wefie =) Meja panjang menjadi pilihan memandangkan ahli jemaah yang agak ramai. Sarung bantal Jawa style pun ada. Bolehla Dalia (Mariana's baby girl) nak baring or nak letak kepala sambil tunggu masa berbuka. 



Yay! Inilah teman-teman beriftar untuk hari ini. Apabila Allah nak beri kekayaan, kelapangan, ketenangan, kebahagiaan, kemurahrezekian, Allah boleh berikan dengan pelbagai cara. Pokok pangkalnya semua itu datang dariNya. Hari ni kami murah rezeki sebab abam yang berbaju merah nak belanja iftar kami. Terima kasih daun keladi. Moga kamu lebih murah rezeki. Yay! Yay! Syukur selalu.


Menu buka puasa 2015 di Waroeng Iga
Siap harganya sekali. Thumbs up!
Mudah nak kira bajet.

Dari kiri: Iga Penyet, Iga Cabe Ijo, Ayam Penyet

Haih, merembes air liur bila tengok menu kat atas ni. Meh nak bagi review sikit. Jujurnya Iga Penyet ni tak pedas pun walaupun dikelilingi cili yang kemerah-merahan tu. Acah-acah pedas je tu. Iga nya sangat lembut dan juicy. Efortless sangat nak makan. Takperlu risau nak cari pencungkil gigi lepas makan. Bagi yang level kepedasan nya tinggi (macam kiteorang, boleh Opt LEKO mintak Iga Penyet HOT).

First time makan Iga Cabe Ijo. Ini pun tak pedas. Tapi orang sebelah merembes jugak air hidung. Boleh kata ini memang signature dish di sini. Jadi kalau ke sini wajib order menu ini. Menu ini macam berkuah sikit dan ada rasa sedikit manis. Macam biasa Iga nya memang tender & juicy. Terbaik.

Ayam Penyet, memang kureng. Setakat ini untuk ayam penyet memang Waroeng Penyet di The Curve yang terbaik!



Selain itu, ada Talapin Penyet, Terung Penyet & Gado-Gado (kuah kacang dia best)


Overall memang puas hati makan di sini. Highly recommended. Confirm nak ajak suami datang lagi. Makanan Java ini memang sesuatu yang enak di mulut, kenyang di perut!




Dah selesai solat Maghrib, kita makan aiskrim Sangkaya pulak. Harga boleh tahan. Masa ni macam menyesal tak makan aiskrim kelapa sampai lebam kat Pasar Chatuchak Bangkok. Takdelah mahal super bedil macam ni. Tapi untuk comfortkan perut, kite redha aje la. Kemain senang hati Dalia.






Last but not least, ini setting raya Aidilfitri 2015 di One Utama. Rumput pun siap import masuk dalam ni. Terasa macam suasana kampung. Tu je nak update. Okay End.



No comments:

Post a Comment