Pages

Jumaat, 31 Julai 2015

Tetamu Datang Membawa Berkat



Salam Jumaat to all my readers and silent readers. Esok Sabtu. Sabtu di bulan Syawal maknanya 'Rumah Terbuka'..hehe..bulan Syawal lah paling meriah kita terima tetamu. Berapa ramai yang buat rumah terbuka esok. Banyak ke dapat jemputan hadir ke rumah terbuka? Yang jadi host jangan mengeluhhhh. Banyak pahala anda tau. Nah baca ni. Ada orang share..jadi kita share pulak kat sini.


Tetamu Membawa Berkat. Ada seorang lelaki yang senang kedatangan tamu. Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya. Setiapkali ia membawa tamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw. Mendengar itu, Rasulullah saw bersabda, 

"Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan bertamu ke rumah kita." 

Rasulullah saw berpesan kepada orang itu, 

"Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tamu pada saat keluar rumah." 

Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah saw. Pada saat tamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak. 

Rasulullah saw bersabda, 

"Kedatangan tamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana." 

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tamu. 

Rasulullah saw bersabda, 

"Sesungguhnya seorang tamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut."

Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata, 

"Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain agar orang tersebut tidak memakan makanannya." 

Rasulullah saw bersabda, 

"Suatu majlis ( pertemuan ) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya." 

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda,

"Setiap rumah yang tidak dikunjungi tamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut."

Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,

"Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya. Para malaikat itu berkata, 'Syurga untuk kamu." ( Mizan al Hikmah )


UNTUNGnyaaaa anda-anda yang akan terima tetamu esok! =)


Tetamu pertama yang datang bertandang!


Ada apa di Bangi Sentral?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masa nak raya hari tu, anda semua shopping di mana? Online kah? Offlinekah? Shah Alam? Bangi? Azie prefer offline. Seksyen 7 Shah Alam memang sah-sah dah tempat kegemaran. Kali ni, jom kita usha Bangi Sentral pulak! Kat mana Bangi Sentral ni? Apa ada di Bangi Sentral? Sebelum raya baru-baru ni, sempat kiteorang menjelajah Bangi Sentral 'new hot spot' untuk para hijabista di luar sana bershopping sakan.

Banyak butik-butik muslimah terkenal di sini. Antaranya Bella Ammara, Zawara, Pudore, Osra, Sugarscarft, Radiusite, Minaz, Rina Salleh, MMbasic, Calaqisya , Zawara, blaa, bla..bla.. dan banyak lagi. Butik yang berkonsepkan vendor pun merata kat sini. Orang kata memang 'lubuk' untuk para Muslimah. Now dah tak pandang dah MidValley ke One Utama or The Curve. Taknak ke Seksyen 7 Shah Alam, meh sini ke Seksyen 9 Bangi. 

Pernah sampai Bangi Sentral dulu untuk jamah [Mee Tarik Warisan Asli]! Masa tu lot kedai ni semua masih takda penghuni! Lengang aje. Ketika ini, memang orang ramai sangat dan parking space sangat terhad! Semua last minute shopping raya. Terpaksala parking tepi-tepi jalan dan menapak lebih kurang berpuluh-puluh tapak di bulan puasa di bawah terik mentari sebelum dapat masuk kedai yang beraircond. Eloknya datang awal. Molek sangat jika ada parking bertingkat di masa hadapan (Di Seksyen 7 Shah Alam dah ada).

RINASALLEH pun ada! Nampak tak kereta bersusun tunggu turn nak keluar

Dimana-mana pun padat dengan kenderaan

Ketika ni pelancaran MCC! MCC = MuslimahClothing.Com. Tagline: Your Labuh & Longgar Specialist.  Ada pakaian daripada XXS sehingga 5XL! Wah! Plus size usah runsing okehhh. 

MINAZ pun ada. Kalau nak cari jubah floria yang famous tu haa sinilah tempatnya

Dalam ni ada jubah lelaki bercorak
Pelik sangatlah jubah lelaki bercorak nih

CALAQISYA macam biasa penuh dengan orang. I keluar lenggang-lenggang
Nak beli apa? Dah takda pilihan dan size.

Jumpa kawan lama kita!
Lepas 2 tahun tidak berjumpa. Borak sakan la kita.
Now sama-sama dah resign.
Dulu dialah teman merempit merangkap teman bergosip ku pergi kerja.
Kami gilir-gilir merempit dengan waja dia atau fiestaku.
Sama-sama punch kad merah kalau lambat. LOLS.
Paling takboleh lupa sama-sama tidur nyenyak di traffic light masa bulan puasa.
Banyak kenangan indah!

Dalam Imaan Boutique boleh pulak terjumpa mereka ni.
Saudara mara belah suami.
Bersila terus. Katanya melepaskan lelah shopping. 

Kita pulak nampak geng terus tumpang bersila sekali.
Eh -eh rancak pulak sembang pasal business. Sambal dan biskut raya. Biar betul!

Jumpa lagi kawan lama kita. Yang ni lagi la.
Hampir 16 tahun tak jumpa.
Ex-SAMURIAN batch 1999.

Makanya hari tu kita window shopping sahaja. Melawat kawasan =)