Translate

No-No-NO!

1 Syawal 1436H a.k.a Raya Aidilfitri 2015


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Hai semua. Tak terlambat kan nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan menyayangi kita semua. Maaf Zahir & Batin. Anda semua beraya di mana? Azie beraya di Besut, Terengganu. Beraya bersama keluarga belah suami. Seronok yang TERamat sangat. Maka dengan itu haruslah didokumenkan di dalam blog ini untuk tatapan kami suami isteri anak-anak cucu di masa hadapan! Gittu. 

Azie memang suka tatap gambar kawan-kawan masa raya. Terutama di Facebook dan Instagram. Boleh cuci mata tengok wajah kawan-kawan yang jauh di mata tapi dekat di hati *puiiii* 

Macam-macam warna tema ada. Ada yang satu keluarga satu kain! Ada yang Mix & Match. Ada yang warna-warni. Semua hot-hot belaka. Ada ke yang berbaju Melayu Hipster? Opss. Ada jugak yang setahun tak muncul masa time raya aje timbul hupdate gambar raya. Hihi. Yang pastinya masa Raya untuk baju baru! 

Taknak mengomel panjang-panjang, cuma nak pinjam mata anda untuk tatap gambar-gambar raya di bawah! Keh keh keh. Terima kasih ~

Eid Mubarak - dari Azif & Azie

Bergambar di atas sofa too mainstream, tahun ni kita berdirilah beramai-ramai!

Minal 'Aidin wal Faizin ( من العائدين والفائزين )
dari Hj Yusof clan

Official family photo *erkk ada sapa-sapa ke yang korang kenal*

Family in law

Habis aja sesi bersalaman (yang terpanjang setakat ini), teruih kira duit raya yeeeee.
Banje kakak aiskrim plisss...


Bersama-sama gadis manis my beloved sisters.
Opss silap. Di sini hanya 2 sahaja yang masih gadis =p


Maaf Zahir & Batin =)

No comments:

Post a Comment