Pages

Rabu, 24 Jun 2015

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT


Assalamualaikum & Salam 7 Ramadhan





4.30am bangun pagi kerana kepanasan. Awatlah panas hangat semacam dan terang semacam. Rasanya tidur malam tadi dah tutup lampu. Rupanya takda letrik dan lampu emergency light nyala atas kepala. Lilin pulak buat hal. Tak tahu menyorok kat mana. Haru betul. Mujurla lampu suluh masih ada bateri (kalau takda terpaksalah guna torchlight kat fon). 

Emergency light di ruang tamu dah padam. Nampak sangat yang dah sejam lebih rupanya tiada letrik. Sudahnya pagi tu kami bersahur bertemankan lampu suluh yang watt nya pun tak berapa tinggi. Makan dalam suasana kesuraman gitu. Aiyaark! Nasi pun sejuk (sebab takboleh panaskan dengan microwave), minum pun plain water aje sebab takboleh nak masak air panas. Mujurla lauk boleh panaskan atas dapur. Sadis betul rasanya. Terus terfikir alahai kesiannya orang-orang yang serba serbi kekurangan. 

Jam baru 4.40am. Dalam sunyi-sunyi gitu....tiba-tiba terdengar laugan azan. Aik?! Dah kenapa? Dah Subuh ke? Baru suapan pertama masuk dalam mulut. Ustaz kata kalau dah azan kita sedang makan kena luahkan balik, jangan ditelan. Nanti batal puasa. Tapi kami terus telan laju-laju. LOLS. Konfius sangat tau! Check jam kat henfon betul baru 4.40am. Check jam dinding. Betul baru 4.40am. Takkan harini Subuh awal. Pelik sangat tuh! Dalam duk konfius gitu, mulut laju lagi duk mengunyah. Teori kiteorang, Tok Bilal masjid ni salah tengok jam agaknya. Azan tak sempat habis, tiba-tiba sunyi balik. Sah! Tersilap letewww Tok Bilal ni.

Tajuk kemain resepi sotong goreng kunyit tuh... nah ini cadangan resepi untuk mereka yang suka bersahur lauk pauk ringkas macam kiteorang ni. Simple dan mengenyangkan. Tambahla sambal sreng or acar buah or kentang tempe ikan bilis buat penambah selera.


RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT

400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
sedikit daun ketumbar ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara Penyediaan

1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Kredit: Kutip dari Facebook


Kita masak dulu sampai kering airnya


Tadaaa...siap dah! 
Mudah sangat cenggini bagi tukang masak yang tak berapa nak pro ni!


Sesuai sangat untuk berbuka dan bersahur!

Selamat mencuba.

Selasa, 23 Jun 2015

Resepi Lasagna Mudah & Ringkas!


Assalamualaikum & Salam Ramadhan Kareem 1436H





Alhamdulillah kan! Sedar tak sedar sudah enam hari kita berpuasa di bulan Ramdhan. Ok, terus dipendekkan cerita, menjelang jam 5-6-7 petang, semua berasak mengupload juadah iftar masing-masing. Buka FB pun menu iftar. Buka IG pun menu Iftar, buka wasap pun menu iftar. Betul tak? Begitu sekali kan kemeriahan Ramadhan. Macam-macam menu keluar, yang tradisonal, yang kebaratan, yang ala Chinese... fuhhh, meleleh tau tengok juadah iftar masing-masing. Cobaan!

Hari ni azie nak share cadangan resepi untuk moreh! Moreh kita hari ini agak kebaratan. Tak lain dan tidak bukan Mrs Lasagna. Beli di butik vendor, cinonet sangat. Celah gigi aje. Tak puas makan nanti. Sudahnya jom le kita buat sendiri. Raaamai yang boleh makan. 




Bahan-bahan untuk filling

500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bwg putih di cincang
1 botol sos tomato segera
Cendawan slices
Spices -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)
Sekotak Kepingan Lasagna

Bahan-bahan untuk white sauce

5 sudu butter
3 sudu tepung gandum
500 ml susu full milk
4 keping cheesedale
Sepaket mozarella cheese


Cara-cara masak filling:

1. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.
2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk. 
3. Perasakan dengan garam dan spices yang anda ada. 



Cara-cara masak white sauce:

4. Untuk masa white sauce, Cairkan butter dalam pan. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul2.
5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale (dipatah-patahkan supaya mudah cair). Kacau hingga sebati dan tutup api.
6. Celup kepingan lasagna dalam air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama 
7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yg sama hingga habis. Akhir sekali taburkan cheese atasnya. 
8. Bakar suhu 160 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.

White sauce in the making. Sesambil tu meh kita selawat-selawat sikit bagi sedap lasagna ni :)

Susun ikut turutan; kepingan lasagna - filling - white sauce- mozarella cheese

Lasagna daging yang dah siap dibakar garing gitu



Selamat berbuka & mencuba! :)


Jumaat, 5 Jun 2015

Durian Udang Merah


Salam Jumaat :)

MasyaAllah dua minggu yang sangat sibuk! Phewwww! Ni dah agak reda sikit. Barulah boleh kembali mengadap Mac kesayangan. Bolehla update blog dengan tenang.

Sekarang ini bukan musim durian kan? Tapi dah boleh nampak durian-durian mula dijual di tepi jalan. Yang paling banyak Durian Udang Merah! Kecik-kecik dulu tak peduli nama-nama duyan ni sebab arwah atuk ada kebun duyan. Yang penting perut kenyang. Sekali musim duyan, pagi petang malam makan duyan. Selang seli dengan manggis dan rambutan. Tengah malam badan kepanasan dan terus cirit-birit. Hehe. Zaman tu dah lama berlalu. Sejak arwah atok takde, kebun duyan pun dah bertukar jadi kebun getah agaknya. 

Baru-baru ni mengidam sangat nak makan duyan. Usha punya usha di Kg Sentosa kat Senawang tu harga duyan RM35 per kg! What da ****?! Terus Istighfar dan mengucap kat situ. Begitu mahal? Adakah kerana ia jenama UDANG MERAH? Terus google....

Rupanyan durian ni berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Juga dikenali dengan nama Ang Hae (dalam bahasa Hokkien bermaksud Udang Merah). 

Jiran sebelah rumah terbeli dengan pakcik yang sama. Maklumlah orang lelaki kalau membeli bukan nak riki-riki dulu, pilih-pilih 3 biji masa nak bayar baru terkejut beruk dengar harga nak cecah 2ratus. Masa tu barulah terheges-heges nak tanya harga berapa sekilo. Terlambat sudah! Redha. Dalam sebiji ada la 8 ulas katanya. Makan aje dengan penuh rasa sebal. Hehe.

Ternampak orang jual duyan di pasar malam Puncak Alam ni. Harga RM25 per kg. Nego punya nego dapatla RM20 sekilo. Haih mahal. Tapi sebab dah kepingin sangat belilah jugak 2 biji. 

Patutla orang tergila-gilakan udang merah ni. Tekstur isinya sangat lembut dan rasanya MashaAllah SEDAP tak terkata! Isinya manis. Warna kekuningan tu menyedapkan lagi mata memandang. Alhamdulillah dalam sebiji duyan ni lebih lapan ulas yang ada. Memang pueh hati!

Sekarang ni harga duyan udang merah boleh dapat RM15 per kg. 






Kini durian crepe muncul semula. Hehe.

Nota: Mana nak cari durian harga murah? Untunglaaa yang ada kebun duyan tu :)

Happy durian hunting.. people!