Pages

Jumaat, 22 Mei 2015

Impressed.My


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Last week keluar dating dengan my favorite girl di NU SENTRAL. Tujuan kami ke sana sebenarnya nak renew lesen perniagaan di SSM. Dah alang-alang tu shopping dan cuci mata di NU Sentral. Dalam banyak-banyak shop yang ada, Azie tertarik dengan satu kedai ni. Simple je. Jual jus. Bukan sekadar jus dan bukan sebarangan jus. Tapi IMRESSED jus. Memang I'm Impressed!

Impressed ini merupakan jenama kepada 'Cold Pressed Juice'.

Apa 'Cold Pressed Juice' ni?
Fresh fruits and vegies are pressed using a hydraulic press juicer to extract the nectar directly from the pulp (tak blend atau grind) . So much fresher rite?! 

Lebih ohsem, bila mereka kata yang 100% raw dan tidak ditambah dengan sebarang preservatives, gula atau air!


IMPRESSED Cold-Pressed Juice. Juice Cleanse
Lower Ground, NU Sentral

Waktu Operasi: 10am - 10pm 

Boleh juga didapati di Publika di Nailsmith (Block D3)





Kami try banyak flavor. Dan pilihan Azie adalah I6 (Watermelon + Beetroot + Mint)

Flavor untuk I4 ( Watermelon + Carrot + Orange + Green Apple + Pineapple

Serius YUMMMMMEEH! Sangat!

Kulit terus rasa cantik untuk 3 minit! LOLS.




Now mereka dah ada Roast & Grind. Boleh lepak minum kopi.

Uols yang ada di area NU Sentral boleh cuba ini.

Harga dari RM9.95 - RM12.95 sebotol
untuk 350ml

Made in Malaysia dan yang penting halal!

Nota: NAK LAGI PLISHHH!


Khamis, 21 Mei 2015

Sampaikan Walau Sepotong Ayat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُSalam pagi Khamis 3 Syaaban 1436H,
21 May 2015. 

Genap 1 Syaaban bulan Islam bermakna dah 7 tahun kita bersama wahai suamiku. No words can describe how I blessed and thankful i am to have you as my husband. Everything comes from Him and everything will return to Him. Nothing is ours. Blessed for everything that He has borrowed us with. Happy Anniversary my love!


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن


Ya Allah dipagi yang mulia ini berilah kami kebaikan dan jauhkan kami dari keburukan. 

Ya Allah berilah kami hati yang jernih agar kami selalu bersyukur diatas kekurangan yang kami miliki agar kami merasa cukup dalam kekurangan.

Ya Allah ajarkan kami redha dan ikhlas dan kami tidak mengeluh bila kebahagiaan kami tidak lagi sempurna.

Ya Allah terangilah hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terus menerus menerangi bumi dengan matahari Mu. 

Ya Allah kami redha dengan musibah yang Engkau turunkan ke suatu tahap yang memenatkan kami. Tapi Ya Allah, jadikanlah ia sebagai permulaan bagi kami untuk kembali kepada Mu dengan sepenuhnya.

Ya Allah ketika kami bersedih datangkanlah kebahagiaan, ketika kami menangis datangkanlah senyuman, ketika kami diuji dengan segala ujian Mu, datangkanlah hikmah. 

Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu Engkau janjikan ganjaran kemanisan yang tidak terperi manisnya. 

Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci. 

Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya. 

Ya Allah masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah. 

Ya Allah kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik. 

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. َ

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah. 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ


P/S: Orang berkongsi mutiara kata dengan kita, maka kita kongsikan pula bersama yang lain. Mudah-mudahan kita semua pun mendapat manfaatnya! 

Sekian. Wassalam.


Rabu, 20 Mei 2015

Shopping di Vendville - Malaysia's Exclusive Fashion Hub


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kalau korang yang takda instagram mesti tertanya-tanya kan, apelah menatang VENDVILLE ni. Bunyi pun dah pelik semacam. Kalau uols tau MODVIER begitulah konsep VENDVILLE ni. Banyak brand online dikumpul di bawah satu bumbung. Jadi tak perlu nak butik hunting. Terus tuju ke sini dan seolah-olah semuanya ada!

Lokasi / Alamat
VENDVILLE, No 46-G, Jalan Pju 5/20D, The Strand, Kota Damansara
Waze: Kuwait Finance House Kota Damansara

Waktu Operasi
11am - 8pm (ISNIN TUTUP)
Payment Method
Tunai & Kad


Ada 50 all star brands on one exclusive shopping hub!

1- Ashh&Annas
2- Aidijuma
3- ZK lens
4- Sugarscarf
5- TudungPeople
6- MMBasic
7- PRECIOUS BY ROZITA CHE WAN
8- Tudung Abu Dhabi
9- FynnJamalRTW 
10- Mumu Scarves
11- Clothesology
12- REDAUDRA
13- Ammara Hijabi
14- Mermaid Luxe by Liyana Jasmay
15- Meylana by Memey Suhaiza
16- Sutrasilka
17- Zareeth Zehra
18- TiaraKL by Ameera Zaini
19- Naelofar Hijab
20- DaaraKL
21- Old Blossom Box
22- Neng Geulis
23- Sara by Qudyn
24- AmeliaShahazKL
25- ByFatinSuhana
26- PenMerahdotcom
27- Eisya Syakira
28- Nadzri Morshidi
29- LockaRTW
30- Qaira Hijab
31- Amyliana
32- Erls&Co
33- Matase Sutera
34- Neddy Blossom
35- byNarina
36- Bikaya
37- LulwaHijab
38- SHALS
39- LeeyanaRahman
40- Aisha Wong 
41- Furby and Sugar
42- FCC Malaysia
43- JelitaSARA
44- IANSHAMKL
45- CIPTA
46- Mustika Adiwarna
47- LalunaKL
48- Dewi Sofiea
48- Deqoya
50- El Jumana

Phewww! Berfeluh nak pilih baju. Rambang mata sangat nih!
Butik ni keluasan dia sangat melampau tau.
Rasa cozy sangat.
Kalau personalshopper memang suka sangat butik-butik camni.
Senang nak shoppingkan untuk orang lain. 



Fitting room pun selesa

Makcik ni jaga di kaunter. Baik hati sangat :')

Fynn Jamal & Juna in the house uols!

Butik memang luas. Mudah sangat korang nak pilih-pilih baju tanpa berlaga montot. Brand yang ada pun sikit punya banyak! Memudahkan kerja personalshopper. Cuma satu la kelemahannya, baju yang kita nak kadang-kadang out of stock. Kene tunggu owner butik restock. Jadi nak tak nak kene la pi cari butik tu jugak yang mana lebih banyak pilihannya. 

Lagi satu harga kat sini pun nampaknya macam tak sama dengan butik. Kat butik tengah diskaun. Kat sini takda diskaun pulak. Apa-apa pun korang kene follow Vendville yang sangat aktif di Instagram. Mereka selalu update barang apa yang restock, ada sale atau tidak. 

Tengoklah kami jumpa sapa kat sini. Fynn Jamal uols! Ya Allah, kulit dia flawless sangat tau. Tak lokek dengan senyuman dan humble je orangnya. Btw, Juna ekau buek apo tu? Juna ni alahai tak tengok camera pulak :')

Selamat terjah Vendville.


Selasa, 19 Mei 2015

Kedai Sarapan Best di Jalan Ulu Bendul, N.Sembilan


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Siapa orang nogori? Lebih tepat lagi orang K.Pilah? Korang mesti familiar dengan D'Sawah. D'Sawah terletak belah kiri jalan lurus dari Ulu Bendul menuju ke Kuala Pilah berhampiran Kampong Ulu Bendul. Kiri kanan sawah terbentang luas. Agaknya sebab tu namanya D'Sawah. Jom!



Kami tak pasti kedai ni waktu operasinya bila. Ini kiranya cuba jaya je pergi. Kalau tutup terpaksa cari tempat makan yang lain. Pergi sekali dengan ayahandabonda. 

Azie memang taktahu alamat tempat ni. Tapi senang je nak cam kedai ni. Kedai D'Sawah ni satu-satunya kedai breakfast di area berdekatan. Kedai di memang terletak di belah kiri jalan, jalan lurus menuju ke K.Pilah. Tak jauh mana dari Ulu Bendul. Jika kedai ini buka, pastinya penuh dengan kenderaan parking di kiri kanan jalan. Bukan sahaja Alphard, Merc, BMW malah jika anda bertuah (macam Azie) orang bawa Ferrari pun makan di sini. Hehe. Kemain jauh dia datang! Tidak cukup dengan itu, menjadi tempat persinggahan Bikers juga. Sungguh meriah kodai pakcik ni haaaaaa!


Nampak tak Ferarri Merah tu? Kami parking sebelah Ferrari uols! Begitulah jakunnya rakyat marhaen macam Azie ni bila nampak Ferrari secara dekat. Huhu. I am #villagepeople 

Anda harus bertabah menunggu meja. Meja pun agak terhad. Speciality di sini sudah pastinya nasi lemak dan roti canai. Pada Azie Nasi lemak beralaskan daun pisang di sini ok aje. Istimewa sebab ada ikan kering garing buat penambah selera tu. Sambalnya pun biasa aje. Tak pedas (Azie suka yang pedas!) Tapi Azie suka sebab ada rendang ayam dan rendang daging. Kedua-duanya pedas dan agak menyengat! Itu yang sodap tu. Bila makan tu rasa macam nenek-nenek kita je yang masak. Ayam dan dagingnya pun lembut. Memang jadi lauk tambah makan dengan nasi lemak. 

Bayangkan makan nasi lemak rendang ayam, rendang daging yang rasanya cukup tradisional, tak cukup tambah pulak roti canai telur letak bawang lebih, kemudian menghirup teh tarik panas sambil mata melihat hijau sawah padi dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, tak ke macam heaven di situ. Subhanallah! Nikmat dunia!




Selain menu di atas, ada juga sambal kerang, sup-sup panas pun ada. Pilihla ikut tekak dan selera masing-masing. Oh sebelum terlupa nasi lemak di sini ada set. Antara pilihan set yang ada; Nasi Lemak Biasa/ Nasi Lemak Ayam Rendang / Nasi Lemak Rendang Daging / Nasi Lemak Sambal Kerang. Harga berbeza setiap satunya. Yang pastinya harga lebih berpatutan berbanding nasi lemak di restoren. 

Sebenarnya Kedai Sarapan D'Sawah ni terkenal dengan nasi lemak yang bewarna hijau seperti di bawah ini. Kalau habis mungkin diganti dengan nasi lemak biasa warna putih seperi di atas. Azie dah try keduanya dan prefer nasi lemak biasa :')



Roti canai di sini pun enak juga. Obviously berbeza dengan mamak style. Pemilik kedai sendiri yang buat roti canai (sorry takda gambar roti canai). Yang pastinya kesemua makanan adalah halal. Semoga perniagaan pakcik bertambah maju!



Kalau lalu waktu pagi di jalan lurus ke Kuala Pilah ni, jangan lupa singgah!


Isnin, 18 Mei 2015

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Sedap di Village Park Restaurant


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Salam Isnin. Harap-harap kita semua tak kena penyakit Monday Blues ye pagi ini. Ayuh, Azie nak share tempat kami breakfast 2 minggu lepas. Kami makan nasi lemak ayam goreng berempah di Village Park Restaurant. Pernah dengar? Ala yang di Damansara Uptown tu. Tau kan? Lama sangat dah kami tak makan sini. Dulu masa tinggal di Damansara Perdana ada beberapa kali juga breakfast di sini. Sejak berpindah lama dah tak ke sana. Jom ke sana!


Driver of the day!

Village Park Restaurant (berdepan dengan Bank Rakyat)
No. 5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Business Hours/ Masa Operasi
7:00am - 8:00pm (Isnin - Sabtu)
7:00am - 6:00pm (Ahad & Cuti Umum)

No Tel: 03 - 7710 7860



Selebriti yang pernah ke sini

Kami sampai jam 8am pun dah beratur sikit punya ramai. Mujurlah ada meja kosong betul-betul tak jauh dari kaunter. Harapannya cepatla kami dapat order dan makanan cepat sampai . Apa yang kami order? Dah tentulah signature dish di sini;

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah RM9

Nasi lemak ini dialas dengan daun pisang. Agak big portion untuk wanita kecil macam saya ni. Katanya, nasi lemak ini menggunakan 3 jenis beras iaitu beras tempatan, beras wangi Thai dan beras basmati. Lebih unik nasi lemak ini tidak menggunakan terlalu banyak santan dan menggunakan air kelapa sebagai secret ingredient. Itulah rahsia untuk dapatkan tekstur nasi yang sempurna yakni tidak melekat, light & fluffy. Yummy! Nasi lemak ini tidak beraroma sangat tapi tekstur nasinya sempurna!




Ayam goreng berempah memang the bombs! Rasa rempahnya di mulut. Garing dan berkerak. Nampak tak penuh kerak dalam pinggan Azie. Ayam mereka saiz besar-besar belaka! Untuk nasi lemak ni nampaknya hanya bahagian 'whole leg' untuk serve pada customer. Mereka guna fresh chicken instead of frozen ones. Patutla ayamnya tender and juicy. Sedap! Disebabkan ayamnya agak besar, nasi dah abis dulu tapi ayam masih berbaki. Hehe.

Sambal cilinya ada rasa pedas dan tidak terlalu manis. Kalau anda suka nasi lemak dengan sambal cili tradisional ini bukan tempatnya.

Pemiliknya pasangan suami isteri chinese muslim dan istimewanya ia dimasak sendiri oleh pemilik restoren. 

Suatu ketika dulu pernah heboh restoren ini milik pengacara cantik yang kini berhijab iaitu Neelofar. Tidak pasti adakah Neelofar masih lagi share partner restoren ini?




Kalau anda nak tahu, restoren ini sangat ramai pengunjungnya. Disarankan jika mahu brekafast di sini datang seawal yang boleh. Sungguh! Tak tipu. Tempat ini crowded dengan manusia berbilang bangsa. Chinese memang suka makan di sini. Walaupun kedai agak besar, siap ada 2 lagi extra khemah di luar tapi masih tidak mampu nak menampung kehadiran pelanggan yang begitu ramai. Suasana agak bising. Jadi jangan marah kalau anda perlu tunggu 10 ke 15 minit hanya untuk ambil pesanan. Huhu. Susun atur meja terpaksa diatur begitu dan agak tidak selesa. Terasa macam makan di kanten sekolah. LOLS.

Selain itu, diingatkan restoren ini not a place for hanging around once you're done eating! Ramai lagi yang beratur nak tunggu meja. Jadi plis ada timbangrasa. 
  
Nasi lemak di sini seringkali menjadi sebutan ramai. Ada yang gelarkan The Best Nasi Lemak in KL, The Best Nasi Lemak in PJ dan macam-macam gelaran. Apa kata anda pergi dan rasa sendiri pengalaman ini :')

Next time pergi nak rasa Nasi Dagang Ikan Tongkol dan Asam Laksa *terliur*

Till then wassalam.



Jumaat, 15 Mei 2015

Alive 3D Art Gallery di Port Dickson


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Dah lama ajak adik-beradik ke ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON. Akhirnya semuanya menjadi kenyataan. Lebih meriah bila relative dari Terengganu yang kebetulan datang rumah pun join sama. Dari Senawang boleh ikut jalan dalam je ke Lukut. Dari highway plus boleh exit tol Lukut. Muzium ni lokasinya berdekatan dengan Giant Lukut dan Old Town Coffee Lukut.

Alamat:
ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON
39 Jalan DS 2/1
Bandar Dataran Segar
Lukut, Port Dickson

No Tel 06-651 5400

Masa Operasi 
Isnin - Jumaat (11am-11pm)
Sabtu/Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah (10am-11pm)

TIPS: SILA DATANG AWAL!!!!. Plan asal pukul 10am kami dah tunggu depan muzium. Tapi disebabkan ahli jemaah agak ramai jam 10am baru boleh keluar rumah. 10.30am sampai depan muzium. MY GOD! Barisan panjang gilosss! Rupanya jemaah yang sama sebab tu nampak panjang. Ngehngeh. 

First and foremost kena beratur beli tiket. Harga tiket RM20 untuk dewasa. RM15 untuk senior citizen. Untuk kanak-kanak lupe pulak (rasanya RM15). Tapi perlu tunjukkan MYKAD untuk dapatkan harga diatas. Kalau tidak RM25 untuk dewasa. Mahal kan? Kalau anda datang 10 orang takperlu kutip 10 orang punya MYKAD. Memadai seorang wakil je untuk dapat diskaun RM5. Aleesya 2tahun tak perlu bayar. Dia ikut ketinggian jugak. Aleesya tu petite sangat maka dapat FREE ENTRANCE. 

Dah settle tiket sila beratur untuk masuk ke dalam pulak. Yang ini, ada makguard yang jaga. Dia tak lepaskan sekaligus semua masuk. Boleh jadi tin sardin kat dalam tu nanti. Kat sini makguard akan lepaskan peringkat by peringkat ikut ahli rombongan. Kalau korang datang lewat, orang pun ramai, sila bertabah ye tunggu giliran masuk. Takboleh pakai kasut kat dalam. Kasut simpan dalam locker. Kene caj RM2 untuk 1 locker. Kalau rasa kasut tu bersih buhla dalam handbag :))

Alhamdulillah orang pun tak ramai. Masuk dalam je, semua perangai gila-gila masing-masing terserlah. Masa nilah nak tunjuk skill lakonan. Kene kreatif bila bergambar dan kene yang betul baru nampak real. Jomlah layan gambar yang tak seberapa nih.


Aleesya memang terer spoilkan gambar. Hehe.


Help us! Plishhh. Plissh. Berat sangat nih.



Tengokla Bonda :') Dia pun join sama! Sporting ya amats



Dua-dua ni dah acting terlebih nih! Over to the max tau.





Streching














Allahu Rabbi. Muzium ni 3 tingkat tahu.  Bayangkan selama hampir 2jam duduk dalam ni memang gelak sakan je. Keluar-keluar je letih sangat. Abis energy. Barisan kat luar pun makin panjang. Orang makin penuh dan crowded. 

Tempat-tempat macam ni memang seronok datang dengan family or kawan-kawan yang jenis sporting. Jika boleh datangle awal. Kalau tidak, kat dalam pun beraturla ye nak photoshoot.

So uols, ingatkan di Seoul je tau ada Alive 3D Art Gallery. Di Malaysia pun ada. Mungkin jugak di Seoul lebih besar dan lebih happening. Hihi. Di Langkawi ada satu. ART IN PARADISE LANGKAWI. Rasanya antara yang terbesar di Malaysia setakat ini. 

P/S: Takda idea nak letak caption setiap gambar. Kalau korang ada caption yang best-best boleh share di ruangan komen kat bawah. Terima kasih! :')

Selamat mengembara!


Khamis, 14 Mei 2015

Hajjah Mona Asam Pedas & Pak Putra Tandoori & Naan di Melaka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa suka asam pedas? Azie memang hantu asam pedas. Asam pedas ikan pari paling suka! Tapi bila masak sendiri rasa tak best :p Bonda masak jugak yang best. Bila duk jauh-jauh dengan bonda ni, kalau kepingin nak makan asam pedas selalu pergi di Restoren Asam Pedas di Bukit Jelutong (paling dekat dengan rumah). Makan dengan telur asin, ulam dan sambal belacan. Memang terangkat!!! 

Melaka sinonim dengan asam pedas eh? Lagi-lagi bila dengar Asam Pedas Daging Tetel. Fuhh! Kecur air liur nih. Settle dah jelajah [ Muzium Kapal Selam ], maka perut pun lapor.  First time nak cuba Hajjah Mona Asam Pedas ni. Check google maps tak jauh mana dari Pantai Klebang ke Hajjah Mona Asam Pedas. Hanya 20 minit 8.2km sahaja. AYUH!




HAJJAH MONA ASAM PEDAS
6, Jalan Laksamana 2, 
Taman Kota Laksamana, 
75200 Melaka, Malaysia




Tak susah cari restoren ni. Restoren ni terletak dalam kawasan taman perumahan. Asalnya sebuah rumah dijadikan restoren. Bertabahlah ye jiran sebelah! 

Wah kosong lagi kedai nih! Awal sangat kah kami? Tapi perut dah nyanyi lagu rock kapak dah. Minta diisi dengan segera. Keciwa sangat bila dapat tahu yang asam pedas daging tetel tak siap masak lagi. Tengah rancak lagi merebus daging atas dapur. Yang ado hanyalah asam pedas ikan kembung. Whateverlah asalkan makan asam pedas.




Bila minta nasi putih by default mereka letak sekali kangkung dengan telur asin ni. Gabungan yang mantap! Suami kata bolehla sesedap rasa dan perut pun kenyang. Alhamdulillah. Kuah nya tak pekat mana, tapi pada Azie secukup rasa dan tidak pedas mana. Makan dengan senang hati :')




Selain itu

TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH
.
.
.
.
.
Pak Putra Tandoori & Naan
Jalan Laksamana 4,
75200, Melaka.
Tel: 012-601 5876
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (6pm-2am)

Kalau ke Melaka, Pak Putra Tandoori tempat makan yang WAJIB kami pergi. Tempat kegilaan suami ni. Suka benar dia kalau dapat makan Garlic Cheese Nan dengan Ayam Tandoori Pak Putra ni. Halal. Memang two thumbs up! Highly recommended. Siapa yang jalan-jalan cari makan di Melaka wajib singgah sini.




Macam biasa awal-awal kami dah terjah. Kami pernah datang lepas Maghrib. Masya Allah! Terlalu crowded dengan manusia. Meja walaupun begitu banyak tetapi PENUH. Memang ramai lah pelancong asing (barat) yang makan kat sini. Lepas 2 jam baru kami dapat makanan! Sejak itu, memang serik, sila datang seawal yang boleh! Tengok nih, banyak lagi meja kosong. 




Kat sini banyak jenis roti nan. Yang kami order ni hanya Garlic Cheese Nan. Next visit mahu cuba potato pratha, Kashmiri Naan & Pizza Naan. Tandoori Chicken here is to-die-for. Ayam ini memang diperap dan dimasak dengan sempurna. Tak tahula apa secret recipe yang digunakan. Tapi memang lembut, moist dan rasa rempah ratusnya. Marveles! Tandoori Chicken di sini adalah yang terbaik Azie pernah rasa setakat ini *kecur airliur*




Dah agak dah suami takkan cukup dengan makan 1 set. Maka ditapaunya lagi 5 set untuk makan kat rumah nanti! Sampai Senawang kami makan pulak beramai-ramai. Kata Bonda, ini lagi TERbaik dari Kapitan kat Penang tuh! Hehe, lain orang lain anak tekaknya. Tepuk dada tanya selera masing-masing. Setakat ni pada Azie hanya Kapitan & Pak Putra Nan Tandoori, the best tandoori and nan i ever taste! Ada satu lagi tempat yang sering disebut-sebut - RSMY House of Real Beriani (Restoran Selera MY). Dengar-dengarnya the best cheese nan ever. Tak sabar nak pergi cuba nih!

Cukuplah tentang roti nan ni. Uols pernah try Coconut Shake Pantai Klebang? Taktahula apesal dia TERsangat femes sehingga menyebabkan orang sanggup beratur lama dan menyebabkan jalan jem! Coconut Shake Pantai Klebang ni buka jam 2.3o petang. Kami sampai dalam kul 3pm. Nah tengoklah keadaannya!








Kegilaan apakah nih? *nanges*
Barisan makin lama makin panjang
Orang makin lama makin bertambah
Tak kira yang tua atau yang muda
Kata suami 'JOM BLAH!'

Redha. Apehal la orang ramai sangat. Kalau tengok kebanyakkan mereka macam pelancong dari Singapore. Kalau nak tahu ada 3 biji bas parking kt tepi jalan tu. Yang beratur ni untuk tapau sahaja. Yang nak makan nuh kat dalam sana. Ini mesti penangan blogger la nih! Takda rezeki nak cuba. Lagipun orang Melaka kata Coconut Shake Batu Berendam lagi best! Betul ke?