Pages

Rabu, 29 April 2015

Lokching Nama Glamour Satay Ikan


Assalamualaikum dan salam sayang :')






Sesekali kurasa teringin... Mahu makan lokching @ satay ikan ni. Setiap hari hujan sekarang ni, tak kira pagi, tengahari, petang or malam. Hmmm..kalau boleh makan lokching panas-panas sedak molek nih. Kalau refer pada blog ILoveKlate, lokching adalah istilah dalam dialek Klate. Lokching dipercayai berasal daripada bahasa Thailand yang bermaksud bebola bakar. Gittu.




Kalau Azie dengan suami balik Kelantan atau Terengganu mesti cari lokching. Dulu harga seposen secucuk. Sekarang, harga RM1 untuk 4 cucuk! Biasa diorang ni jual atas motosikal. Bila kita order barulah satay ikan dibakar dan dicampur dengan sos pedas dan sos manis. Nyummmmss!

Pasar Tani Kuala Besut
Kawan Azie ada bagitahu yang satay ikan ni dah ada di serata Malaysia. Ada yang pernah jumpa di Downtown Cheras. Sekarang ni takpasti masih ada dijual di sana atau tidak.

Lokching atau satay ikan ini boleh tempah tau. Hari tu kami tempah untuk bawa balik Seremban dan Shah Alam. Mana lah tau kotnya mengidam tiba-tiba kan. Nak tunggu balik Terengganu or Kelantan taktahu bila. 


Bila nak makan boleh panggang sendiri! Azie guna pemanggang ajaib. Boleh juga guna multicooker. Azie dah try kedua-duanya dan hasilnya memang berbeza! Pemanggang ajaib kita dapat satay ikan yang lebih garing. Jika multicooker satay ikan akan jadi lebih moist dan lembut. Guna oven pun boleh kalau nak bakar banyak-banyak sekaligus. Walauapapun kekdahnya, kata suami tetap tak sama rasanya macam panggang atas motosikal tu...*haih! macam-macam*

FYI, Lokching ini boleh didapati di Mira Cafe di Butik Oasis Gallery (berdekatan SME Bank). Dibuka setiap hari 10pagi - 10malam. 

OASIS GALLERY
302G & 303G, Jalan Pusat Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang.

Warga Seremban & Senawang boleh dapatkan di sana ya!!


Kalau DIY, ni ha...

Resepi LOKCHING a.k.a Satay Ikan

Bahan-bahan:

500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa


Cara memasak:

1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.

2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.

3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.

4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.

5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.


SOS Manis

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah


Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)

2. Masukkan air.

3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.

4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.

5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

(kredit: engkusulwani.blogspot.com & pinkymomma.com)

Nota: Jangan letak bawang putih, kalau taknak rasa bawang putih. Azie takpernah cuba lagi :P Kita simpan dulu, mana tahu suatu hari nanti TERajin pulak nak buat.

Selalu makan satay ikan ini kalau pergi Pantai Air Tawar di Besut dan Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu! *Memori Satay Ikan*



Selasa, 28 April 2015

Rizman Ruzaini RTW


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kreativiti pereka-pereka fesyen di Malaysian memang tiada batasnya. Salah seorang pereka yang Azie gemari ialah Rizman Ruzaini. Siapa tak kenal Rizman Ruzaini kan? Rekaan dia memang ohsem. Simple yet stylish. Antara artis yang gemarkan Rizman Ruzaini adalah Fazura, Ziana Zain, Siti Nurhaliza dan ramai lagi. 

Kredit to: Rizaman Ruzaini Instagram







Azie sukakan design yang simple tapi nampak elegan. Kalau nak tahu, Rizman Ruzaini ada keluarkan RTW (Ready-To-Wear) Collection.  Azie dah pergi tengok. Cecantik uols! Baju-baju macam ni boleh mix and match. Rambang mata betul nak pilih yang mana. Harga pun berpatutan sangat. Kita bagi teaser sikit ok..

Cantik kan?

Kalau nak cuci mata pergi kat website Rizman Ruzaini
www.rizmanruzaini.com


Azie memang tak boleh kalau nak beli dari website aje. Mesti nak tengok sendiri, nak rasa material tu sendiri dan yang penting nak ukur baju di badan sendiri! Maklumlah kita ni bukan cutting model. Cutting badan kita ala-alah buah durian yang takda shape tu. Maka haruslah ke butik dan cuba sendiri. 


Lokasi / alamat

RIZAMAN RUZAINI
B1-5, Midfields Square West
Jalan 11/108c
Off Lebuhraya Sg Besi
Kuala Lumpur

Bila dah ke sana, sila tahan nafsu. Haih! Mujurlah 50% off :')

Sempat kita bergambar dengan Rizman the designer. Makin lama tengok, makin macho lah lelaki ini. Jauh sangat bezanya dengan zaman dia berambut panjang dolu-dolu! Serius memang lain!







Best la tu, dapat baju baru!

7 Tempat Makan Menarik di Taiping


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Korang pernah pergi Taiping? Azie lama tak ke Taiping. Pernah sampai Taiping sekali. Itupun disebabkan sahabat baik suami berkahwin beberapa tahun lepas. Baru-baru ni berkesempatan lagi ke Taiping bersama suami dan family. Hantar adik kesayangan yang akan mula bertugas di Hospital Taiping. Tujuan kali ini lebih kepada jalan-jalan cari makan. Jom cekidout makanan apa yang ada di Taiping.

Ini kira last minute vacation. Ayahandabonda dah beberapa hari stay di sana. Bila diberitahu bilik FOC tak perlu bayar... terus ajak suami ke Taiping. Lagipun dari rumah ke Taiping dalam 3 jam (rumah dekat dengan highway LATAR). Malam Jumaat suami balik kerja terus pecut ke Taiping. Sampai jam 12 tengah malam gitu. Malam tu kami stay di Hotel Panorama.

Seronok sangat JJCM kali ini sebab ramai yang join. The more the merrier. Jom Azie nak share tempat makan menarik di Taiping yang sempat kiteorang singgah. Kesemua tempat ini di dicadangkan oleh member-member sporting di Facebook. Lontarkan saja pertanyaan di FB, pasti ada yang sudi menjawab. Terima kasih semua! Banyak lagi tempat yang dicadangkan mereka tapi 4 tempat je yang sempat kami singgah. InsyaAllah lain-lain tempat makan tu, kami akan selesaikan juga dalam masa terdekat. 


1. CENDOL BISMILLAH


Lokasi

151, 139, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Perak, Malaysia

Katanya, ini kedai cendol pertama di Taiping. Tak susah nak cari Bismillah Cendol. Dari jauh sudah boleh nampak. Ini kedai India Muslim tau. Cendol ini 'very old school cendol' . Rasa manisnya cukup, isi dalam cukup dan rasanya memang old school betul. Makan pulak dengan pasembor. Kombinasi yang ngam! Bonda order laksa yang ada dijual tak jauh dari kedai ni (makanan feveret bonda is laksa penang). Satu je nak komen, tasteless. 




2. ROTI JANTAN DI KAKI BUKIT LARUT

Cadangan sarapan pagi di Tepen. Perh! Nama ganas dan agak menakutkan. Adakah bila makan roti ini akan meningkatkan sifat kejantanan dalam badan?! Sungguh takdapat nak bayangkan roti jantan ni. Semua teruja nak rasa. Roti jantan ada dijual di gerai-gerai yang ada di kaki Bukit Larut. Tak tahu yang mana satu yang ok, kita masuk saja mana-mana gerai yang available. Tadaaaa, inilah rupanya! Dimakan dengan kicap & pepper. Nyummmms! Terus jadi kuat dan bertenaga!! LOLS.




3. TAIPING YONG TAU FU BELAKANG BOMBA

Lokasi nya terletak di Pusat Penjaja Taiping. Belakang Balai Bomba. Malamnya kami dinner kat sini. Bonda kenyang katanya. Jadi stay di hotel. Lepas Isyak, kiteorang bereempat ke sini jalan kaki dari Hotel Panorama. Dekat sangat pun. Bila sampai, penuh gila manusia. Takda meja kosong. Cemana mahu makan?! Jadi lain kali kene datang awal lagi. Akhirnya bungkus bawa balik hotel.. Mereka sediakan lidi penyucuk dan bekas untuk makan. Eh seronok pulak makan di bilik, berebut-rebut siapa cepat dia dapat gitu (termasuk bonda yang kenyang tadi tu. Hehe). Sedap sehingga menjilat lidi. Ada taburan kekacang itu yang buatkan ia bertambah-tambah sedap. PUAS!

Takda gambar makanan sebab keadaan tidak mengizinkan. Hihi. Tapi highly recommended uols! Sila pergi.





4. MAK JAH MEE UDANG KUALA SEPETANG

Pertama kali ke Kuala Sepetang beberapa tahun lepas, kedai Mak Jah Mee Udang ni tutup. Kami ke MakTeh Mee Udang rasanya. Alhamdulillah kali ni berjaya juga menjejaki restoren Mak Jah Mee Udang ni. Harga Mee Udang special RM13 (5ekor udang besar saiz XL). Mee Udang biasa harga RM9 (udang kecik sikit). Udang memang fresh. Kemanisan udang tu sangat terasa. Marveles! Masing-masing tersandar kekenyangan dan kepuasan. Nasi goreng sotong di sini dimeriahi dengan sotong. Suka.





5. Kuey Teow DOli


Pernah makan di cawangan Taman Tun. Jadi kami skip dulu kali ni. Mesti rasa sama kan. Doli Char Kuey Teow Tepen ni berdekatan dgn Taman Tasik Taiping,berhadapan dgn Pusat Kesihatan Taiping. 



6. KETAM LEMBUT KUALA GULA
7. GULAI SEMBILANG di PARIT BUNTAR


Item 6 dan 7 di atas ini dicadangkan oleh orang-orang Tepen. Masih belum berkesempatan untuk singgah dan merasa. Insya Allah lain kali. Kesemua tempat makan yang dicadangkan adalah di Taiping atau berdekatan dengan Taiping. 



Selamat jalan-jalan cari makan!





Khamis, 23 April 2015

Keindahan Taman Tasik Taiping


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tak putus asa ajak semua ke sini. Taiping lake Gardens is one of Malaysia's oldest GardenAnd finally we were here!

First time ke sini macam oh my jakunnya saya. Begini indah Taman Tasik Taiping. Jika begini boleh dinobatkan sebagai one of the most beautiful lake gardens in Malaysia. Feel dia sama masa Azie kunjungi The Royal Botanic Gardens di Melbourne. 

Memang mendamaikan dan memberi ketenangan jiwa. Kiteorang ambil peluang duduk berlama-lamaan di sini. Ada gazebo boleh duduk and relax sambil enjoy the view yang ala-ala gambar poskad. Paling penting haruslah ambil gambar family portraits di sini :')


Ancient Angsana trees

Peaceful and beautiful ambience
The tranquility beautiful lake scenery is something that I will never forget

The serenity of the lake take my breath away...

Panoramic landscape



Relax and enjoy the moments in the peaceful gardens
Aleesya enjoyed strolling along the lakes. This is a great place for happy family!
Breathing fresh air
*me doing my Titanic Pose.LOLS*
Cheeky Aleesya Haura posing for her portraits. Hihi



Untung kan orang-orang Tepen :')


Rabu, 22 April 2015

Rakshee - Bakso Sedap harga RM1.90


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biasa peram dulu dua tiga bulan sebelum blog. Kali ini excited terus tak sabar nak blog kedai bakso yang sedap di Kota Damansara. Enty kali ini nak menggembar-gemburkan our new finding in The Strand, Kota Damansara. Bulan lepas memang kerap ke Kota Damansara atas urusan jual beli rumah. Perempuan, memang suka alang-alang kan. Jadinya alang-alang ke Kota Damansara, terus ajak suami ke The Strand Kota Damansara. Kat situ kan banyak kedai-kedai muslimah. LOLS. 

Mata ternampak satu nama kedai yang unik. RAKSHEE. Kita ingatkan butik muslimah, rupanya kedai makan bakso uols! Selalu kita boleh dapat bakso kat pasar malam atau gerai-gerai tepi jalan atau restoren yang biasa-biasa. Tapi Rakshee... kedai yang cantik, selesa tapi harga berpatutuan.





Ini Azie petik dari blog Eat, Drink, KL - "Rakshee's founders (the restaurant's name is reputedly an Arabic allusion to happiness) belong to a team that has run a bakso-making factory in Penang since 1996. They've crafted this fresh-faced cafe to shine a contemporary light on bakso; the meatballs easily fit into pasta preparations like carbonara & marinara, costing a budget-conscious RM9.90 per plate."

Harga semangkuk RM1.90. Konsep macam Boat Noodle. 2 atau 3 kali suap habis. Makanya perlu makan bermangkuk-mangkuk untuk memenuhi nafsu makan. Selain itu, ada juga menu lain tapi menggunakan bebola daging a.k.a bakso sebagai hidangan. Contohnya spaghetti carbonara & marinara, bakso sliders dan sebagainya.






Kat rumah sudah breakfast sakan! Jadi first time ke sini kita try bakso dulu. Suami beli 4 mangkuk (kononya 2 mangkuk sorang), kata brader-brader jaga kaunter "Tak cukup bro! Serius. Mangkuk dia kecik gila" dan akhirnya suami berubah fikiran ambil 6 mangkuk semuanya. LOLS.

Rakshee self service. Lepas cop tempat duduk, pergi kaunter order dan buat bayaran. Kemudian anda akan diberi device merah yang comel macam kat bawah ni. Bila menu siap, device ini akan berbunyi dan silalah ambil menu anda di tempat yang disediakan. Gittu. 

Ada juga pelanggan yang tak tahu kegunaan device ni. Bunyi kuat macam mana pun dia buat dek aja. Sudahnya terpaksalah brader-brader tadi tu panggil.
Ok tak sabar nak rasa. Serang!

Slurp! Sedaaap. Original flavor pun dah sedap.
Apertah lagi kalau ditambah sos/kicap/cili pedas macam kat bawah
 

Ada teh botol. Teh popular dari Indonesia.

Memang enak & lazat! Yumms!

Total untuk 6 mangkuk RM1.90 x 6 (RM11.40). Teh botol RM4.50. Total RM15.90. 6% GST RM0.95. Total RM16.85. Lepas ni kiteorang nak datang lagi try menu lain. Kalau korang nak cuba makan sini, ini alamat dan lokasinya;


RAKSHEE
No 13G Jalan PJU 5/20A, 
The Strand, Kota Damansara

No Tel: 0122474673


Waktu operasi :
Isnin: TUTUP
Selasa - Ahad - 12 - 10pm
Jumaat - 3 -10pm


#rakshee


Selasa, 21 April 2015

SukaSucre Bistro milik Juara Masterchef Celebriti - Dato' Fazley Yaacob


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Salam Selasa. Hari ni nak jalan-jalan cari makan ke Bistro milik Juara Masterchef Celebriti Malaysia siapa lagi kalau bukan Dato' Fazley Yaacob. Jenama SukaSucre memang sudah lama wujud. Sebelum ini, SukaSucre boleh didapati di The Sumbs Cafe, Seksyen 13 Shah Alam. Tapi sekarang ni, boleh teruih pi Bistro SukaSucre by Fazley Yaacob di Wisma Ryu, Cheras.

Kebetulan (semua kebetulan kan) kiteorang mahu ziarah orang sakit di Cheras. Baru operate dan mahu COD Shaklee juge. Jadi bila dah ke sana bolehla cuba Bistro yang menjadi sebutan ramai ni. Bila lagi nak rasa masakan Juara Masterchef kan. Dulu-dulu asik Gulp! Gulp! Telan air liur tengok rancangan di Astro Ria.

Sekarang ni Gulp! Gulp! Telan air liur tengok menu-menu di Instagram +SukaSucre Bistro (Cheras) 

Takperlu cerita panjang, ini alamat dan lokasi Suka Sucre Bistro

SukaSucre Bistro
Wisma RYU
81, Jalan 2/90
Taman Pertama
Cheras, KL, Malaysia

Waktu Operasi: Selasa - Ahad; 12-7pm
Jika mahu RSVP boleh emelkan kepada rsvp@sukasucre.com
No Tel: 03-92017750

TIPS: Guna WAZE! Jika anda pengguna google maps (macam kami), lokasinya tidak berapa tepat.


Inilah Wisma Ryu, sesat sebab guna Google Maps, Guna Waze baru jumpa

Tengoklah tu, hati girang tidak terkata

Antara menu yang ada di Suka Sucre Bistro

Ini port yang kami pilih untuk menjamu selera


Buka je pintu bistro....fullammak...interior nya sungguh ohseeem!

Tak berapa nak ohsem bila dalam gambar. Tapi sangat ohsem bila tengok dengan mata sendiri.
Maafla kualiti gambar tak berapa ok.


Pasta Daging Salai Lemak Cili Api - RM21.90

Caramelised Banana - RM19.50

Azie bagi 4 bintang Suka Sucre Bistro! ;')

Interior design cafe bistro ni memang ohsem. Macam-macam jenis lampu ada, chandelier ada, lampu ala-ala Morocco pun ada, lampu moden konsep pun ada. Memang unik. Port makan pun macam best-best je. Semua port cantik untuk snap photo. Korang harus ke sini untuk rasa feel tu.

Makanan pulak, memang lazat nyum!nyum! (basah keyboard ni). Pasta daging salai cili api tu kalau tak silap pernah dimasak oleh Fazley Yaacob ketika rancangan Masterchef Celebriti. Tak terfikirkan nak buat pasta masak cili api?! Nak tau rasa nya cemana, jemputla datang sini. Heheh.

Caramelised Banana tu paling ohsem! Pisang diselaputi dengan sos caramel. Makan bersama aiskrim vanilla dan ditaburi dengan dark & white coklat. Dihiasi dengan biji bunga matahari. Perrh! Berebut dengan suami. Tak terkata perasaannya ketika dessert ini singgah dimulut. I'm torturing myself with this. *Terliur*

Harga ofcosla memang gempak kan. Tengokla siapa pemiliknya, rupa bistro ni cemana. Dan paling penting tengok pula 'effort' untuk 'food presentation' mereka. Nampak makanan begitu yummy sekali! Kalau bertuah, dapatla jumpa Chef Fazley Yaacob. Masa kiteorang pergi ni tak nampak bayang dia. SOBS.

Total semua termasuk minuman adalah RM51.40. (masa ni Jan 2015, masih belum dikenakan GST). Sila bawa duit secukupnya kerana terma pembayaran; tunai sahaja.

Insya Allah jika ke Cheras pasti akan datang lagi. Confirm!

Sekian, cadangan makan untuk hari ini.

Isnin, 20 April 2015

Kejutan untuk isteri!


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah kelas tajuk ko kan Azie. LOLS.

Korang sukakan surprise tak? Confirmla kan semua orang sukakan elemen surprise. Lebih-lebih lagi jika dilakukan oleh orang tersayang, bff tersayang, suami tersayang, adik-beradik tersayang, family tersayang, isteri tersayang (banyak betul tersayang, pilihlah mana satu yang di atas). Azie memang suka kalau orang yang buat kejutan untuk Azie tapi Azie sendiri kategori LOSER bila masuk bab-bab surprise ni.

Masa zaman remaja kuat berangan mahukan suami yang romantik dan suka buat surprise ni. Kiranya doa dimakbulkan. Suami Azie terer buat SURPRISE. Sepanjang 7 tahun menjadi teman serumah, macam-macam perkara surprise yang dia buat. Kadang-kadang 'heart attack' ku dibuatnya. Meriah rumah tangga! 

Jadi, Azie share antara elemen surprise yang pernah dibuat suami.

Masa awal-awal kahwin, masa birthday yang ke 20 berapa tak ingat (memang teruk kan?), memang menunggula hadiah daripada suami. Pastu bila suami bagi hadiah, bagi ucapan cliche sangat "Tq sayang! I terlupa pulak harini birthday I. Tak sangka you bagi hadiah birthday ni" (padehal memang expected pun!) 

Uols nak tahu apa suami kesayangan, bagi hadiah besday ketika umur masih 20-an muda remaja gitu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Troley bag / travel bag (Samsonite) warna hitam bersaiz medium.

Pffftt.

Rare. Tapi perlu ke bagi first hadiah besday begini? Sobs. Azie pun kerja idok lagi ketika itu. Bila masa nak guna travel bag ni?! Bila ditanya camne boleh terfikir nak bagi hadiah ni, ini jawapannya; sayang takpernah ada lagi dan berguna untuk outstation or  travel ke mana-mana nanti. Beli dulu, bila masa perlu senang. Benda dah ada. Yang penting dia pun boleh pinjam nanti kalau perlu travel! Nampak tak? Nampak tak bijaknya dia? Beli hadiah untuk kepentingan bersama.

Tapi kuredha dan berterima kasih. Dia tetap suamiku dan orang kesayanganku. 

Tak rasa nak belek dan tengok interior dalam. Buat dek letak tepi. Hahaha. Bila itu tidak berlaku, terpaksalah suami paksa suruh bukak. Bila bukak, rupanya ada hadiah lain kat dalam. Yay! Yay! (gembira bukan kepalang macam budak kecik dapat candy)
Hadiahnya adalah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

HANGBAG cap GUESS (Limited Edition)!
Yang ni barulah melompat gembira dengan tidak dibuat-buat. 
Perempuan mana yang tak suka bila dapat handbag baru.
Zaman-zaman tu, terasa macam best-best sangat dah kalau dapat GUESS ni.
Patutla masa dating ajak pergi GUESS tengok-tengok handbag.
Boleh pulak tak perasan. Demmm!

Hadiah macam ni barulah terasa nak belek-belek tengok compartment kat dalam.

Belek-belek kat dalam ....eh..eh..eh apa ni?!
ada kotak kecik bewarna keemasan.
ada lagi HADIAH uols!
Wah ini namanya dapat HADIAH BERTINGKAT -TINGKAT!
Mulalah rasa nak pitam. Adakah seperti yang kubanyangkan.
Buka box mata terus macam terbeliak
 Mata ni macam ternampak sebentuk cincin
Terus pengsan kat situ. Ok tipu. 
Sila sambung sendiri.


Kemudian, 7 tahun berlalu dengan macam-macam kisah suka duka. Hadiah besday tahun lepas yang ke tiga puluh X, ialah sepotong kek Secret Recipe tanpa lilin dengan lagu besday yang dinyanyikan sendiri oleh suami. Nampak tak di situ? Apakah tandanya? Betullah orang kata, makin lama kita kahwin umpama bila jalan berdua, dah takda nak berpimpin tangan, dia jalan kat depan kita jalan kat belakang. Hahaha.

Oh cerita ini masih belum tamat.

Bulan lepas, suami balik kerja, lepas dinner, tengah lepak-lepak tengok tv tiba-tiba dapat HADIAH! 
Terus check kalendar. Bukan hari lahirku, bukan birthday dia jugak, bukan hari ulangtahun perkahwinan, bukan mengenangkan hari pertunangan, bukan hari perkenalan malah bukan tarikh istimewa apa pun. Tiba-tiba jadi seram dan fikir bukan-bukan! 

Dengan tangan terketar-ketar buka balutan hadiah, otak kiri bergerak laju memikirkan hadiah apa yang dia susah payah nak bagi ni. Macam-macam tekaan dah. Bila buka semua salah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rupanya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hair dryer a.k.a pengering rambut
MUAHAHAHAHAHHA
ko rasa?

Begitu susah payah membalutnya. Memang kubantai gelakkan dia. Katanya, selama ni asik dengar je kita merungut rambut basah tak sempat nak kering (alasan bersiap lama), balik rumah sakit kepala (alasan minta tolong picit kepala) dan macam-macam lagi. So nah hamek dryer ni pakai!
Terima kasihla suami yang perihatin!

Setengah jam kemudian, masa tengah borak-borak pasal kerja..

"Saiyang! Tadi tu saja ja nak bagi" sambil sengih-sengih dan gelak jahat
"Yang ni sebenarnya hadiah istimewa untuk saiyang"

Memang terkejut noks. Ada hadiah lagi?!
(terlupa kejadian yang sama 7 tahun lepas)

Memang taknampak kat mana dia sorok.
Suspect... dia ni sorok dalam bag kerja dia.
Beg dia tu dah macam poket doraemon keluar macam-macam. 


Kali ni ape pulak le hadiahnya. 
Bila nampak hadiah ni, terus HISTERIA!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kredit: Google

Iphone 6Plus 64GB. (Gold)
Harga market? Google ok.
Umpama doa dimakbulkan.
Umpama mimpi menjadi kenyataan. 
Terasa diri di awangan. *over*
Terharu. Sobs.
Finally!
Seumur hidup takpernah pakai Ipong. 
Sadis betul. Kiranya first time pakai Ipong. 
Arggh! Feel dia lain macam sangat.
Terima kasih suami


Terus cakap dengan suami, esok nak usha kat IG cari casing best-best.
Katanya tak payah. Why, WHy, WHY!!?
Tak perlu susah-susah. Dia keluarkan something dari bag dia (kan poket doraemon)
Dihulurnya transparent casing (made in Japan). Harga tak buang. 
Saja lettew nak suruh orang TERHARU.
Dah beli siap-siap kat Machine katanya. 
Skrin protector pun dah siap letak.
Masuk simcard terus boleh guna.

Suami cakap, sorry takda hadiah masa birthday (Disember). 
Bagi masa birthday nampak sangat! Tak berapa nak kezutan.

Wahai suami, sesungguhnya ia memang suatu kejutan untuk isteri!


Allahurabbi. Syukran Ya Allah. U're the best! (you know who you are) =P


Tak perlu tunggu birthday atau ulangtahun untuk surprisekan isteri. Tak perlu iPhone. Nak jimat memandai dengan sejak bunga daripada Happy Bunch. Simple. Affordable. Flower. Free same day delivery. Pasti isteri senyum seharian dapat munga dari suami :D


P/S: Sorry korang harini terpaksa scroll lebih sikit ;)