Pages

Rabu, 18 Mac 2015

Krabi 2015: Review Aonang Goodwill


Assalamualaikum


TIPS & INFO Azie dah share dalam previous post [ PERSEDIAAN KE KRABI ] Sepanjang 5 hari di KRABI kami menginap di Aonang Goodwill. Tempah dari Sawasdee.com. Harga di situ unbeatable. Booking/Agoda lebih mahal harganya. Banyak jugak perkara yang kami pertimbangkan sebelum setuju nak menginap di sini. Yakin sebab tengok review yang bagus dari Tripvisor. Jika ke Krabi dicadangkan anda pertimbangkan menginap berdekatan Aonang Beach. Malam-malam sungguh meriah, tempat tumpuan pelancong dan banyak makanan halal di sekitar. Kalau stay di Krabi Town alamatnya nak ke Aonang Beach ni haruslah merempit naik motor. Memang taksampai kalau nak jalan kaki. Krabi Town ada juga hari yang meriah. Kami tak sempat nak cekidout pun.






Jarak dari Krabi Airport ke Aonang Goodwill ni lebih kurang 26.1km. Dari airport kami ambil shuttle bus ke sini. Bayaran hanya 150baht sekepala dan bas memang berhenti betul-betul depan Aonang Goodwill. Nak balik nanti pun jangan risau, minta pihak hotel uruskan shuttle bus ke Airport. Bayaran masih sama 150baht sekepala. Bas akan jemput anda depan hotel. Bagi yang tak tahu, anda perlu beli tiket shuttle bus ni di kaunter terlebih dahulu. Kalau datang dengan group yang besar lagi untung naik van/coach.





Nampak tak jarak dari Aonang Goodwill ke AoNang beach. 2.7km jalan kaki tau baru sampai pantai. So kalau uols rasa jauh boleh menginap di hotel/resort yang lebih dekat contohnya Aonang Beach Resort. Macam kami ok je jalan kaki 2.7km ni. Takda masalah. Boleh kata tiap-tiap malam jalan kaki 2.7km ke sana. Itu baru pergi. Round trip 5.4km. Anda boleh tahan tak? Hahahha. Tapi usah khuatir kalau sayang nak guna kaki, boleh naik tuk tuk/sewa motor. 




Meh kita sembang pasal servis dia pulak. Hotel ini takda lift. Jadi kalau maleh nak naik tangga turun tangga request la bilik bawah sekali. But siapa cepat dia dapatla. Book seawal yang boleh. Kami request mengadap gunung. Sudahnya dapat tingkat 3! Memang kempis lah kaki balik dari Krabi nih! 

Baru perasan yang kami ni suka sangat check-in bilik lepas hari gelap! Baik ke HongKong (tengah malam), Melbourne (tengah malam), Bangkok (malam) dan Krabi pun dah malam baru nak checkin. Tapi biasanya memang inform/email awal-awal pada hotel ketika booking. Kami attachkan sekali flight itinerary. So memang nampaknya mereka ni tengah tunggu KAMI. Hahahaa. Katanya kamilah orang terakhir yang check-in hari ni. Day 1 Uncle yang tolong bawakkan luggage kami 14kg tu naik atas.  Yes, bilik memang kami dapat seperti yang dimintalah kan. MENGADAP GUNUNG. Bilik sungguh besar, selesa kalau nak solat jemaah suami isteri. Ada kettle, aircond, towel, shower gel, shampoo. Ada water heater, safety box dan fridge jugak. Balcony pun ada. Ampaian untuk jemur baju-baju basah pun ada! So complete. 


Bila dah sampai malam makanya semua pakej pun kami tak sempat nak survey/usha lagi. Reminder, pakej-pakej island hoping ni kena booking sehari awal. Kalau hari ni nak pergi pagi ni baru nak gedik-gedik nak pilih pakej, alamatnya ke Aonang Beach cuci mata ajelah jawabnya. Macam kami alhamdulillah hotel yang aturkan pakej untuk kami. Maleh dah nak survey-survey pakej yang lain. Harga pulak ok dan berpatutan. Yang penting travel agent tu mesti sediakan makanan halal dan trip yang best! Syukurlah 3 hari kami island hoping pulau dan memang puas hati!

Lagi satu Aonang Goodwill bersebelahan dengan Masjid Aonang. Subuh memang boleh dengar azan. Makanan halal pun banyak dijual di tepi-tepi masjid ni. Tak kira siang atau malam. 

Bilik Aonang Goodwill. Luas dan selesa.

Pemandangan dari balkoni bilik

Wayar letrik berselirat kat Krabi ni

Nantikan sambungan seterusnya ye. Hihi.

Till then wassalam.

Travelogue Krabi

Isnin, 16 Mac 2015

Krabi 2015 : 19 Tips Persediaan ke Krabi


Assalamualaikum


Sawaddi Kha!

Selamat Sejahtera!



Sabai di Mai? Khun ma chak nai... Apa maksudnya tu? Hehehe, sila google sendiri. Ewah, seminggu di Krabi dah pandai cakap Thai. Ok tipu. Takpandai pun sebenarnya. Alhamdulillah kiteorang dan selamat pergi dan selamat balik dari Krabi. Sebelum terbang ke Krabi ni, media negara digemparkan dengan insiden pesawat AirAsia QZ8501 jatuh terhempas di Laut Jawa. Allahu Akbar! Seram bila memikirkan. My sista pun suppose travel to Loas (Halong Bay) terus cancel tak jadi pergi. Alih percutian ke Bukit Merah. Kiteorang nekad juga nak pergi. Tawakaltu 'Alallah. Tak sanggup nak burn tiket flight, penginapan dan duit nak ke sana yang memang kami dah tukar awal sebelum ringgit makin jatuh dan terus jatuh.

Moh chekidout persediaan kami yang tak seberapa ni. Saja nak kongsi. Manatahu boleh jadi panduan dan tips pada uols yang bercadang untuk melancong atau bercuti ke Krabi.

PERSEDIAAN, INFO & TIPS


1. Tiket flight murah kami dah beli setahun lamanya. Macam biasa masa promo AirAsia. Harga tiket RM276 return untuk 2 orang. Campur luggage 20kg (takperlu pun uols ambik luggage ni, tapi sebab den ni suka masuk flight berlenggang, maka kukorbankan juga sedikit wang), preorder meal pergi balik dan pilih seat maka jadilah ia RM436 untuk 2 orang. 
** Btw kalau tak ambil luggage pun, korang boleh bawak troley bag yang small size tu. 7kg setiap sorang. Kalau pergi 2 orang, boleh bawak 2 bag naik kabin.


2. Penginapan pun booked setahun awal. Booking Aonang Goodwill di Sawadee.com. 5 hari 4 malam harga RM432. Hotel tax + service fee jadi RM509. Request siap-siap bilik nak mengadap GUNUNG! *hamboi demand ko kan*  [ REVIEW AONANG GOODWILL ]. Rates Aonang Goodwill di sini.


3. Penginapan sila pilih berdekatan dengan Ao Nang Beach (tempat tumpuan tourist dan banyak makanan halal). Kalau dapat hotel yang dekat lagi bagus. SINI untuk senarai hotel berdekatan Ao Nang Beach. Janganla pi menginap kat Krabi Town tuh. Takda apa. Tak hapenning langsung. Dahla jauh nak ke Aonang Beach tu. Lainla kalau nak pergi pub or club bolehla stay kat situ. 


4. Flight ke Krabi lebih kurang 1 jam 25 minit. Masa sejam lebih awal dari Malaysia. Camne nak pergi hotel di Aonang/Krabi Town dari aiport? Naik bus atau van. Tiket beli di kaunter kat airport. Cadangan saya naik bus. Murah! Hanya 150baht seorang. Nanti bagitahu nak berhenti di hotel mana. Bas berhenti betul-betul depan Aonang Goodwill. Kalau datang dengan group untung naik mini van. Harga 600baht (kalau tak silap. lupa sudah.) Balik nanti camne nak ke aiport? Bus jugak. Boleh arrange dengan Aonang Goodwill untuk berhenti depan hotel. No worries K.


5. Hari keberangkatan jangan pula lupa bawa kamera, international adapter, sun block dan sunglasses. Jangan lupa duit baht. Kiteorang suka tukar awal2 kat Malaysia. Taknak kalut cari money changer kat sana. Tapi tak tukar pun takpa, no worries, ada money changer kat sana. Aritu takcukup kite tukar di CIMB Thailand. Lokasi CIMB ini di deretan lot kedai yang betul2 mengadap pantai Aonang.


6. Bawakla juga sedikit stok makanan untuk breakfast. Lunch complimentary dalam package dan dinner boleh makan kat luar.  


7. Tikar lipat? Payung lipat? Kalau uols stay di Aonang Goodwill takperlulah susah payah nak bawa dari Malaysia. Pihak hotel ada sediakan. Ambik je yang hotel punya. Jangan pulak buat-buat lupa bawak balik sampai Malaysia. Tak berkat nanti. Heh.


8. Kalau rasa perlu SIMCARD untuk live update di Instagram or Facebook, boleh beli simcard HAPPY di airport (HAPPY di Bangkok dulu dah expired) Kiteorang takbeli pun untuk trip kali ni. Sebab banyak tempat di Pantai Aonang yang ada FREE wifi. Guna sahaja yang FREE. Hotel FREE, Airport FREE, certain-certain kedai makan halal pun ada disediakan FREE WIFI. Anda cuma berlu bertanya sahaja. 


9. Bawa flip flop/ selipar jepun/ ipanema/ havaianas/ selipar gajah untuk ke pantai. Jangan le pulak pakai kasut Adidas atau Timberland. 


10. Boleh bawa beach hat. Bolehla fefeling Kate Middleton kat Krabi! Heheh. Azie malehla nak beach hat bagai.  Leceh pulak nak menjaganya. Silap-silap terbang melayang ditiup angin. Acane? Lagipun pergi Krabi haruslah ala-ala matsalleh memanggangkan diri. Haruslah tanning kan kulit secara alami. Gitu.


11. Water resistant bag / dry bag untuk elakkan dari bag-bag anda kebasahan -> PTT OUtdoor


12. Beli siap-siap waterproof phone cases for android/ipong/smartphone. Pastu bolehla nak ambil gambar sampai lebam. Sambil snorkelling ke, nak posing tengah-tengah laut ke, nak selfie/wefie dalam laut ke. Takdemasalah. Oh passport pun boleh letak sama dalam waterproof case. 


13. Pakai baju untuk mandi siap-siap. Takperlu bawa persalinan pun sebabnya baju kering sendiri dalam perjalanan balik ke hotel. Heheh. Panas oi. 


14. Takperlu bawa air sebab air complimentary dalam package. Boleh ambil anytime. Takda catu-catu. Minumlah sebanyak mana nak minum hatta bergelen-gelen pun. 


15. Boleh bawa jajan or cokelat untuk kunyah-kunyah ketika trip. Jangan lupe hulur kat kawan-kawan dalam boat! =P


16. Paling PENTING jangan lupa bawak plastik kecik untuk muntah dengan pil berkaitan kalau anda tu jenis MABUK LAUT. Kang tak pasal-pasal muntah atas peha gebu wanita Inggeris tak ke harubiru.... lagi sadisss, disebabkan muntah anda tu, orang lain pun turut nak TERmuntah sama. Jadi jaga-jagaaaa...Naik speed boat memang bumpy-bumpy. Kalau anda jenis steady takperlu kisah itu semua.


17. Antara package standard di Krabi 
(klik link di bawah untuk tengok detail setiap pakej)

a.  Phi Phi Island - Bamboo Island, Viking Cave, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Maya Bay, Monkey Beach, Phi Phi Don, Hin Klang

b. 4 Island - Phranang Cave, Chicken Island, Tup Island, Poda Island


c. Hong Island

d. 7 sunset (tak cukup hari nak pergi)

e. Safari Tour - Hot stream+Emerald Pool+Tiger Cave+Elephant Trekking (tak sempat pergi juga)

18. Pilih package Muslim Tour yang mana makanan halal disediakan. Mula-mula masa disebut Muslim Tour ingatkan tak bercampur dengan matsalleh. Idok ye. Mereka campur je. Bezanya hanya makanan halal sepenuhnya. Antara Muslim Tour yang ada di Krabi;


Photo Travel and Tour
Connecting
Baraccudas
dll

19. Kalau pi Krabi mana cukup pergi 2malam aja. Takkan nak repeat kan? So bila pergi, kasi cover semua tempat. Belanja pun sekali keluar je. At least 4 hari penuh untuk jelajah pulau-pulau. 1 hari mungkin nak ronda Krabi. Jadi, 5 hari baru cukup puas hati!





P/S: Ajak suami pi tengok Muai Thai, awal-awal permintaan kene reject. Katanya, pi tengok kat AXN nuh. Coiii sangat.

Travelogue Krabi
Till then wassalam.