Pages

Jumaat, 28 November 2014

#8 Bangkok 2014 : Part 2 Shopping Malls In Bangkok


Assalamualaikum



Mari kita sambung cerita jalan-jalan Bangkok.  Orang perempuan ni mesti suka kan bila dengar shopping malls. Sama lah kita pun. Shopping mall, window shopping, retail therapy, me'reward'kan diri, apa pun terma yang diberi memang tak dapat dipisahkan dengan wanita. Tak gitu? 

Kalau ikut itinerary asal, Day 2 nak pergi Floating Market, Santorini Park @ Cha Am (Hua Hin) dengan Death Market atau pasar paling bahaya di dunia! Pasar Maeklong.  Tak ke thrill tu. Tapi setelah dihasut-hasut oleh suamiku maka itinerary kami bertukar jadi aktiviti merayap shopping malls sekitar Bangkok. Sapa tak teruja weh, kalau suami beriya-iya sangat nak pergi shopping malls! *dengan harapan boleh belanja sesuatu* Tapi bila dah start merayap, nak pergi shopping mall yang mana satu? Nak shopping apa? nak beli barang apa? Ok ke nak beli-belah di Bangkok? *fengsan*


Baca sini untuk [ PART 1 SHOPPING MALLS ] Dah khatam kawasan Siam kita cari district lain pulak ye.


PLATINUM FASHION MALL 
Cara ke sini : BTS Station Chidlom Station / Ratchathewi Station


Platinum Fashin Mall terletak di Petchburi Road. 'Largest Thailand Wholesale & Retail'. Ini indoor version of Chatuchak Market. Konsepnya sama macam Kenanga Wholesale Center.  Semua barang pun ada dan dijual secara borong. One stop center gitu konsepnya. So kalau peniaga-peniaga online macam di IG tu seswai datang memborong barang di sini. Biasalah harga sehelai lain then tak boleh tawar. Kalau beli 2 atau lebih harga lebih murah dan bolehla nak tawar-menawar.  Kalau tak cukup masa nak pilih barang jangan risau, surau ada terletak di tingkat 2 Platinum Mall 2. Bolehla solat jamak zohor dan asar di situ. Mereka datang sini bawa cabin bag / troli bag. *teringat pulak masa shopping Jakarta Bandung, memang heret 2 troli bag!* Jomlah tengok gamba apa yang Azie dah tepek kat sini. Banyak juga gamba taktahu nak letak yang mana. 


Dah sedia?

Kami berlegar sekitar Zone 3 je gamaknya. Itupun fengsan!
Baju-baju ini buat masak kat dapur aci lah

Abam Thai dah siap posing
Pilihla yang mana berkenan di hati

Sini ada aneka jenis kasut. Nak yang berbulu, yang seksi, yang loubutin, yang YSL, semuaaa adaaaa

Hermes pun ada! 

Yang ala-ala vintage pun ada
Selipar thailad. RM5 sepasang. Kalau borong?
Make sure pergi awal pagi kalau taknak rimas dengan orang ramai
Tak cukup yang dalam, boleh cuci mata di luar pulak. Berderet tu haaa. Mereka tengah jerit2 buat promo. 


MBK CENTER
Cara ke sini : BTS National Stadium

Mah Boh Khrong atau popular dengan MBK Center. Confirmla yang pernah pergi Bangkok kenal MBK Center ni. Ini antara shopping center yang terbesar di Bangkok tau.  Semestinya menjadi tumpuan utama pelancong asing. MBK ada surau dan makanan halal yang popular; Yana Restaurant. Selesa. Harga pun lebih kurang Chatuchak. Nasib-nasib.  Kat sini macam-macam perangai peniaga kami jumpa. 'Land of Smiles' la sangat!!! Citttt! Aras lain lupa pulak nak jelajah. Yang penting jangan lupa singgah lunch or dinner di Yana Restaurant! Tom Yam Seafood & Green Curry TDF!

Tingkat 6 di Luggage Drop. Tunjuk passport then enjoice!

Section lelaki agak sepi berbanding section wanita yang agak crowded. Hihi


AMARIN PLAZA
Terletak di Bangkok. Ratchaprasong shopping district. Ada 5 tingkat kesemuanya. Macam-macam jenis pakaian, perabot, barang kemas, barangan elektronik dan Thai handicraf pun ada. Clark, Levis ada dalam ni. Jim Thompson thai silk yang famous tu pun ada dalam ni. Mahal sangat kat KLCC or Pavilion meh datang cari kat sini. Jim Thompson originally from Bangkok, Thailand. Pasaya product of Thailand pun boleh cari di sini. 



ROBINSON BANGKOK
Azie memang suka shopping di Rabinson. Banyak juga barang-barang rumah beli di Robinson. Sebab barang-barangnya unik, menarik dan pelik. Gitu. Jadi dah ternampak Robinson ini nak le masuk. Ok dalam ni macam-macam jenama tak pernah dengar. Takat cuci mata saje.




TIMES SQUARE
Tak masuk dalam. Tak kose dah hakak nak masuk. Tapak kaki rasa nak tercabut jelajah shopping malls. Rasa macam nak je tinggal kaki kat sini dan terbang balik Sanam Pao *hotel hakak kat situ* . Hakak nak balik dah. Tak larat. Nak pergi massage kaki dulu. HELP!



TIPS!!!!!

10 BEST BANGKOK SHOPPING MALLS 2014
MOST POPULAR SHOPPING MALLS IN BANGKOK


1. CentralWorld, Siam - Nearest BTS: Siam, Chidlom

2. Siam Paragon, Siam
Nearest BTS: Siam

3. MBK, Siam - 
Nearest BTS: National Stadium

4. Terminal 21, Sukhumvit Road - Nearest BTS: Chidlom

5. Central Embassy Shopping Mall Chidlom Ploenchit N
earest BTS: Ploenchit

6. Central Chidlom, Chidlom-Ploenchit Nearest BTS: Childlom

7. Siam Center, Siam - Nearest BTS: Siam

8. The Emporium, Phrom Phong - Nearest BTS: Phrom Phong

9. Platinum Fashion Mall, Pratunam - Nearest BTS: Chidlom

10. Pantip Plaza, Pratunam - Nearest BTS: Chidlom


Nota : Bukan hakak suka-suka beri rate. Ia dari sumber yang dipercayai. Lagi satu kebanyakkan nya link antara satu sama lain tak pun berdekatan antara satu sama lain. Memang berDARAH TAPAK KAKI!



Selasa, 25 November 2014

#10 Bangkok 2014 : Makanan Halal di Bangkok, Thailand



Assalamualaikum





Makanan halal di Bangkok tak susah nak cari. Insya Allah, Azie listkan beberapa tempat yang Azie tau.



Makanan halal di SUVARNABHUMI Airport

Di food zone bahagian dalam setelah bahagian pemeriksaan passport - The Miracle. Tingkat 1 ada food court yang bernama Magic Food Point *lupa nak ambil gambar*





Makanan halal di PASAR CHATUCHAK

BTS: Mo Chit

Area Clock Tower. Cari Section 16 ada restoran Saman Islam dan Kah Jak. Restoran ini buka jam 08.00-17.00 waktu tempatan pada hari-hari Chatuchak beroperasi. Saman Islam di Soi 24 *ada yang cakap Soi 7*,Section 16. Soi bermaksud Lorong

Menu tradisional Thai : Tom Yam Goong, nasi dengan lauk pauk, Beef Noodle  & Tomyam Seafood Noodle harga 200 baht semangkuk, diconvert jadi RM20 – Mahal nak fengsan! Jika nak tukar selera boleh try Ramazan Doner Kebab yang terletak di Section 3 dan Section 8; kebab ayam dan daging. Selain itu, antara WAJIB cuba ialah Aiskrim kelapa di Chatchuchak Market yang harganya 25 baht.



Suka aiskrim ni. Unik. Anda boleh pilih 3 jenis filling sahaja. Yang sebelahnya tu air kelapa diberi PERCUMA.

Makanan halal di MBK MALL

BTS: National Stadium

Makanan halal di sini ofkosla Yana Restaurant. Kedai makan Islam pilihan ramai rakyat Malaysia. Tempat ini highly recommended! Sedap sehingga menjilat jari. 



MESTI CUBA

Tomyam Seafood Harga: 299 Baht.

Somtam Mango Salad Harga: 99 Baht

Green curry: 149 Baht

Ice Thai Milk Tea: 60 Baht



4 jenis di atas ni memang super marveles! Two thumbs up. Memang pueh hati makan walaupun mahal. Day 1 kami spent sebanyak 503 Baht dan Day 2 kami spent sebanyak 448 Baht. Jadi jangan lupa sebelum makan ambil discount card. Nanti dapat 10% diskaun. Jadi total kami makan di sini sebenarnya 855.90 Baht. Harga makanan agak p makaricey kan? Tapi BERBALOI. *diskaun kad tu nanti cerita dalam episod seterusnya*

Inilah Yana Restaurant di Tingkat 5, MBK Mall
Bertabahlah ye tatkala tengok gambar ni. Tom Yam Seafood ni memang cukup untuk 2 orang. Tak besar mana pun size nya. Malah TAK CUKUP! Som Tam tu BEST. Meleles air liurku tengok makanan ni.

Nampak tak tahap kerakusan & kegelojohan kesedapan Tom Yam ni? Sampai licin kami kerjakan. Berebut dengan suami ni tau dak.
Ini menu keesokan harinya. Suami siap hirup-hirup macam sup pulak Green Curry ni. Suka benar dia! Oh WAJIB try Ice Milk Tea. Rasa sedaap dia lain macam!!
 Beef Green Curry-149 Baht; Fried Snapper Fish-199 Baht; Ice Thai Milk Tea-60 Baht

Makanan halal di GRAND PALACE
BTS: Saphan Taksin
Ambil Exit 2 untuk ke Chao Phraya Express Boat
Turun di N9 - Tha Chang

Bila anda turun di Tha Chang, ada market di area-area sini. Inilah jus buah yang sedap tu. Paling ohsem jus buah Delima & Manggo. Delima mahal sikit 50 Baht. Makanan pun banyak juga tapi Azie tak berani nak makan sebab takda tanda halal. Beli buah yang dah siap-siap potong tu ok. Jus ni beli siap-siap 2 atau 3 botol kat sini sebelum gerak ke Grand Palace. Tempat-tempat panas dan kering memang kadar dehidrasi tinggi! CEPAT HAUS.




Makanan halal di TERMINAL 21
BTS Station: Asoke (Exit 1)
Food Court 21 Pier

Restoren Bismillah. Satu-satunya restoren halal di Food Court 21 Pier. Tom yam nan-hado yang halal ye. Menu restoren ni ala-ala mamak. Beriyani je semua. Tapi pelikkan Beriyani makan dengan kicap masin. Kicap masin gilers. Sekali tengok macam nasi ayam. Rasanya Allahu Akbar. Masih boleh terima buat alas perut. Kang cakap lebih-lebih rasa bersalah pulak pada diri sendiri. Tak reti nak bersyukur. Orang kat Palestine tu makan pun tak berapa nak cukup. Makan kotak lagi. Kotak tu diracik-racik buat sup. Allah! *tiba-tiba emo. Ko ni kenapa Azie?* Kalau tak makan kebulur sebab kami takbawa bekalan makanan datang sini.  

Inilah kedainya. Berada di Tingkat 5. Ada tanda halal warna kuning.

Nasi beriyani ayam crispy Takingat nama menu tapi harga 45 Baht

Makanan halal di RATCHATHEWI
BTS Ratchathewi

Keluar sahaja BTS Ratchathewi, amek tangga sebelah kiri turun menuju ke Thanon Phetchaburi. Jalan terus ke simpang 4 jalan besar. Lintas cabang 4 tu straight. Lepas dah lintas, ambil kiri terus, jalan dalam 3 minit camtu akan nampak signboard Mak Yah Restaurant. Sebelum kedai makan Mak Yah tu pun ada restoran muslim yang lain. Namanya Faridaa.





Makanan halal di PHAYA THAI

BTS Phaya Thai

Turun dari BTS tangga kanan buat U-Turn jalan terus sampai ke kawasan Condo. Then nampak tokong di belah kiri. Jumpa simpang ambik kiri. Dalam 300m jalan nampak 7E belah kanan. Terus jalan lagi sampai jumpa Kedai Makan Phaya Thai, Jala Restaurant (ada wifi) belah kiri. Masjid Darul Aman pun kat sini.


Susu pisang ni RM2 je. Beli di 7E. Sedap & halal.
Perisa WASABI terasa smpai hidung!!!





















Itu jelah tempat yang tahu. Kalau korang dah pernah pergi lapan kali ke Bangkok ni, pasti tahu kat mana tempat-tempat makan best, halal dan murah di sekitar Bangkok kan. Care to share? Boleh bagitau di ruangan komen di bawah ye. Mana tahu kot-kot lain kali nak pergi lagiiii. Hiks. Thanx uols.



Isnin, 24 November 2014

#7 Bangkok 2014 : Part 1 - Shopping Malls In Bangkok


Assalamualaikum




Salam Isnin korang. Masih lagi Monday blues ke? Meh baca blog hakak ni sesambil cuti mata. Penat tau hakak photoshoot Bangkok shopping Mall untuk tatapan korang. Hakak kat sana dah macam paparazzi dah. Kejup-kejup ambil gambar. Tapi dengan henpon Note 2 je la. Hiks. Bukan dengan camera besar. Petang ini, masih lagi cerita tentang negara 'Land of Smiles'.  Story mory tentang Chatuchak Market boleh baca di sini [ Pasar Terbesar Asia Tenggara ] Jadi, hari ni nak share shopping mall yang ada di Bangkok. Tak sangka punyalah banyak dan besar-besar bapak shopping mall di Bangkok ni. Antara shopping mall yang ada; Siam Paragon, Siam Center, Siam Suare One, Center World, MBK, Platinum Mall, Terminal 21 dan banyak lagi. Semua ni boleh naik BTS. No wonder, sesetengah traveller or blogger gelarkan Bangkok ni shopping heaven! Patutla ada blogger yang dah repeat banyak kali Bangkok ni semata-mata untuk shopping! Betul tak? 

Let's zoom-in shopping mall in Bangkok.


SIAM PARAGON
Cara ke sini : Turun di BTS SIAM


Siam Paragon disenaraikan sebagai salah satu Shopping Centre terbesar di Asia. Ala-ala KLCC / Pavillion di Malaysia. Lebih 40 jenama tempatan dan antarabangsa yang ada dalam Siam Paragon ni. Antara jenama antarabangsa yang ada Chanel, Dior, Louis Vutton, Prada, YSL, Hermes, Burberry, Hugo Boss, Gucci, Versace, Dolce & Gabbana & Jimmy Choo. Dalam ini juga ada Paragon Department Store yang jual barang kemas dan jenama jam terbaik di dunia seperti Franc Muller, Harry Winston, Rolex, Patek Phillipe, Piaget dan banyak lagi. Kalau ada masa lapang boleh pergi SIAM OCEAN WORLD untuk melihat lebih 20ribu spesies hidupan marin di akuarium terbesar di Asia Tenggara. Kalau takminat aquarium, takpe..boleh pergi IMAX untuk tengok movie terbaru di Thailand. Kalau minat buku boleh pergi KINOKUNIYA bookstore (Thailand largest bookstore). 

Ambik gambar jangan lupa #siamparagon. Lulz

dari BTS Siam dah boleh nampak Siam Paragon. Laju hakak tekan-tekan henfon nak hupdate intsgaram!

inside Siam Paragon. Masa ni tengah year end sale. Jimmy Choo 80% uols

LADUREE pun ado. Itu tourist card untuk discount and claim VAT

Glass & steel luxury Megamall

BTS Siam betul-betul mengadap Siam Paragon


SIAM CENTER
Cara ke sini Turun di BTS SIAM

Siam Center dibina pada tahun 1973. Shopping mall pertama di Bangkok tau. Begituu lamaaa dah ia wujud. Keluar Siam Paragon boleh nampak Siam Centre. Antara jenama yang ada Kiplings, Steve Madden, Forever 21, Shu Uemura dan banyak lagi. Sesuai untuk golongan muda mudi di Thailand. Tak crowded sangat mall ni. Lengang dan aman je. Suka sangat dengan interior design dalam mall ni.   


Welcome to Siam Center

Rendah je ketinggian setiap aras. Naik tangga sudaaah

Jenama yang ada di Siam Centre. Tak seswai untukku. Ini untuk muda mudi remaja riang ria ni

Motif letak skrin led banyak-banyak atas siling?

Ada tempat study? dalam shopping mall? 



SIAM DISCOVERY
Cara ke sini Turun di BTS SIAM

Ada jambatan yang bersambung dengan Siam Centre.  Ada pula market di tengah-tengah ni. Belah kiri gamba adalah Siam Centre dan belah kanan adalah Siam Discovery. Madame Tussauds ada di  Siam Discoverylah uols. Di Hong Kong pun ada Madame Tussaud ni. Di Bangkok pun ada rupanya. Siam Discovery kami tak masuk dalam.

Market in between Siam Centre and Siam Discovery

Di Hong Kong Bruce Willis jadi penyambut tetamu, kat sini Tom Kurus yang jadi penyambut tetamu


SIAM SQUARE
Cara ke sini Turun di BTS SIAM

Shopping mall untuk upper-class teenagers and college students.
Camna nak tawaf ni dalam masa sehari?

Hello Kitty House nak buat event la ni. Sorry I tak minat Hello Kitty!

Tuuuuudiaaaa, penuh manusia!

Lalu kat sini ada Xperia Z3 yang capture gamba dan papar di skrin besar. Keh keh keh

Ala-ala Cath Kidston bag. Tau tak? Ala beg yang munga-munga kecil comel warna-warni tu. Dari UK.  Haaa beli sini sajo! Tapi Jane Lily Factory Outlet la. Hihi.

Pendek kata memang tak abis tawafla semua shopping mall ni dalam sehari. Tak sempat nak feel lebih-lebih. Part 2 kita sambung dengan MBK, Centre World & Platinum Mall. Part 3 Terminal 21.


Sekian sahaja untuk sesi petang Isnin.

Jumaat, 21 November 2014

#6 Bangkok 2014 : Chatuchak ตลาดจตุจักร Weekend Market


Assalamualaikum



Hai uols, morning. Aktiviti jalan-jalan di Bangkok diteruskan lagi dengan merayap ke Chatuchak Weekend Market atau Pasar Chatuchak atau sebutannya Jatujak Market atau diringkaskan sebagai J.J oleh penduduk tempatan. Ia merupakan pasar TERbesar di Thailand dan TERbesar di Asia Tenggara malah merupakan antara pasar / market yang TERbesar di dunia. Pasar ini adalah tempat WAJIB singgah jika ke Bangkok! Pasar ini sangat TERkenal di kalangan kaki travel seluruh dunia, Asia Tenggara terutamanya. Ia adalah sebuah pasar MURAH & MERIAH yang menjual pelbagai barangan dari serata pelosok Thailand.


Santeknya! Selalu kan kita nampak di Robinson or Isetan. Rupanya Chatuchak mariiii


Amik nafas jup sebelum menyusur lorong-lorong kecik

Lebih kurang 15,000 ribu kedai ada di sini. Keluasan lebih kurang 11 hektar dan terbahagi kepada 27 section! *excited*  Mereka yang datang setiap Sabtu dan Ahad dikatakan sekitar 200 ribu orang dan 30% darinya adalah pelancong asing. FUhhhh!

2 skills yang amat diperlukan di sini:
1. Stamina kaki yang tinggi 
2. Tawar menawar yang ekstream

Jika mahu berbelanja di sini, peruntukan sehari suntuk.  Paling tidak pun setengah hari. Jangan lupa sediakan wang tunai yang banyak because no credit card here! Pasar ini hanya wujud pada hari Sabtu & Ahad setiap minggu. Bermula jam 9.00am sehingga jam 6.00pm waktu tempatan. Malamnya bersambung dengan pasar yang meriah. Jadi jika ke Bangkok, adjust percutian, masukkan hari Sabtu dan Ahad dalam itinerary supaya dapat cuci mata kat sini.

Ada 2 perkara istimewa yang saya alami di pasar ini.  Yang pertama, adalah jalan sahaja ikut kaki melangkah tanpa arah tujuan, tanpa map di tangan dan relakan diri sesat di dalam pasar ini, tanpa arah tujuan. Ajaibnya kaki ini berjaya juga melangkah ke tempat keluar!  *ofcos dengan plastik yang penuhhh di tangan* Perkara kedua adalah saatnya lagu kebangsaan Thailand berkumandang *taktahu dari mana* , tiba-tiba orang di pasar yang super crowded penuh dengan traveller dari merata dunia berhenti dan berdiri tegak menghormati lagu kebangsaan Thailand. Amahzing sangat!

Kali pertama datang ke sini, kami sampai sekitar jam 5petang. Mak oii, punyalah ramai manusia. Haru-biru dan taktahu nak ke mana. Sedar tak sedar kami keluar dari pasar jam 9.00pm itupun sebab perut memulas nak poo poo. Kali ke-2 kami sampai seawal jam 9am. Ada yang dah buka kedai dan ada kedai yang masih belum buka. Tapi memang dapat shopping dan cari barang dengan tenang, aman dan boleh tawar menawar dengan selesa. Rezekilah orang yang buka kedai pagi-pagi. Sedar tak sedar jam 1pm baru gerak keluar dari pasar. Ohhh i like Chatuchak Market very much uols!


FYI Chatuchak Weekend Market ni;
  • Takda aircond. Pakai pakaian yang sesuai, nipis kerana pasti berpeluh, ketiak basah dan berlengas. Muka confirm boleh perah minyak. I gerenti!
  • Kalau dah berpeluh macam mandi dah tentulah tahap dahaga tu meningkat! Boleh bawa air siap-siap. Takpun boleh beli jus buah Thailand. Minum sejuk-sejuk dengan rasa jus buah yang asli. Nikmat!
  • Luas yaaa amats. Makanya sila pakai sandal yang selesa atau kasut yang bersesuaian. 
  • Lorong-lorongnya sempit. Jadi seeloknya datang awal pagi. Datang lewat orang dah ramai camna nak shopping? Nak tawar menawar pun susah.
  • Crowded sangat dengan manusia. Jadi make sure u carry your handbag safely. 
  • Ada dibahagikan kepada 27 bahagian. Datang awal bagi bolehla nak survey harga buat perbandingan. Selain waktu itu, terus tawar menawar dan jika berkenan dan puas hati dengan harga terus beli jangan banyak soal. Bukan mudah nak cari kedai yang sama semula. PERCAYALAH!


Cara pergi ke Pasar Chatuchak
BTS Mo Chit . Exit 1
Chatuchak Market berdekatan dengan Chatuchak Park


Sarung bantal tu hakak beli kat SSF RM60 sebijikkk! Stress hakak tau




Kalau nak stylo, cari makcik ni yang jual bulu merak. Untuk lap habuk buat ganti bulu ayam. Hihi. Foot massage ni penuh gilos dengan orang. Dahla murah pulak tu. Logikla penuh. Memang sakit kaki tau merayap kat Chatuchak Market ni. Azie tak buat massage kat sini. Crowded tu dah satu hal. Lagi pulak bercampur laki perempuan. I tak rela kaki putih gebu i menjadi santapan orang lain. Ahaks.

Selain itu, banyak juga handmade soap dijual di sini. Haruslaa beli. Murah dari LUSH uols. Bauu wangi *Aloe Vera*. Uiii memang bestla buat mandi! Lembut dan nyaman je kulit lepas mandi. Nyesal tak beli dua tiga ketui. Saat entri ini ditulis, sabun yang dibeli ni dah abis dah pun. 


Murah yanggg amats. Blurr taktahu nak cari apa. Hihi

Suamiku sempat gaks beli selai dua. Katanya murah gilos

Tempat letak Magazine kat atas rak tu kubeli dengan harga RM100+ di Metrojaya The Curve. Akooo stresss!

Kalau nak rumah stylo beli singki ni buat balik seketul. 

Ginilah keadaan lorong-lorong di Chatuchak Market. Ni takda orang lagi sebab awal pagi. Aman kan!!

Kat area clock tower ni banyak makanan halal. Boleh try!

Hati-hati dengan barangan anda tau. Ginilah keadaannya dari market nak naik tangga BTS Mo Chit. Berebut tau dak. Sempat pulak snap.

Jadi, jangan lupa explore Weekend Market In Bangkok.