Pages

Rabu, 29 Oktober 2014

Bangkok 2014 : Fly to Bangkok City Of Angels - Sawasdee Kabb!!


Sawasdee kabbb!!!


Haihla, cerita jalan-jalan Melbourne tak habis lagi. Lepas ni bersambung cerita Bangkok pulak. Jadi silalah bersabar ye wahai pembaca tersayang. Masalahnya ada ke yang sudi baca?! Gasakla, sendirian berhad je yang baca, sudaaah. Susah-susah sangat paksa je suami yang baca. Hak hak hak.


Pagi ni masih gigih melengkapkan itinerary Bangkok. Hakak pening tengok google map yang penuh dengan tulisan cacing. Helppp! 


Ok trip ni tiada dalam KPI tahunan 2014. Trip yang tergesa-gesa dan tidak dirancang. Baru dua tiga ari lepas beli tiket. Kenapa? Ok nanti kita cerita panjang yehhh. Time to pack barang. * terbayang-bayang dah Tomyam Goong! *


Bye for now. Till we meet again next week. Selamat Berhujung Minggu!!!





Selasa, 28 Oktober 2014

#15 Australia 2014 : Day 5 Part 3 | Shrine of Remembrance, Melbourne


Assalamualaikum

Stressss! Hai berjalan obersea pun ko nak stress ke? Nah tengok gamba ni buat hilang stress.

Jom sambung balik cerita [ Day 5 Part 2 ] yang tak selesai lagi.




FYI, disebabkan hari ni nak naik tram ke Barkly Square, so semua luggage yang besar-besar *bunyi macam banyak tapi dua aje, size paling besar dan sederhana* telah di transport ke rumah Elyn pada hari Rabu. Sebabnya kufikir macam susah pulak nak heret naik tram sekeliling bandar lah konon nya. Ku hanya tinggalkan size luggage yang paling kecik. Senang cerita hand luggage.


Nampak nau-nau kurang bijak di situ. Silap perhitungan pulak. Ko lupa yang ko shopping sakan beli kiriman orang di Vic Market hari Khamis, ko pergi DFO hari Khamis. Ko pergi lagi Vic Market pagi tadi, sudahnya mana mau letak semua barang ittttuuu? Ades, tuela tinggal lagi beg kecik sekali. Sudahnya bila check-out, atas belakang kiri kanan laki bini kena pikul barang. Gayanya dah macam orang nomad nak pindah penempatan je. 


Elyn dah pesan untuk ke Barkley Square kene naik tram di Elizabeth Street. Maknanya dari Tune Hotel Melbourne kena jalan sepanjang Queensberry Street sehingga sampai ke Elizabeth Street. Naik tram no.19 towards North Coburg. Then berhenti di stop 20.  Kami Suami ni nak double confirm, pi tanya la dengan staf Tune yang konon-konon mahir tentang tram di Melbourne CBD ni. Katanya naik di Lygon Street sebab dekat je Lygon Street ni takyah nak jalan jauh-jauh. So pergilah kami ke Lygon Street dengan barang-barangan yang sarat ini. Dah sampai sana, memang tak nampak pun bayang tram, bayang landasan pun takde! Redha je la dengan ketentuan-Nya. *bengang*


Patah balik la kita ke tune hotel dan ikut juga arahan Elyn tu. Tuela degil lagi. Hiks. Kejap-kejap berenti, kejap-kejap berenti. Lenguh. Rasa nak patah pinggang dah. Campur lagi bertekak-tekak manja dengan suami, menjadikan ia sesuatu yang tidak best. Rupanya aksi kami ni diperhatikan dari jauh oleh seorang student Malaysia yang belajar di Melbourne. *malu okes*


Orangnya cantik, berambut panjang, bawak buku-buku..agaknya baru balik kelas kot. Dengan senyuman dia menyapa kami, perkenalkan diri dan bertanya kot-kot ada apa yang boleh dibantu. Hihi. Memang pun dik nun, kami memang perlukan pertolonganmu angkut barang. Dah sembang-sembang dia cakap dah betul dah laluan kami ni.  Alhamdulillah sampai la jugak kat tempat tram ni dengan selamat. Tram pertama yang sampai tak sempat nak tengok tram no berapa. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak naik. Kene perhatikan no tram kat atas kepala tram tu. Takpe, kami tunggu next tram. Dah selamat naik, masalah pulak mana nak berhenti ni. Mana nak tengok hentian ke 20? Bajet macam komuter atau MTR yang ada gambarajah setiap hentian. Nan-hado ok. Pastu eh-eh-dalam tram ada wayar hijau untuk loceng yang macam dalam bas dulu-dulu la. Nak berhenti kene tarik wayar.  


Alhamdulillah, kebetulan ternampak Barkley Square dan mujurla ada orang lain nak turun kat situ juga. Ia berhenti tak jauh dari situ. Menapak la kami sikit. Kami jumpa Elyn di Kmart. Lega gilos bila ada troli. Sewa troli dan humban semua barang dalam troli. Kat sini shopping lagi. Memang tak sedar diri betul. Hahah. Sakan pulak beli belah kat sini. Ala-ala giant. Beli belah untuk melunaskan pesanan orang dan untuk diri sendiri. Sedar tak sedar troli pun dah nak limpah dengan barang-barang. Kat sini nak bayar semua kaunter layan diri je. Nasibla ada jugak kaunter yang ada casher. Terus menonong ke situ. Siap bayar kene check pulak setiap beg untuk security purpose. Yelah banyak nau beg kat dalam troli tu kot ada yang terselit dan tak bayar dalam beg ke kan. Huhuhu. 




Dah selesai semua, kami naik tram ke Parkville, rumah Elyn. Malam ni kami nak bermalam di rumah Elyn. Kebetulan pulak malam ni kawan-kawan Elyn takda, pi jalan-jalan Tasmania. Jadi ada bilik kosong. Lega gila dapat berehat. Elyn masakkan lauk kurma daging Australia makan dengan nasi putih & salad. Enak bangat rasanya. Maklumlah lapar. Hari ke-5 baru jumpa nasi!


Perut pun dah kenyang, solat pun sudah, lenguh badan pun dah hilang, siap comei-comei keluar semula. Memang tak duduk diam aih. Berjalan jer. Petang ni Elyn join sama. Dia nak bawak kami pi jalan-jalan di Shrine of Remembrance. Hari ni dah top-up 7AUD untuk tram, jom la kita gunakan sepenuhnya. Camna nak ke sana? Tidakla kusemak bagaimana caranya. Sedar-sedar dah sampai. Haha. 

Panjang lebar pulak menaip kat atas nih, jom cuci mata dulu.

Lepas turun tram kami nampak ini dulu


Jauh jugak nak menapak sampai Shrine ni. Dari jauh nampak kecil je Shrine ni. Pokok-pokok di kiri kanan pulak nampak besar dan nampak sebaris je. Dari jauh nampak macam piramid pun ada

Ewah, photoshoot pulak kitorang kat sini. Macam-macam pose gitu. Cuaca cantik sangat hari ni

Ingat orang kahwen je ke nak photoshoot. Kami pun nak join sekaki!!

View Melbourne dari Shrine. FYI, Shrine ni simetri dari semua sudut.

View dari tepi. Yang ni tak kena matahari lagi



View Melbourne City dari The Shrine! Wajib captured

Oh ada juga tentera Australia ke Malaya masa War1 dan War11

Wajibla bergamba bersama! 

Cantik tempat ni. Siap ada Eternal Flame. Nyalaan abadi gitu. Bunyi macam tak pernah-pernah padam. 

'Shrine' bermaksud kuil, tempat keramat atau tempat suci. 'Rememberance' bermaksud ingatan atau kenangan. Di Australia, Shrine of Remembrance untuk menghormati pengorbanan prajurit ANZAC (Australia and New Zealand Army Cops) yang terkorban di medan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kiranya macam Tugu Negara la kalau di Malaysia. Dibuka setiap hari mulai pukul 10 am - 5.00pm. 

Tempat ini sangat luas dan senibinanya sangat unik. Macam Piramid pun ada. Katanya ia diinspirasikan daripada satu dari tujuh keajaiban dunia iaitu The Mausoleum di Harlicarnassus. Eternal Flame ini dinyalakan oleh Ratu Elizabeth II pada Februari 1954. 

Kesimpulannya, I memang suka betul tempat ni. Unik, luas dan view caaaantik! Lepas ni nak kemana kita? Masih lagi jalan-jalan di Melbourne.

Tunggu....



Isnin, 27 Oktober 2014

#14 Australia 2014 : Day 5 Part 2 | Ronda-Ronda Melbourne CBD


Assalamualaikum

Jom jalan-jalan Melbourne CBD!


Bercinta nak habiskan entry kesemua hari percutian di Melbourne ni. Insya Allah akan kugigihkan tangan ini menaip dan akan kuperah mindaku ini untuk mengingati semula setiap momen-momen indah di sana. Ceeewah!

Ini sambungan entry terdahulu [ Day 5, Part 1 ]

Dari UniMelb kami berjalan kaki je ikut kaki melangkah. Yang penting asal sampai ke ACMI Melbourne sahaja. Jadi bila ikut balik gamba-gamba yang kami snap rupanya ini lah laluan yang kami berjalan sepanjang pagi Jumaat ni. 

Sekali lagi tak sedar yang kami lalu State Library Of Victoria. Aduhai terlepas lagi. Memang nak sangat masuk dalam ni cuci mata sebab mahu tengok seni bina dalam library ni. 





Mula-mula kami terjumpa 'The Old Melbourne Goal' . Tempat apa ni?

"The Old Melbourne Gaol is a museum and former prison located in Russell Street, Melbourne, Victoria, Australia. It was first constructed starting in 1839, and during its operation as a prison between 1842 and 1929, it held and executed some of Australia's most notorious criminals, including bushranger Ned Kelly and serial killer Frederick Bailey Deeming. In total, 133 people were executed by hanging. Though it was used briefly during World War II, it formally ceased operating as a prison in 1924; with parts of the gaol being incorporated into the RMIT University, and the rest becoming a museum. " - Wiki


The Old Melbourne Goal. Tapi bila masuk dalam ni ada RMIT Spiritual Centre, Franklin Street.



"The three-storey museum displays information and memorabilia of the prisoners and staff, including death masks of the executed criminals. At one time the museum displayed Ned Kelly's skull, before it was stolen in 1978; as well as the pencil used by wrongly convicted Colin Campbell Ross to protest his innocence in writing, before being executed. Paranormal enthusiasts claim the museum is haunted, with claims of ghostly apparitions and unexplained voices near cells." - wiki


Kami tak masuk pun. Tak pasti berapa bayaran yang dikenakan untuk masuk dalam muzium ni. Nampak macam sunyi takda orang je. SERAMM! Okeh dah puas kami cuci mata sekitar penjara yang sunyi sepi takda orang ni, kita teruskan lagi jalan-jalan ke tempat lain. 





Tak jauh dari sini, nampak bangunan 'The Old City Police Watch House'. Rasanya nak masuk dalam ni sekali dengan tour 'The Old Melbourne Goal'.



The Old City Police Watch House

Then nampak dak tu si tudung biru kat bawah ni ala-ala jakun pulak tengok bangunan ni. Rustic habis. Dah sampai hujung baru tau ini Royal Melbourne Institute of Technology  atau lebih dikenali dengan RMIT University (former Magistrate Court). Ehemm.. tempat si cantik Ummi Nazeera belajar nih.




RMIT University, Building 20, Former Magistrate Court
Louis Vuitton, 139 Collins St, Melbourne VICTORIA |  Operation hours: 10:00 am – 6:00 pm
Hosier Lane atau Street Art. Penuh dengan macam-macam Graffiti. 

Flinders Street
ACMI, Australian Centre for the Moving Image, Flinders Street
St Paul's Cathedral Melbourne, Corner Flinders Lane and Swanston Street, Melbourne VIC

Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Senyum!

Kitorang masuk dalam Melbourne Visitor Centre ni untuk minta bantuan. Makcik-makcik bersara yang entertain kitorang. 

Kami tanya berkenaan MyKi. Elyn pinjamkan kami 2 kad MyKi. Jadi kami perlu top-up je. Satu kad berjaya top-up tetapi satu kad lagi gagal top-up. Jadi kami kene pergi Customer Service dalam Flinders Street Station. Mujurla yang beratur tak ramai. Sesiapa yang nak beli MyKi boleh datang beli sini jugak. Boleh top-up di 7E yang ada di sekitar Melbourne atau mana-mana kedai yang ada sign topup MyKi. Mereka replace kad kami dengan kad baru. Tak lama mana menunggu, kejup je memang dah selesai. Yang kelakar nya orang yang bertugas tadi macam cakap Cina dengan suami. Hihi. Ingatkan di Hong Kong je, di Aussie pun sama. Hew Hew hew *gaya gelak tahun 2014*






Singgah dulu di Pandora untuk topup charm baru. Kononnya tanda kenangan dah sampai ke Melbourne. Ahaks. FYI, Pandora di sini jauh lebih murah dari Malaysia. Beza untuk 1 charm dalam RM10-RM20. Itu satu, kalau beli banyak2 nak penuhkan 1 gelang, tak ke berbaloi-baloi.

Sebelum pulang singgah sekali lagi di Vic Market untuk top-up souveniers yang patut. Oh dan juga datang semula untuk cari 'Queenskin Lanolin Cream with Vitamin E yang memang made in Australia.  Orang yang kirim sebenarnya. Typical orang Malaysia yang bila membeli nak free gift. Buy 6 FREE 1. Jadi saya dapat free gift moisturizer nih. Hahah. Boleh sapu di muka dan seluruh badan. Bau memang ohsem!

Kami sampai Tune Hotel semula tepat jam 11am. Pheww! Inform awal-awal di kaunter yang kami dah terlewat check-out. Mujurlah ok je. Naik atas kemas-kemas, touch up sikit muka yang dah peluh2 manja tu dan turun semula untuk check-out. Bye Tune Hotel. 

Lepas ni nak jumpa Elyn di Barkley Square. Kene naik tram nak ke sana. Jadi cerita ini bersambung lagi. Hihi.

Jumaat, 24 Oktober 2014

#13 Australia 2014 : Day 5 Part 1 | The University Of Melbourne


Assalamualaikum

Hari ini nak jalan di Melbourne University. Jom!

Hari ini hari kelima di Melbourne. Sedih sungguh memikirkan yang esoknya dah nak balik. Panjang umur murah rezeki kita datang lagi. Hari ni terasa nak jalan-jalan di 'The University of Melbourne'. Tak jauh dari hotel kami pun. Laluan biasa tempat kami beli coffee di 7E. 


Sunyi sepi je kawasan uni ni. Hmmm cuti springbreak kot. 

Seronok duk lepak-lepak kat sini dengan suami. Ok jugak sambung belajar nih. Jadi student balik. Takde orang oii.

Pokok ni la yang kitorang duk tenung lama tu. Lengang kan? Ya Allah damai nya suasana. 

Lompat sekuat hati. Lompat setinggi yang boleh. Aku bahagia!!

Dalam duk ronda-ronda kawasan uni ni, terjumpa pulak bangunan ni. Ok pelik sangat. Art katanya.
"The Ian Potter Museum of Art, established in 1998 is an art museum at the University of Melbourne in Melbourne, Australia"

Kalau Autumn mesti cantik nih.

Taktaula bangunan apa ni, tapi dalam uni.

Masuk-masuk uni, jumpa ini. 1888 building.


The University of Melbourne katanya universiti terbaik di Australia dan menduduki carta ke 37 universiti terbaik dunia. Hebat bunyinya kan? Untung pelajar Malaysia yang berpeluang belajar di sini.  Dahla lokasinya di tengah bandar Melbourne.  Kalau nak tahu Melbourne ini ibu kota Victoria. Melbourne pernah dapat gelaran “The Most Liveable City in 2012″.


Lokasi UniMelb ni ada dalam tujuh wilayah di Victoria iaitu di Burnley, Dookie, ParkVille, Creswick, Sheppaton, Southbank dan Werribe. Bangunan UniMelb ni banyak yang klasik design nya. Tujuan asal cari UniMelb ni nak cari bangunan yang macam 'Hoqward' dalam Harry Porter. Tapi rasanya salah lokasi ni. Hehe. Bangunan tu berada di lain lokasi. Ok takpe maybe next time kita pergi.


Satu lagi tempat yang nak sangat pergi Victoria State Library. Takda rezeki nak jejak masuk. Orang kata dalam tu cantik. Kalau ada anak-anak yang dah besar sikit, tak salah bawa masuk dalam Victoria State Library ni. Mana tahu kot-kot tertanam azam nya satu hari nanti nak datang belajar di sini. 


Dah puas lakukan rondaan dalam UniMelb ni, kami nak gerak ke tempat lain pulak. Barulah nampak ramai student. Ada registration day rupanya. Nampak gaya macam fasi tengah duk tunggu para junior. Seronoknya bila teringat balik zaman uni life. Hihi.

Oklah pasni jom terus ke Melbourne City.


Khamis, 23 Oktober 2014

#12 Australia 2014 : Day 4 Part 2 | DFO South Wharf, Bourke Street


Assalamualaikum


Entry ini bersambung dari yang post yang terdahulu

[#11 Spring In Victoria 2014 : Day 4 - Queen Victoria Market, Flagstaff Gardens]

Takda idea nak cerita panjang-panjang, meh nak share gambar.










Sungguh aman damai garden ini. Rasa mahu berlama-lamaan lagi. Tapi apakan daya, tempat nak dituju jauh berkilometer lagi. So angkat kaki dan terus hayunkan langkah menuju ke DFO. Tema hari ni, jalan santai-santai aje. Jadi, Azie nak share gambar-gambar yang ada sepanjang kami jalan kaki 2.8km. Hihi. Nama tempat dengan jalan apa tak dapat nak spesifik sebab tak tahu. Huhu.







Yarra River. Menyeberangi jambatan ini dan kita dah nak sampai ke DFO. Takda Corelle & Pyrex ye di DFO South Wharf ni. Puasa je kat sini sebab tak tahu apa yang halal. Mujur ada bekal cekelat. Huhu.

Dah selesai shopping di DFO, patah balik ke Swanston Street dan jalan-jalan singgah di LUSH Fresh Handmade Cosmetics, Shop 153 Swanston Street Melbourne. Ohhh my, they smell so gooood. 

Jalan-jalan cari H&M (Hennes & Mauritz Pty Ltd). Lokasi: Melbourne's GPO, 350 Bourke Street. H&M sini besar! Baju untuk kids kat sini HEAVEN!

Sempat masuk David Jones & Myer di Bourke Street. Ala-ala Robinson & Istetan. NYX Cosmetics ada dalam ni :))

Dah penat jalan kaki dan shopping. Kita dinner pulak. Malam ni makan Nandos. Ini je restoren yang masih buka. Alhamdulillah halal.  Wrap saya berharga 8.45AUD & Supremo Burger White Roll 9.95AUD.

Sempat juga singgah di Coles West End Plaza. Coles tu macam Tesco / Giant. Kat sini kami beli chips, chocholate, biskut tradisional Australia, Anzac cookies untuk bawa balik Malaysia. Huhu.  Oh satu lagi, jangan lupa beli perfumes di Australia. Murah la daripada Malaysia. Anda boleh checkidout di bawah ni. Jadi sebelum pergi survey dulu harga ye :)

1. Cosmetics Fragrance Direct South Wharf  - https://cfdirect.com.au/
3. Chemist Warehouse -  http://www.chemistwarehouse.com.au/


Nantikan episod seterusnya .