Translate

No-No-NO!

Maybank Treats Fair 2014


Assalamualaikum


Pengguna kad kredit mahupun debit card Maybank pasti arif yang amat dengan tajuk ini. Kali ni Azie dengan suami berpeluang join Maybank Treats Fair yang diadakan di Mid Valley, Bangsar pada Jun 2014. Pergi bukan nak pergi suka-suka. Pergi sebab nak redeem point. Bila check punya check, rupanya dah lebih 100,000 point u'ols. Nak simpan berapa lama lagi. Jom kita cari barang menarik untuk redeeeeeem.

Mesti ada yang tanya..weh mek, ko belanja apa sampai banyak gitu? Jawapannya belanja Shaklee. Thanks to Shaklee. Thanks to customer Shaklee. Customer yang duk order-order Shaklee tu, i swipe je credit card. Sekali swipe beratus-ratus. Kalu dah berpuluh-puluh kali? Sampaila point sebanyak itu. Ye dak. Selain tu, semua benda pun pakai credit card untuk mengumpul point semata. Tapi awas! Pastikan, sebelum transaksi dibuat anda memang ada wang cash yang diperuntukkan untuk itu. Asingkan siap-siap. Bila swipe, terus korang bayar balik! 

Gigih, awal pagi dah sampai. Kononnya nak jadi yang pertama. Puiii..
Nampak tak. Nampak tak. Semua pun nak jadi yang pertama!


50 yang terawal dapat T-shirt FREE! 

Lemas. Lemas. Macam tauhu sumbat.

Semua boleh redeeeeemm. Pizza jom!

Antara kedai yang ada

Dalam ni macam-macam outlet ada. Nak pergi travel, nak peralatan kesihatan macam GINTEL tu, nak pinggan mangkuk periuk, mixer, kitchen aid, mentol lampu, jam tangan, gadget. Korang nak redeem apa? Pendek kata semua ada. Buat pilihan sajo. Nak bayar saman pun boleh. Cukai tanah pun.


Haih kalaula ikutkan hati nak redeem macam-macam. Tapi sedar diri, point ciput je. Akhirnya kami memilih Set of 3 trolley luggage bags. 3 different size. Size besar, sederhana dan kecil. Lengkap dengan TSA Lock. Total point redeem, 90,000. Hmmm, boleh kata berbaloi la. Almaklumlah beg sedia ada dah tercabut tayar.  Nak tunggu repair....tahun biler lah. Point selebihnyer simpan untuk datang semula tahun depan pulak ye.


So korang pulak camne? Pakai card credit apa? Mesti ada juga redeem-redeem macam ni jugak kan. Ce citer.

2 comments:

  1. Shaklee effect..boleh swipe dan redeem banyak2 point..tahniah!

    ReplyDelete
  2. datang balas kunjungan dan follow sini dear...

    ReplyDelete