Translate

No-No-NO!

DEMC, highly recommended!


Assalamualaikum


Ini iklan tak berbayar ye. Hehe. DEMC stand for Darul Ehsan Medical Centre a.k.a DEMC Specialist Hospital. Dah banyak sangat dengar cerita yang wangi-wangi tentang DEMC ni. Kebetulan pula suami ada bisul / cyst / lump kat belakang badan. Pergi klinik panel untuk buang tapi klinik pulak tak berani nak buat. So suami request untuk refer ke DEMC ni. Maka ini first time la kami ke DEMC.

Google punya google akhirnya jumpa specialist yang sesuai. Call dan terus buat appointment bagi pihak suami berdasarkan tarikh yang diberi suami. Dah macam tugas PA pulak.

LOKASI
Alamat :4, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor, 40000, Malaysia
Tel: +60 3-5515 1888


DEMC tak jauh dari rumah. Dekat dengan Lorenzo Shah Alam.  Dua tiga kali dah ke Lorenzo tu tapi tak perasan pulak DEMC ni. Rupanya ada di belakang. 


Boleh parking dalam kawasan hospital. Open space. Luas betul. Lepas parking kereta, ada buggy service yang akan pickup kita dari parking lot ke main entrance. Kemain tau. Kerlas sangat. Main entrance pun ada valet service. Beruniform lengkap persis hotel! Eh-eh-eh terasa macam kat hotel sebiji.  Oh, I love their therapeutic garden. Masuk je nampak Teh Tarik Place di lobi. Tapi tutup pulak. Under renovation. Pergi 1st floor dulu untuk register ambil guarantee letter (GL) dan terus masuk clinic jumpa doctor. Agak berjanggut jugakla nak tunggu nama dipanggil untuk GL. 


Esoknya datang semula untuk check in day care. Sementara menunggu suami pengsan beberapa jam, layan 3 cawan coffee di Gloria Jeans sambil terkebil-kebil mata melilau sana sini. Ok tipu. Cuci mata kat Instagram. Dengan harapan ada jubah menarik yang boleh dibeli. Aduhh menyesal tak bawa laptop, boleh juga update blog!


Check-in surgical clinic

Lama dah tak kene cucuk-cucuk camni


Makan tengahari untuk pesakit yang akhirnya penunggu pesakit yang habiskan ;D

Suami diberi cuti rehat seminggu lebih **dalam kepala terpikir dah nak jalan sana-sini** Sporting habislah doktor. Dah settle semua check-out dan buat payment. Ada staf yang siap iring bagai ke tempat payment. Perlu ker? Hai jakun sebentar. Hampir cecah 5k kau nak buang bisul sejemput kat belakang! Mujurla ada insurance cover untuk pekerja. 


Kesimpulannya service kat sini memang tip-top. A-Class. Menyenangkan hati, menyenangkan pesakit. Doktor pakar yang bagus. Staf yang baik-baik. Jadi memang TERBAIK.  Terus jadi hospital pilihan :D Rasanya menjadi pilihan kebanyakan warga Shah Alam juga. 

Notakaki: Terasa pentingnya ada insurance! 

2 comments:

  1. highly recommanded!
    satu2 nya tmpt plg succes buat treatment skin dulu..
    abat from demc pn bagus sgt.. sesuai dgn harga dia..

    ReplyDelete