Pages

Rabu, 27 Ogos 2014

Resepi Bread & Butter Pudding with Vanilla Sauce For Aidilfitri Open House


Assalamualaikum



Bread & Butter Pudding Resepi with Vanilla Sauce for Aidilfitri open house . Ini feveret suami! Permintaannya mahu puding roti ala-ala makan kat hotel. Tu diaaaaaa. Kita ni bukan chef sampi nak setarap hotel. Gigihla kita ni bertanya kat Pakcik Google. Ooppsss silap. Suami kita yang tanya kat Pakcik Google dan akhirnya dapatlah dia resepi ni. Dia 'screen shot' dan wasap pada AL suh ikut resepi nih. *muka senyum senang hati*


Gigihla kita dan suami ni pergi cari bahan buat dengan penuh kasih sayang cinta sampai ke bulan. First time buat ecececeh..suami kata memang macam makan kat hotel!!  Yay! 


Dah buat sekali, maka AL buat dan buat dan buat lagi dan buat lagi sampai 5 kali kot untuk Ramadhan dan Syawal ni. Resepinya terbayang-bayang je dalam ruang ingatan ni. Macam mana tak 5 kali...buat untuk 1-berbuka sendiri dan bg pada jiran, buat untuk 2-family, buat untuk 3-iftar, buat untuk orang datang 4-beraya di rumah sendiri, buat untuk 5-open house family. 5 kali buat versi lain-lain. Versi 1 letak parutan coklat (van houten) dengan kismis. Versi 2 letak parutan coklat dengan kurma. Versi 3 letak kismis dengan kurma.  Versi 4 letak kurma sahaja. Pastu macam semua pun macam sedap tak tahu nak beza :p


Uols tryla sendiriye.


Bahan-bahannya adalah.....Allah! Pakai pelenyek pisang pulak. Itu je yang ado. Sila pakai whisk ye puan-puan sekalian :p


Tu diaaaa...(stamp bond=banyak) parutan coklat bertaburan di dalam bekas ini. Ini kejer (gay where=kekasih) AL ye.
P/S: Selamat belajar bahasa Kelantan.



Tuang bancuhan telur2ayam tadi sehingga melimpah ruah selimpah ruah kasih sayang pada suami ye :p



Tadaaa..yang telah siap dibakar. Bakarlah sehingga garing di atasnya. Gambar ini telah mengandungi unsur2 filter terlampau :P

RESEPI asal diambil dari blog hairul.com. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang best.

BAHAN-BAHAN

800ml susu full cream
10 biji telur
220gm gula pasir
1 sudu besar perisa vanilla
1-2 / saiz besar buku roti (pilih roti yang keras)
1 buku butter
Sedikit kismis atau kurma
Lebihan 200ml full cream untuk vanilla sauce

Cara-cara:

1-Campurkan susu segar, telur, gula dan perisa vanilla dalam bekas dan pukul hingga gula hancur dan sebati.
2-Ambil loyang / bekas pembakar dan griskan terlebih dahulu.
3-Sapu roti depan belakang dengan butter. Susun dalam loyang. Kemudian tabur kismis & kurma /parutan coklat.
4-Ulang step 3 untuk lapisan kedua.
5-Lapisan ketiga boleh susun macam gambar di atas.
6-Curah adunan tadi dalam bekas pembakar.
7.Preheat oven terlebih dahulu pada suhu 150C.
8.Curahkan sedikit air di luar bekas/atas tray pembakar supaya roti anda lembut dan tidak kering.
9. Bakar pada suhu 150C selama 45-60minit. Ikut size oven masing2.


Cara buat Vanilla Sauce

1- Panaskan lebihan 200ml susu full cream tadi dengan 4 sudu besar gula dan 1 sudu kecil perisa vanilla.
2- Panaskan sehingga gula pasir cair
3- Kecilkan api
4- Masukkan bancuhan tepung kastad sedikit demi sedikit sehingga sos jadi pekat. (1sudu besar kastad bancuh dengan sedikit air)
5- Setelah sos pekat matikan api dan terus angkat




Naaahhh! Siap untuk dimakan.

Bread & Butter Pudding yang telah disiram dengan Vanilla Sauce. Jemput tengoklah ye.. resepi ini mudah dan ringkas je. Yang penting rasa dah macam puding roti ala hotel


Selamat mencuba!


Jumaat, 22 Ogos 2014

Resepi Trifle Dessert Hari Raya



Assalamualaikum



Bulan Syawal ni mesti banyak aktiviti rumah terbuka kan. AL sendiri takdela buat rumah terbuka kerana rumah sentiasa terbuka untuk sanak sedara sahabat handai yang mahu ziarah. Alhamdulillah raya tahun ni ramai juga yang datang rumah. Semua AL masak sendiri. AL bukan handal sangat pun di dapur. Tapi bolehla masak sikit-sikit bagi orang makan. Orang kata 'practise makes perfect'. Azam tahun 2014 juga mahu handal di dapur. Cewah. Puii.


Kita nak share favourite dessert yang selalu kita buat. T.R.I.F.L.E. Senang sangat buat trifle ni. Alkisahnya AL takpernah makan pun trifle sebelum ini. First time makan 6 tahun lepas masa kenduri AL sendiri ketika majlis bertandang ke rumah suami. Hihihi. Kenduri belah suami dulu semuanya masak sendiri secara berjemaah oleh ahli keluarga sendiri. Yang hebatnya kaum adam a.k.a pakcik2 sebagai chef utama. Makcik-makcik hanya prep dan masak lauk-pauk dan dessert. Semua disediakan ahli keluarga sendiri. Kata mereka...mereka masak dengan penuh kasih sayang untuk menyambut ahli keluarga baru. **terharuuuu**


Ok kelaut dah cerita tu. Meh kita patah balik cerita Trifle :p Inilah bahan-bahannya.


Bahan-bahan trifle


Trifle ni dah banyak version yang AL buat. AL pernah try kek chiffon pandan, kek chiffon orange. (kek gulung tak pernah). Yang champion tetap perisa pandan. Yang atas ni terpaksa guna kek chiffon orange sebab takde kek pandan.


Fruit cocktail pun pernah try cap Hosen dengan cap Ayam Brand. Cap Hosen lagi sedap.  Cap Ayam Brand ada bau masam sikit (dah check pada tin memang belum expired). Atau agaknya tin yang tu je masam kot. Kalau tak mahu guna fruit cocktail boleh je guna Nata de Coco. Letak buah-buahan segar pun ok (Cth: Strawberry & raspberry. Rasa masam manis). Pernah try juga. Nak campur pun boleh. Ikutlah sesedap rasa.


Bahagian atas pula, AL pernah try guna gelatin, jelly dan agar-agar. Semua pun boleh tapi paling ok sekali gunalah jelly a.k.a kristal jelly nona. Pilihla jelly warna kuning atau hijau sebab ia nampak lebih cantik!


Ini resepi yang AL guna:


BAHAN A 

1-Kek Chiffon pandan dipotong setebal 1cm dan susun dalam bekas. Susun rapat-rapat dan padat-padatkan.
2-Air dari jus koktel jangan dibuang. Marilah kita merenjis-renjis untuk lembapkan kek sahaja. Kalau siram nanti kek jadi lembik.


BAHAN B (KASTAD)

3 sudu besar tepung kastad bancuh dengan sedikit air hingga cair sepenuhnya (tiada ketulan2 kecil)
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
Sedikit susu full cream


1-Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.
2-Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat. Kacau tanpa henti. Kastad akan kelihatan sedikit berbuih2. Tutup api. Kastad sepatutnya sedikit likat bukan keras tau!
3-Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A). Biarkan sebentar hingga sejuk.
4-Setelah sejuk, curah buah-buahan cocktail tadi atas adunan dan tekan sikit supaya buah tidak floating. Jangan lupa siram sekali lebihan air cocktail tadi.


BAHAN C (JELLY)

Ikut arahan pada paket kristal jelly tu. Masak dengan 400ml air. Kacau sehingga gula hancur. Bila jelly dah larut tutup api. Biarkan sejuk sebentar. Tuang la dalam bekas tadi. Sejukkan dalam peti sejuk.


Kalau rajin letakla selapis lagi custard tu. Nak buat bertingkat2 pun boleh. Hihi. Kalau nak hidang kat orang boleh buat dalam bowl bulat, dalam dan see-thru. Nampak cantik!


So inilah hasilnya!



Tadaaaa, siap!

Khamis, 21 Ogos 2014

Homemade Choclate Cookies


Assalamualaikum


Tahun ni sekut raya buat sendiri! **excited**

Tahun sebelum2 ni hanya biskut tunjuk-tunjuk dan bayar. Kalau rajin buat cornflake madu. Jadi tahun ni nadaaa cornflake madu tapi buat sekut choc cookies dan semprit.






Sebelum dibakar;





Selepas dibakar;


Taddaaaaa! **bake with love**





Hahaha. Rupa bentuk macam-macam. Kemudian susun-susunlah dengan penuh rasa cinta berahi ke dalam balang. AL hadiahkan sebalang untuk bonda tercinta, sebalang untuk ummi tersayang dan sebalang lagi untuk suami kekasih hati. Cookies ni memang terlajak rangup jadinya. Krup-krap-krup-krap la mereka makan. Moga-moga mereka makan dengan penuh rasa cinta juge. Aamiinn.


Ini resepinya;

2 cawan Buttercup
2 cawan gula pasir 
2 cawan gula perang
4 biji telur
2 tsp. vanilla
4 cawan tepung gandum (diayak) - AL malas. Yang ni tak ayak.
5 cawan oatmeal (blend sehingga hancur jadi serbuk)
1 tsp. garam
2 tsp. baking powder
2 tsp. baking soda
24 oz. chocolate chips - AL guna Herseys
18 oz. Van Houten bar (dicincang kasar)
3 cawan chopped nuts - AL guna walnut

Cara-cara:
1-Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2-Masukkan telur satu persatu dan vanila. Putar hingga bergaul rata.
3-Ayakkan tepung, oatmeal, salt, baking powder, soda dalam mangkuk.
4-Satukan dengan chocolate chips, cadbury dan nuts. Gaul hingga rata.
5-Campur dengan bahan 1 dan 2 tadi sehingga menjadi doh.
6-Sudukan dalam loyang pembakar yang telah digriskan terlebih dahulu.
7-Bakar pada suhu 367degrees selama 10 minit


P/S: Sila ayak tepung tersebut ye. AL penah lakukan cubaan ayak dan tidak ayak. Ada perbezaan tekstur pada biskut tau. Yang ayak lebih cantik dan lebih sedap. Sila juga ikut resepi dengan betul (jangan refer gambar AL atas tu. Itu hanya untuk cucian mata sahaja). AL buat kali ini tak ikut resepi. Trial and error gitu. Hua-hua-hua.


Suami pun involved juga ketika buat sekut raya ini. Dialah orangnya yang tolong pergi kedai beli bahan, tukang sukat-menyukat, tolong parut-memarut coklat, tolong membakar sekali. AL hanya tolong bagi arahan, sudukan doh dalam loyang dan tukang basuh pinggan. Oh heaven nyerrrhh!


Memang senang sangat buat chocolate cookies ni. Nanti boleh cuba sendiri :)

Repeat: JIBBY & CO, EMPIRE SHOPPING GALLERY


Assalamualaikum


Salam Syawal buat semua (tak terlambat lagi kan?!). Mudah-mudahan berjumpa lagi di Ramadhan  dan Syawal akan datang. Amin. **sekejap sangat masa berlalu**


**Baru perasan entry ni dah sebulan lebih jadi draft dan terlupa mahu publish. Allah! Dah masuk Syawal baru nak publish. **


Kali ni nak cerita tentang Jibby & Co lagi. Kali ke-2 pergi untuk 'celebrate birthday' adik ipar kesayangan. Dalam banyak2 tempat makan, Jibby & Co juge tempat pilihan hati. Sebab tempatnya cosy sangat. Best sangat nak duduk-duduk, makan-makan, borak-borak, ambil gambar.

Oklah jom tengok apa yang kami order kali ini;

Yay! Jibby again and again..



Lasagna - RM32



Pan Fried Norwegian Salmon - RM35



Big Dady Pizza - RM32



My teeny-tiny camera! Oh-oh Strawberry & Coconut Shake - RM15



Makan penuh perasaaaaaan sangat


Oooo-Nom-Nom-Nom.. tekun masing-masing menikmati makanan. Makanan yang paling champion hari tu adalah Pan Fried Norwegian Salmon. Masha Allah sedap sangat. Menjilat jari. Mungkin sebab manis-manis rasanya dan salmon tu memang fresh dengan juice2 ikan yang masih ada dan yang penting tak hanyir. Lazaat!

Big Daddy pizza tu biasa-biasa sahaja. Lasagna pula memang sedap. Kalau tak sedap takkan habis licin sepinggan AL sorang makan. Melampau!


Kami pulang dengan hati gembiraaaa.


Lokasi:

Jibby & Co.
Bistro, Restaurant, and Breakfast Spot
GK11. Ground Floor. Empire Shopping Gallery (Jalan SS16/1), 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 03-5613 7070
Menu: Breakfast, Brunch, Lunch, Dinner, Dessert