Pages

Isnin, 23 Jun 2014

High-Tea Taman Sari Hotel Istana



Assalamualaikum.


Cerita pasal makan lagi. Maaf ye. Haha. AL ni memang kuat makan, suka makan dan suka explore tempat-tempat makan menarik. Malaysia ni memang sungguh kaya dengan makanan. AL suka! Kali ni AL nak bawa uols pergi makan *secara visual lahhh* ke Restoren Taman Sari Brasserie di Hotel Istana. Kat sini AL buat pilihan untuk High-Tea (jam 12.30pm - 3.30pm). Anda juga boleh makan malam di sini. Buffet di sini RM110 per pax (kalau tak silap). 

Apa yang menarik di sini? Jemputlah menjamu mata :) Opsss size gambar memang besar, jadi ambil masa untuk loading.  Kalau loading semput2 tu, mohon bersabarlah yer. Peace!


Banyak sangat sampai tak tahu nak ambil yang mana. *pliss jangan tamak AL*


Ini yang available untuk 'grill'


Indian Cuisine


Banyak betul pilihan salad-salad. 


Pizza yang shedappp sangat!

Pasta-pasta!

















Jemput makan satay ye. Hihiii. Kuah kacang tu sangat tradisonal rasanya. A++!


Grill2 ni better pergi cari restoren ikan bakar. 


Syoknya pilih2 makanan *tapi pastikan jangan membzair*



Mee Bandung


Siapa suka pizzzaaaa! Tiga pizza, tiga rasa. Share separuh2 dengan suami. Hihi



Pinacota & Puding. Tiga2 sedappppp! Share dengan suami. Sharing is caring kan?



Raspberry Crumble & Creme Brulee heavenly delicious!


Oh kami datang ni ketika Father's Day. So ada Father's Day Celebration. Free Cake untuk semua! Yayyy...






Kalau buffet macam ni, ambil makanan ikut kemampuan kita pliss. Tak jauh dari meja AL ada sekumpulan pelajar makan beramai-ramai, *untungla pelajar zaman sekarang*   Bila dah ramai, masing-masing ambil makanan untuk ramai agaknya. Sudahnya bila mereka blah, Ya Allah banyaknya makanan mereka tak habis. Tuela bila dah mewah sangat, makanan ditinggal-tinggalkan begitu je.


Boleh kata makanan di Hotel Istana di sedap-sedap belaka. Suka!  


Hmm siapa tahu, makanan-makanan di hotel ni kalau tak habis pergi mana ya? 


Last but not least, kohkohkoh!


Tengah check tudung katanya!


P/S: Parking memang SANGAT mahal!

TIPS1: Pergi survey Groupon / MyDeal untuk harga buffet yang berpatutan! Then boleh fefeling makan macam anak orang hartawan. Hehe.

TIPS2: Balik dari High-Tea, AL terus makan 5 biji alfalfa Shaklee untuk detoks balik Maka segala zat2 yang tidak diserap dikeluarkan semula dengan jayanya. Oh & makan Omega Guard Shaklee 3biji untuk bakar semua lemak2 jahat. Terbaiklah dua-dua ni. Heksheks. Begitulah kalau orang yang suka makan tapi taknak berat naik. Hihi.


Wassalam.

Isnin, 16 Jun 2014

Kopitiam Kita & Restoren Selera Cik Siti Kelantan



Assalamualaikum.


Holla. Ini entry jalan-jalan cari makan waktu balik kampung. Mane? Kota Bharu lah. Hihi.

Pernah dengar tak Restoren Kopitiam Kita di Kota Bharu? Aritu ada masuk Majalah 3 cerita pasal Roti Titab dan Nasi Air Dingin. Korang ade tengok tak? Disebabkan majalah 3 tu lah kami pun duk mencari restoren ni bila balik kampung haritu. Katanya kedai sarapan paling fofular di Kota Bharu. Selain tu, pelbagai nasi dari pelbagai kampung dikumpul kat sini jugak. Ala-ala pusat sehenti nasi gittew.

Alamat
Kopitiam Kita
4357-A
Taman Desa Jaya
Jalan Pengkalan Chepa
Kota Baharu, Malaysia.

Waktu operasi: 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari

No Tel : 019-9810888

Roti Titab

Inilah Roti Titab yang glamer di Kota Bharu. Roti dibakar garing dengan butter, ada kaya di empat penjuru dan telur separuh masak di tengah-tengah. Kalau anda tak suka telur separuh masak jangan order. Silalah order roti titab tanpa telur separuh masak. Hikhiks. Uols Roti Titab ni hanya ada di kopitiam ini sahaja tau! Takda di kopitiam lain. 


Kopitiam Kita - 'partner in crime' kedai ni kosong sebab dah pukul 1.00pm . Orang dah nak solat Jumaat.


Inilah kedainya. Nampak tak penuh gambar-gambar VIP kat dinding kedai *ades lupe nak ambik gambar kat dinding tuh* 

Bakul-bakul yang banyak-banyak tu pulak tempat isi nasi yang diambil dari kampung-kampung. Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu. Nasi-nasi ini memang femes untuk sarapan di Kota Bharu. AL dengan suami sendiri pun tak pernah berpeluang nak try walaupun dah dah berpuluh kali pergi Kota Bharu. Takpe ada rezeki kami datang lagi.



Ini la tuan kedai KOPITIAM KITA, Mr Wong *ada pulak photobomb*


Harga AL pun tak check sebabnya BFF AL yang cun melecun ni bayor semua *orang KB*


Bff AL - Pn Syafawati


Masa ni hari Jumaat. Boleh kata banyak Restoren kat Kelantan ni tutup hari Jumaat. Penatla BFF AL ni call sana sini. Akhirnya adalah satu kedai ni yang bukak walaupun hari Jumaat.


Restoren Selera Cik Siti Kelantan

Lokasi - Taman Kenangan (Jalan Abdul Kadir Adabi)

Chicken Chop Special - RM12.90. Shedapppp!


Nasi Goreng Cik Siti - wow! banyaknya laukkk!


Bikin 2 perempuan comel kat depan ni terliur. Hikshiks

Menu nasi goreng banyak sangat dan pelik-pelik. Taktahu nak order apa. Memang kena tanya orang kedai. Kata bff western kat sini memang sedapp. Nasi goreng pun sedap sangat! Berbaloi-baloilah datang makan sini. Sukaaaaa!


Kota Bharu ni memang tempat jalan-jalan cari makan paling best! Banyak sangat menu dan makanan-makanan mereka yang sedap2. Nasi berlauk pun sodappp. Ok kat Kelantan ni kalau nak tahu breakfast dia nasi berlauk macam kat bawah ni. AL dengan suami kalau balik kampung automatik tekak adjust boleh terima breakfast nasi berlauk macam ni. Hehe. Nasi berlauk kat sini rasa dia lain macam sedap.


Nasi berlauk

Apapun takleh lawan ummi punya masakan. THORbaik!

*huwaaaa nak balik kampung!*

Terima kasih daun keladi pada bff AL ni. Beliaula yang bawa AL pergi Kopitiam Kita & Restoren Cik Siti ni. Mula-mula nak bawak pergi Restoren Nasi Ulam Cikgu. Tapi tutup pulak. Kedai makan Fizo Omar pun tutup jugak. Hari Jumaat memang banyak kedai tutup. Waktu solat Jumaat, boleh kata memang semua kedai makan Melayu tutup. Kami datang ke restoren ni pun selepas jam 3pm. Beliaulah yang manaja semua makanan pada hari ni. *lajuje dia nak bayor* Bff ni AL kenal masa di Matrikulasi Perlis tahun 2000. Roomate AL gitu. Banyak sangat kenangan2 manis bersama. Nakal2 bersama. Haha. Ohhh my... 


Ahad, 15 Jun 2014

Lunch di HOMST Shah Alam


Assalamualaikum.


Allah bersawang sudah blog ni *sapu-sapu buang sawang*

Hi uols. Apa khabar? Ok meh nak share story makan-makan di HOMST Seksyen 13 Shah Alam semalam. Suami dah lama ajak AL cuba di HOMST ni. 

HOMST - Chinese Muslim Cuisine kepunyaan Chef Yusoff Lau Bin Abdullah. Halalan Toyyiban. AL pernah nampak cawangan HOMST ni di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan di Kota Damansara. Tapi AL dengan suami pergi makan di HOMST Seksyen 13 Shah Alam (belakang Tesco). Almaklumlah dekat sikit dengan rumah. Kami ni jarang-jarang makan di chinese muslim restaurant. Satu-satunya restoren yang kami suka pergi dan repeat berkali-kali adalah Restaurant Hj Sharin Low.

Lokasi
5&7,
Jalan Boling Padang H 13/H (Seksyen 13)
40100 Shah Alam, Selangor
Business Hours :11am - 10:30pm

Cawangan
TTDI HQ
No: 34-36, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7728 0760
Business Hours :11am - 10:30pm

Kota Damansara Branch
No: 16-1, Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Selangor.
Tel : 03-6140 9134
Business Hours :11am - 10:30pm


Bila tiba di sana ok tak tahu nak makan apa *blurrr*, sebabnya banyak juga menu kat sini. Plan asal nak makan ringan-ringan dan masakan panas macam yee mee / mee gittew. Tah camne sampai sana terus tukar jadi nasi putih. 

So apa yang kami order?


Crab Meat Shark Fin Soup (S) - RM25


Sup di atas ini bukanlah sesuatu yang orang kata 'to die for'. Tapi sedap :) . Ini size (S). Walaupun (S) tetapi portion nya banyak. Ini dah boleh 4 orang hirup ni. Boleh kembung kalau 2 orang je nak hirup. Memang tak habis. Sayang punya pasal dan takmahu membazir kitaorang tapau bawak balik untuk dinner pulak. Boleh? Panaskan semula cicah roti. Nyumm!



Dim Sum - Chicken Siew Mai - RM5-6


Dim Sum ni kami order Chicken Siew Mai dengan Wantan Goreng yang cicah cili sos *alar-alar kenapa tak buat homemade sos* . Sambil makan sambil terbayang-bayang kelazatan dimsum di HongKong. Okeh memang tak boleh lawan dimsum di Islamic Canteen Centre HK. Dimsum kat sana  memang ohsemmm. Tambah lagi sos pencicah yang super spicy *nangesss teringin*



Mango Sago Lolo & Jus Durian Belanda

 Saje nak try Mango Sago Lolo. Bahan utama mangga potong, mangga kisar, sagu, susu dan ais. Yang ini memang sedap!


Sebelum makan self-us dulu. 



Nampak tak Kung Pao Beef tu. Sedap tau.


Happy sebab perut dah kenyang. Hehe.




Last but not least yours truly. Hakhak. Nak jugak interprame!


Okeyla uols. Nanti sharela ape lagi menu kat sini yang best ye. Sedap makanan-makanan kat sini. Bolehla cuba nanti. Tak mampu aih nak order banyak-banyak. Perut kecik jah. Kami datang sini memang kembung sebab banyak sangat makanan 'berair' yang kami order. 

Till then buhbyee.