Translate

No-No-NO!

Ada apa dengan MODVIER, Bangsar?

Assalamualaikum.

Siapa hijabista / hijabster or yang sekategori dengannya di sini? Sila angkat tangan! *sendiri angkat tangan laju-laju

Pasti korang penah dengan MODVIER kan? 

Laa ade juga yang tak pernah dengar rupanya! Baru first time dengar ek. Ok meh kita petik jer ayat-ayat dari paper online untuk tahu ada apa dengan Modvier.

Pengasasnya, Siti Sarah Shah Nor, 32, memberitahu, Modvier merupakan gabungan perkataan ‘mod’ yang merujuk kepada fesyen sementara ‘vier’ pula berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud pencabar. - Kosmo Online
MODVIER adalah sebuah ‘concept store’ yang menghimpunkan 28 pereka tempatan dan jenama yang membawa stail fesyen terkini, hip, moden sesuai buat semua golongan wanita terutama yang berhijab. Jenama dibawa MODVIER adalah Rico Rinaldi, 14nov by YUNA, Eiliya, Jubah Souq, Radiusite, Zawara, Radiusite, Alhumaira Contemporary, Mazlianul Aznan dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, jumlah ‘followers brand’ yang dibawa dalam MODVIER adalah lebih dari 10 juta dari seluruh dunia. - Harian Metro

Kebetulan memang saya follower instagram Sarah ni. Jadi memang ada di war-warkan pembikinan MODVIER. Sebelum ini kalau tidak silap Sarah bersama Ammara Boutique (kebetulan juga saya pun follow IG founder Ammara Boutiqe ni). Nampak sangat memang peminat fesyen muslimah kan?! Minat je. *tapi tak reti-reti jugak nak berfesyen! Comot je manjang!



MODVIER launch pada Mac 2014 lepas. Alhamdulillah, April baru-baru ni berjaya jugak menjejakkan kaki di butik / gedung yang disebut-sebut ni. Memang terlajar femes di instagram. 

Yes. Saya memang banyak menghabiskan masa di Instagram berbanding Facebook! Sesambil hupdate akaun IG @azyyatiliah sesambil cuci mata Instashop yang saya follow. Masya Allah TERlampau banyak instashop! Bersepah-sepah. *ehem-ehem sendirian berhad pun ada instashop jugeeee. Meramaikan lagi kedai yang dah sedia banyak. Hehe.

Sesampai je Modvier terus pengsan! Bangun balik. Pengsan balik! Berpinau-pinau tengok tudung dan shawl. Macam-macam warna tudung ada. Taktahu nak start dari mana. 

Banyak betul jenama-jenama muslimah (saya kenal di Instagram).  Berjam-jam habiskan masa kat sini. Phewww! *kesatpeluh. Mujurlah datang dengan girlfirend kan! Hanyut sama-sama. 

Lokasi:

MODVIER 
Jalan Maarof, Bangsar (sebelum Petronas) 
RABU-AHAD12pm-9pm

Facebook: MODVIER Website: http: MODVIER

Vendor yang ada di MODVIER:

RADIUSITE
CALAQISYA & THECALAMAN
SUGARSCARF
ALHUMAIRA CONTEMPORARY
RINA SALLEH COLLECTION
ZAWARA
RICO RINALDI
TUDUNG PEOPLE
BELLA AMMARA
MAZLIANUL MAZNAN
14NOVEMBER BY YUNA
ILHAM ECHENTA
SHAWLBYVSNOW
MINAZ BOUTIQUE
JUBAH SOUQ
L'ADORN
WAFIYYA BY DOLLSCARF
FARAHISKANDAR 
EILIYA BOUTIQUE
ALLYA MYSARA
FLEUR MALAYSIA
KREE
SARAYA ZAHRET
REFLECTION
DREAMCLOUD BY NATASHA HUDSON
DHANEEN




 


Kebanyakkan vendor di MODVIER ni memang saya dah follow di Instagram. Tu yang membuak-buak rasa nak datang sini. Senang, sekali datang grab semua! mana-mana yang berkenan + bersesuaian. 

Memang seronok to the max jika shopping sini uols! Lagi-lagi jika anda ni memang hardcore online shopper! Marilah mari kita beramai-ramai menghabiskan duit di sini :)

Kat sini pun ada cafe. Agak2 letih or pening kepala nak bayar yang mana, bolehla berehat sebentar di PCLO cafe. Suami pun boleh tunggu situ sementara tunggu isteri kesayangan shopping tudung ye.

Amaran: Para suami yang datang sini sila bersedia dengan duit / card credit ye! Hihi.


6 comments:

  1. selalu usha ig..ni la ingat nak g usha cr brg raya..tp asyik xdan jerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. samelah kita. Sekarang ni banyak item2 kat Modvier tengah sale kan. Dalam dilema nak ke tak pergi. Hehe.

      Delete
  2. salam...

    dulu2 gi bangsar sebab nak gi zhulian jer... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Ummi Hanie,
      Sekarang kalau ke Bangsar dah ada macam-macam butik konsep Modvier ni. Hihi.

      Delete
  3. boleh tahu alamat modvier ni tak? kat mane ye?? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Marcello,
      Waze: modvier, bangsar (next to petron)
      Kuantan pun ada satu. Di GIO MALL.

      Delete