Translate

No-No-NO!

Wood & Steel Cafe, The Strand Kota Damansara



Assalamualaikum


Anda penah dengar Wood & Steel Cafe? Ia terletak di The Strand Kota Damansara. First time datang sini last Januari atas ajakan geng2 ex-uni yang mahu pekena coffee di hujung minggu di sini. Jom layan gamba dulu. Cafe ini baru sahaja dibuka. Pada Januari 2014 tu jika tak silap baru 4bulan beroperasi.

 
Happy je tengok couple ni..


Memang terpesona tengok interior cafe ni. Penuh dengan barang kayu dan besi yang custom made. Memang kreatif! Jika anda berminat boleh je jika mahu beli. Harga pun ada diletakkan pada setiap item. Takpuas nak tengok di tingkat bawah, naiklah tingkat atas, tingkat atas masih banyak lagi kayu kayan besi berani cantik mempesonakan. Nampak tak batang paip dijadikan tempat letak lampu. Roda basikal pun boleh jadi kerusi! 

Di cafe ini layan diri ye, dah pilih tempat duduk, silalah ke kaunter untuk lakukan order. Masa kami pergi ni, orang kaunternyer tak friendly langsung! Membebel2 kawan2 i tau..

Menu yang sempat kami cuba;

Aglio Olio Spaghetti

Stuffed Chicken - RM20



Coffee Latte


Their Baked Mac & Cheese is to die for! Rasa macam rendang.


Eh kami pun nak posing ala2 cover majalah!

Jadi tryla datang sini dan cuba. Banyak sangat menu yang ada. Sampai taktahu mahu cuba yang mana. It was a nice place to chill, seriuosly! Harga memang tak ingat dah *hilang ingatan betul
Boleh kata price range RM10 - RM20.

*But dont expect too much about the foods. Lain orang lain lidahnyer.


Wood & Steel Cafe
33G, Jalan PJU 5/20E,
The Strand,
Kota Damansara,
Petaling Jaya 47810,
Selangor.

Business Hours:
Tuesday to Sunday 9.30am - 11.00pm

No comments:

Post a Comment