Pages

Selasa, 21 Januari 2014

The Sumbs Cafe, Seksyen 13 Shah Alam


Assalamualaikum.

Entry kali nak review makanan di The Sumbs Cafe, Seksyen 13 Shah Alam. Tagline mereka;

'For Foodie By Foodie'.


Senarai menu yang ada


Alhamdulillah tak susah pun nak cari TheSumbs ni. Ini lokasinya. Korang WAZE kan aje.


The Sumbs Cafe
7-04-01 Persiaran Alam Pusat Perniagaan World Wide
Persiaran Akuatik Seksyen 13, Shah Alam.
Sabtu-Rabu :12pm-11pm  | Khamis :12pm-7pm    | Jumaat : CLOSE

No Tel: +6017 288 8658 / +6019 275 5444


Masa kami tiba ni, tak ramai sangat orang dan mudah nak dapat seat. Kami ke sana pada hari Sabtu. Almaklumlah cafe thesumbs ni belum masuk lagi JJCM TV3 tu.

Saya ketahui wujudnya thesumbs ni di Instagram. *saya memang instagrammer tegar!

Pantang je ade hupdate tempat makan baru yang best pasti terus nak datang cuba & terus nak blog.

Sementara tunggu makanan marilah bergamba dulu;


sukasucre by Fadzley Yaacob



Let's cekidauuttt apa menu di 'thesumbs'





Apa yang kami order;

1.Chicken The Sumbs
2.Pasta Daging Dendeng
3.Churos
4.Dessert SukaSucre by Fadzley Yaacob



Ini bukan untuk tapau tau, memang makanan anda dihidangkan dalam ini!


Makanan kami datang dalam box macam di atas. Eh hello! Kami tak tapaulah. Nak feeling2 makan kat sini. Oh rupanya memang ia dihidangkan dalam box ni. Gittew ok konsepnya. *malas basuh pinggan barangkali *takpun jimat kos pekerja  ahaks! Harapanku agar mereka recycle la semua box ni semula. *kesian makin banyak pokok kene tebang untuk bekas thesumbs ni



Chicken 'thesumbs' - RM12.50
"Ini menu signature thesumbs. Jadi haruslah cuba. Isi ayam tanpa tulang yang digoreng deep fried dibalut dengan telur. Sosnya sos tomato dan ada fries. Agak masam tapi tetap menyelerakan. Kenyang! Yang taksuka masam sila elakkan. Pilih menu lain. "



Pasta Daging Dendeng
"Ini pulak menu baru kot. Takde dalam buku menu. Pasta daging dendeng. Yang ni memang THORbaeklahh. *rosak bahasa . Kuah tu hirup slurrrp..slurrrppp gitu. Kesedapannya sampai sekarang masih teringat-ringat. Dasat juge penangan daging dendeng ni."





"Churos. Cicah coklat. Ini kali kedua try churos. Best juge. Makan panas-panas pasti sodap. Chenta Hati kata Churos di Mozer Cafe, Bukit Jelutong lagi best. Lain orang lain citarasa ye dak."

Oii cik kak, tekun makan nampaknya!


SUKASUCRE by Fazley Yaacob


Tujuan kami ke mari asalnya mahu cuba SUKASUCRE by Fazley Yaakob. Dessert yang dibuat oleh Dato Fazley. Siapa tak mahu cuba oii. Kata juara Masterchef Celebrity. Mestilah nak cuba makan air tangan juara. Macaron tiada. Yang ada cuma ini;





Sudah lupa apakah nama cake ini. Tapi yang ingat ada ala-ala macaron juge, ada butterscotch. Manis!


Perut ada dua. Itu jela yang mampu dicuba. Lain kali boleh cuba menu lain pulak. Memang suka betui jalan-jalan cari makan. Haiaah macam2 makanan ada di Malaysia ini. Syukurlah Malaysia masih aman (eh tiba-tiba. apa kaitan?).


Jemputlah mencuba keenakan The Sumbs Cafe ini ye (ewahhh macam tokei kedai pulak). Nih nak bagi tahu, mereka aktif di instagram. Boleh follow mereka @thesumbscafe untuk update terkini.

Follow juga +SukaSucre untuk desserts menarik oleh Dato Fazley.

Update: SUKASUCRE BISTRO by Fazley Yaakob DAH BUKA DI CHERAS! 



Isnin, 20 Januari 2014

Kedai Coklat Paling Best di Damansara, Dip N Dip The Curve/ eCurve

Assalamualaikum. Entry makan-makan lagi.

Psttt..nak bagitahu ni, saya peminat coklat TEGAR. Ohh suka nya makan chocolate. Chocolate buat saya hilang stress. Chocolate buat saya aktif dan menjadi positif. Entahla saya memang suka coklat (Dinch to gula-gula!).

Maka tanpa berlengah ia termasuk dalam agenda girlsouting kami dengan Pn Mariana dan Cik Azua. Mereka ni kawan lama since di UPM lagi. Sangat sehati sejiwa kerr? Tapi bertuahla saya punya kawan2 macam mereka. 

Tanpa berlengah jom tengok apa yang kami makan! Lets jom!


Menu dip n dip


Mari kita makan coklat sampai lebam

Triple Chocolate Crepe


Bersama Cik Azua menikmati Ice Cream Brownies *secawan ni berkongsi tiga orang oiii*


Cik Azua dan Pn Nana. Comel kan diorang? Hello we all dah 3series ye. 

Harga untuk setiap item tak dapat lah nak dinyatakan, bukan kerana masalah memori, tapi kerana dibelanja oleh Pn Nana yang comel lagi baik hati tu. Maka tak pedulikan harga. Yang penting kenyang perut senang hati. Terima kasih Pn Mariana :)

P/S: Pernah makan Dip N Dip di Bangsar ala yang dekat dengan Butik Fazura tu. House Of Doll. Kene korek balik gambar dan buat entry lain. Itupun kalau rajin. Ok bai!

Minum petang di Foodsbury Cafe, Seksyen 9, Shah Alam

Assalamualaikum.

Pernah dengar Cafe Foodsbury?

Ok, kami pun first timer juga di Foodsbury. Chenta Hati yang mencadangkan minum petang kat sini. So, I on jer. Tak susah pun nak cari tempat ni. Yang tahu, lokasinya di Seksyen 9, Shah Alam. Yang taktahu area Shah Alam pakai saja Waze and search alamat ini:

Foodsbury,
Wisma Faiz Azrina, 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Shah Alam.

Operation hour:
Isnin-Jumaat, tengahari-11pm;
Sabtu, 10am-630pm

Amboi. Tersenyum bangga nampak depan Foodsbury. Taksabar tu nak makan.


Masuk dalam je nampak painting seolah2 "Gajah pun minum kopi!" 



Dah ambil tempat, boleh ambil menu yang disediakan dan pilihlah mahu order apa. Jika tak tahu tanyala adik yang ada di kaunter ataupun adik comel yang bertudung kehulu kehilir menghantar makanan yang di order pelanggan. Dah tick2 pergi kaunter buat bayar. Perlu bayar dulu, baru makanan sampai. Gittew konsepnyer yer.



Ini yang kami order!


Super Spicy Beef Aglio Olio RM12

Nampak tak? Aglio Olio ada kuah? Boleh hirup kuah lagi. Beef die banyak tu. Cili kering (yang diblend) agak bersepah2. Masih takberapa nak spicy sangat. Tapi yang penting sedap! 


Salmon Carbonara RM13


Malas nak cakap banyak, tahtahu macam mana nak describe feeling masa menikmati carbonara ni. Yang penting, ini carbonara TERsedap penah rasa! (cafe local). Dimasak dengan sangat sempurna, sangat creamy, tidak masin. Salmon pun tak kering. maish terasa juicy. Perfect! Terbaik!



Dessert ini namanya Mille-Crepe Almond Salted Caramel RM12

Arrhhh sedap jugak! Ini kalau seorang makan boleh muak. Boleh berkongsi. Sangat rasa caramel. Harga lagi mahal dari secret recipe ok. Tapi berbeza sangat dengan secret recipe. Terasa home made nye. Nampak lapisan berlapis-lapis tu. Itulah keistimewaanya. Datang sini perlu cuba ini.


Last but not least menikmati hot hazelnut mocha RM8. Perhhh. Terbaik.

Pendek kata memang tidak sia-sia datang ke mari jauh-jauh. Eh jauh ke? Berbaloi menghabiskan masa menikmati pasta sedap kat sini. Sangat cozy tempat ni. Dipenuhi dengan budak-budak universiti. Kami je yang makpak budak. Heeeee.

Oleh itu, silalah pergi dan try sendiri. In Sya Allah kami pasti datang lagi :)


Isnin, 13 Januari 2014

Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam

Assalamualaikum.


Siapa peminat nasi arab? Meh nak rekomen antara restoren nasi arab terbaik di Shah Alam. Restoren Aroma Hijrah. Kepada peminat Nasi Arab, HARUS cuba makan di sini.


Alamat: No 8, Jalan Opera H, Seksyen U2 Taman TTDI Jaya Shah Alam


Kami berlima. Bawa Ayahanda dan Bonda bersama dengan Cik Nadia yang comel lote tu makan malam di sini. Sesampai di sini perkara pertama yang kami semua nampak, restoren ini ada BANYAK PINTU! Besar dan selesa sangat. Boleh makan bersila, boleh juga makan di atas kerusi. It's up to you guys. Boleh muat 400 ORANG katanya. Siap ada surau di tingkat atas. Selesa sangat. Telekung pun disediakan. Mesti meriah sangat kalau berbuka puasa di sini.



Kita dah tolong snap gambar menu. Dalam ini ada nama lokasi, no telefon, FB page lengkap sekali dengan business hour. Jangan lupe LIKE. Ushar2 dulu di FB sebelum datang sini. Senang korang boleh plan nak makan ape bila datang sini nanti.

Hiasan dalaman Restoran Aroma Hijrah sangat menarik. Tengok warna, hiasan dan juga lampu-lampu je dah menambahkan selera makan. Belum lagi menikmati hidangan. Setelah dibelek-belek akhirnya kami order COMBO A. Macam best je. Macam lengkap je. Semua nasi ada!


Nampaknya restoren ini telah didatangi geng Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Hmm..pasti sedap! Nampak tak belakang tu, pakcik yang serve kami. Baik sangat. Helpful. Nampak macam beliau yang paling senior. Yerla first time datang taktahu nak order ape. Rupanya tokey restoren gitthu. Salute la pakcik!

Inila main course kami. Hidangan untuk 5 orang. 


Roasted Chicken, Masywi Chicken, Roasted Lamb, Kabsah/Mandy Lamb served with MANDY, KABSAH & MAQLUBAH rice. Selatah & Harrah mesti ada. PERFECT sangat! Yang penting lamb tu sedap. SubahanAllah. Manalah chef ni belajar masak sedap2 nih :p

Kelemahan: Taktahu mana satu. Hahahah.

Perut dah kenyang tapi tetap juga nak rasa Roti Arab cicah Curry Lamb. Curry Lamb ni sedap. Rempah memang kuat sampai terasa dalam anak tekak. Memang menggoncang jiwa! Ewah siap tambah lagi sepinggan roti arab. Roti memang dihidang panas2. Fluffy gitu. Terbaiklaah. 


Mana boleh tinggalkan restoren tanpa dessert. 

Tak ingat nama. Ala-ala aiscream cake. 

Haih, korang pergi rasa sendirilah. Amatlah berbaloi bawa family terchenta atau bawa chenta hati datang makan kat cini. Saya sangat suka Shah Alam! Eh tibe-tibe...

Selasa, 7 Januari 2014

Jalan-Jalan Cari Makan Secret Recipe, Bandar Senawang

Assalamualaikum. Kali ini kaki makan bersiaran dari Secret Recipe pulak. Ewahh, dah macam pengacara pulak. Oklah sebenarnya kita ke Secret Recipe sebab celebrate birthday adik ipar. Secret Recepi pilihan hati kerana sini memang tak ramai orang, tempat yang cozy, sejuk aircond, selesa nak bergosip dan friendly environment untuk baby Hakim (nama anak buah).

Lets enjoyce the pictures!


Noodle in Tom Yam Soup 

Sumpah sedap! Makan panas2 dan kepedasan memuncak. Terasa chicken tomyam nya. Sangat kene dengan mytaste. Slurrrrppp!



Lasagna (menu baru rasanya. Unfortunately lupe nama menu)

Lasagna ni sedap! Saya memang suka. Lasagna ini penuh dengan creamy cheese dan rasanya sangat balance dengan tomato puree yang masam-masam tu. Ada bayam jugak! Tapi nak habiskan sorang memang tak mampulah. Share je dengan cinta hati. Jadi takla muak sangat. Selang seli dengan tomyam soup. Maka makan pun penuh NIKMAT! 


Curry Seafood Laksa - imej from google

Menu ini di order oleh adik ipar. Perhhh! Sedap jugak curry mee ni. Haih Azyy ko semua sedap kan. Tapi memang sedap. Sungguh! Tak tipu. Pergi try plis. Sotong dan udang memang fresh. Lagi sedap dari curry mee Madam Kwan! Oppppsss! (for me la...)


Tom Yam Kung - imej from google

Tom yam soup ini pun sedap juga. Tapi Tom Yam Kung ini ada udang besar dan sotong.  Tom Yam Soup tadi chicken dengan mushroom. Yang ini Seafood gitu. Rasanya beza antara keduanya. Tapi berbaloi! Bonda amat suka ini (teringat pulak lunch dengan Bonda di Secret Recipe dulu...)


Chocolate Indulgunce (all time faveret!) - imej from google



Amatlah berbaloi untuk dihabiskan ringgit di sini. Gambar ihsan google la jawabnye sebab terlupe mahu snap picture. Air pun macam2 air kami order. Overall memang best! Memang puas hati! Terbaiklah Outlet Senawang :)