Homemade Choclate Cookies


Assalamualaikum


Tahun ni sekut raya buat sendiri! **excited**

Tahun sebelum2 ni hanya biskut tunjuk-tunjuk dan bayar. Kalau rajin buat cornflake madu. Jadi tahun ni nadaaa cornflake madu tapi buat sekut choc cookies dan semprit.






Sebelum dibakar;





Selepas dibakar;


Taddaaaaa! **bake with love**





Hahaha. Rupa bentuk macam-macam. Kemudian susun-susunlah dengan penuh rasa cinta berahi ke dalam balang. AL hadiahkan sebalang untuk bonda tercinta, sebalang untuk ummi tersayang dan sebalang lagi untuk suami kekasih hati. Cookies ni memang terlajak rangup jadinya. Krup-krap-krup-krap la mereka makan. Moga-moga mereka makan dengan penuh rasa cinta juge. Aamiinn.


Ini resepinya;

2 cawan Buttercup
2 cawan gula pasir 
2 cawan gula perang
4 biji telur
2 tsp. vanilla
4 cawan tepung gandum (diayak) - AL malas. Yang ni tak ayak.
5 cawan oatmeal (blend sehingga hancur jadi serbuk)
1 tsp. garam
2 tsp. baking powder
2 tsp. baking soda
24 oz. chocolate chips - AL guna Herseys
18 oz. Van Houten bar (dicincang kasar)
3 cawan chopped nuts - AL guna walnut

Cara-cara:
1-Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2-Masukkan telur satu persatu dan vanila. Putar hingga bergaul rata.
3-Ayakkan tepung, oatmeal, salt, baking powder, soda dalam mangkuk.
4-Satukan dengan chocolate chips, cadbury dan nuts. Gaul hingga rata.
5-Campur dengan bahan 1 dan 2 tadi sehingga menjadi doh.
6-Sudukan dalam loyang pembakar yang telah digriskan terlebih dahulu.
7-Bakar pada suhu 367degrees selama 10 minit


P/S: Sila ayak tepung tersebut ye. AL penah lakukan cubaan ayak dan tidak ayak. Ada perbezaan tekstur pada biskut tau. Yang ayak lebih cantik dan lebih sedap. Sila juga ikut resepi dengan betul (jangan refer gambar AL atas tu. Itu hanya untuk cucian mata sahaja). AL buat kali ini tak ikut resepi. Trial and error gitu. Hua-hua-hua.


Suami pun involved juga ketika buat sekut raya ini. Dialah orangnya yang tolong pergi kedai beli bahan, tukang sukat-menyukat, tolong parut-memarut coklat, tolong membakar sekali. AL hanya tolong bagi arahan, sudukan doh dalam loyang dan tukang basuh pinggan. Oh heaven nyerrrhh!


Memang senang sangat buat chocolate cookies ni. Nanti boleh cuba sendiri :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan